Wednesday 1 May 2013

PRU 13.. adakah anda telah bersedia untuk mengundi ?


Pru 13 telah menjelma tiba. Rasanya ramai yang sudah boring dan letih menunggu dan meneka bila nak mengundi dan mendengar nujum pak belalang memberi tekaan yang tidak tepat. Alhamdulillah masanya telah pun tiba.

Bendera Berjasa yang digunakan oleh ISMA

Ramai yang kata PRU 13 adalah ibu segala pilihanraya....mungkin betul dan mungkin tidak...Rasa aku ada yang akan kalah teruk pada kali ini....tapi yang pasti tidak tahu parti mana.



Mari kita sokong ISMA

Apa yang aku kagum adalah telah timbul kesedaran dikalangan orang islam, yang cuba hendak memenangkan orang islam di kawasan majoriti islam tetapi telah ditandingi oleh orang bukan islam daripada kedua-dua belah pihak baik kerajaan ataupun pembangkang

Maka sekarang ini kelihatan banyak bendera Berjasa di kawasan-kawasan tersebut. Syabas diucapkan kepada ISMA iaitu Ikatan Muslimin Malaysia, yang bertanding atas tiket Berjasa. Aku memang sokong golongan yang cuba hendak menyatupadukan islam dan bangsa Melayu.

Apa yang paling aku hairan macam mana orang yang mengaku islam tetapi tetap berjuang untuk kepentingan agama lain tanpa menghiraukan agama islam sendiri. Kadang-kadang tu orang bukan islam kutuk agama dan orang islam sendiri pun dia masih lagi boleh ketawa. Lawak ke orang bukan islam kutuk orang islam ?

Apa yang paling ditakuti, kita terlampau yakin bahawa kita lebih islam dari orang  lain.

Sempena musim mengundi ini buanglah sifat-sifat terkeji dan tanamkan niat untuk menegakkan islam di Malaysia. Undilah Calon islam tanpa mengira parti. Islam itu penuh kesempurnaan dan kita akan bertambah berkat dengan mengambil islam sepenuhnya.

Selamat Mengundi semua.

1 comment:

  1. salam,

    ada baca pasal entry jakarta-bandung, boleh email kan no tel pak supir tak?

    chempaka.sri11@gmail.com

    terima kasih

    ReplyDelete