Sunday 19 May 2013

Gambang Water Park - tempat water park yang best


Gambang water park
 
Bukit Gambang Water Park merupakan tarikan utama kami datang ke Gambang. Nak rasa pulak water park dia macam mana. Tambun dah, The Carnival dah, Sunway Lagoon pun dah sekarang Gambang pulak. Best sangat ke Water Park dia ?
 
Tiket : RM 23.90 utk dewasa ( promotion rate ) ; Normal RM 28
          : RM 16.90 utk kanak-kanak ( promotion rate ) ; Normal RM 18
 
 Murah jika dibandingkan Tambun dan Sunway Lagoon.
 
Waktu  : 9:30am-6:30pm - Jumaat,Sabtu, Ahad, cuti sekolah dan public holiday
            : 10:30 am - 6: 30 pm - lain-lain hari
 
****TUTUP pada hari Selasa kecuali public holiday dan cuti sekolah  ******
 
.
 


pintu utama
 
Kalau yang bermalam kat Bukit Gambang Resort City tu memang senang dan berbaloi ke sini kerana dekat je. Juga disediakan trem tapi kena tunggu kat area lobby je.Masa kami sampai tu, orang tidak ramai lagi...jadi tidak perlu beratur panjang-panjang.
 
Selepas beli tiket masuk water park, kita terpaksa menapak jauh juga untuk ke tempat mandi-manda ..Kalau bawa orang tua yang dah tidak larat berjalan tu ..kesian juga.
 
 
Kena jalan jauh juga  ni
 
 
Kita boleh sewa cabana iaitu tempat lepak2 dalam harga RM 30-40 mengikut lokasi dan saiz dan pelampung dalam harga RM12 untuk mandi-manda kat sini.
 
Untuk yang nak pilih cabana tu dan yang membawa kanak2, sila pilih  antara no 8 dan cuba elak no 6 kerana terletak ke dalam sikit. Seeloknya tanya staff sebelum buat bayaran dan kita boleh call untuk booking.
 
Boleh check kat bawah ni :
   
1. Loker - rm 6.00 + rm 9*
2. Single tube - rm 8 + rm 7*
3. Double tube - rm 12 + rm 8*
4. Children life jacket - rm 10 + rm10*
5. Towel - rm 10 + rm10*
6. Cabana - rm 35/45 + rm 10*    .....dan harganya tidak semuanya sama
 
* deposit----sila ambil balik nanti

Cabana
 
Makanan yang dijual kat sini biasa-biasa je dan staff bahagian makanan kurang mesra pelanggan. Kalau tempat lain tu staff dia...ok rasanya. Kat sini pun dia gunakan sistem e-walet. Senang tidak payah bawa wang banyak.
 
Kat dalam water park pun kita boleh reload e-walet tersebut.
 
Bersiap-sedia  untuk mandi
 
Kat sini terdapat Coco beach iaitu kolam ombak terbesar di Malaysia....best ombak dia.
Penguin Island iaitu tempat kanak-kanak bermain air.
Glacial river kena guna pelampung kat sini dan ombak dia memang mengancam.Hati-hati untuk yang bawa kanak-kanak, waspada selalu.
Ade macam-macam slade untuk kanak-kanak dan dewasa. Janji mesti berani.
 
Glacial river
 
 
Kanak2 pasti enjoy
 


 
 
Tempat utk kanak2

 
Kami sampai pukul 10 am dan settle mandi-manda dalam pukul 4.30 pm...Memang puas.
Lain kali nak datang lagi kerana memang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.
 
Oh ya....River cruise kat sungai kuantan sekarang ni mahal sangat iaitu dalam RM 35 lebih untuk seorang. Kalau ramai baik pi makan kat Tanjung Lumpur je. Cruise tu pun hanya ambil masa dalam sejam lebih je.
 
Selamat tinggal Gambang City. 
 
 
 




1 comment: