Sunday 26 May 2013

Karnival Belia Putrajaya 2013


Bangun pagi-pagi, perut pula rasa lapar. Hari ini nak sarapan kat mana pulak? Tiba-tiba je timbul idea nak makan masakan Kelantan lak. Untuk masakan kelantan, ada satu restoren iaitu Restoren Kaksu kat area Sungai Sekamat yang menjadi pilihan kami pada kali ini. Restoren ni memang ramai orang untuk sarapan dan lauk-pauk memang banyak. Boleh rambang mata lah. Gambar restoren tak sempat nak ambil kerana sibuk dengan melayan nafsu makan. Sedap masakan dia. Sarapan kami untuk 4 beranak dalam RM 30 je. Okay kan.


Lepas je makan, timbul pula idea nak pi Alamanda Putrajaya. Kalau sempat tengok citer fast and furious 6 pun best gak. Dalam perjalanan ke Alamanda, banyak pulak banner Karnival Belia Putrajaya so tukar rancangan nak pi tengok karnival belia dulu sebab baru pukul 10:00 am, cuaca pun tak panas lagi.
 
 


Tempat parking pun masih banyak kerana masih awal kan. Best ke Karnival Belia ni ? Masa kami sampai tu kat tempat karnival, orang sudah pun ramai terutama belia-belia. Yang tak belia tu macam kami bolehlah di katakan ramai juga.


Tempat pertama tumpuan kami adalah naik bas free yang disediakan. Jadi tidak payah jalan jauh-jauh dan boleh tengok apa yang ada kat area karnival tu.



Tempatnya memang luas untuk acara karnival ni....
Apa yang menarik ye ?
Biasa-biasa je. Itu pendapat aku le.

Lepas round-round dengan bas, kami singgah untuk membeli sedikit barang. Dalam pukul 1:30 baru keluar dari tempat tersebut dan pergi ke Alamanda pulak.

1 comment: