Sunday 19 May 2013

Roti Canai D Bukit- Sedap roti dia



Kedainya
 
 
Roti Canai D Bukit ? Tempat sarapan yang popular kat area Bandar Baru Bangi. Roti Canai D Bukit terletak berdekatan dengan Stesen Minyak Petronas iaitu jalan ke Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi dari Plaza tol kajang / Sg Ramal Luar / Putrajaya.
 
Selepas Petronas tu, kalau jumpa banyak kereta parking tepi jalan maka tempat tu lah. Kita boleh parking tepi jalan atau parking kat tepi kaedai makan tersebut.
 
 

dah nak habis baru nak ambil gambar

Roti dia memang lembut....susah nak dapat kat area Lembah Klang ni. Kuahnya biasa je kerana aku pernah rasa yang lebih sedap lagi.

Kuah boleh pilih kosong atau berdaging. Daging lembu atau kambing.
Tempat makan ni memang patut dikunjungi oleh pengemar roti canai..

Makan dan terus makan.

No comments:

Post a Comment