Sunday 19 May 2013

Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur....memang meletop Ikan Bakar dia.


Petangnya kami bertolak ke Tanjung Lumpur. Tanjung Lumpur kat area Kuantan memang famour dengan masakan seafoodnya. Masakan seafoodnya memang best-best belaka dan banyak restoren seafood wujud di sini. Tapi kena pandai pilih yang mana paling sedap le. Malahan pada waktu malam memang meriah kawasan ini dengan pengunjung.

Salah satu Restoren yang memang best dan meletop dengan ikan bakarnya ialah Ana Ikan Bakar Petai. Sedap ikan bakar kat sini kerana masih fresh dan masakannya memang menyelerakan.  Tambahan pula ikannya dibakar berserta petai di atasnya. Lain dari yang lain.

Signboard dia

Tempat parkingnya memang penuh kalau hari minggu dan hari cuti ( ini kat tepi jalan ). Tetapi kat sebelah restoren tersebut terdapat lagi tempat parking yang agak tersorok....memang tepi restoren je.

suasana orang ramai

Untuk yang tidak makan ikan bakar, masih terdapat lagi makanan lain yang bergoreng.
Pilih Je nak makan apa. Servis dia pun memang memuaskan.

Restoren ini terdiri daripada 2 tingkat. Tingkat atas untuk orang yang suka makan bersila. Kalau nak makan bersila jemputlah ke tingkat atas. Luas kat atas ni.

Kat tepi restoren juga masih luas lagi tempat lapang. Jika restoren penuh, pekerja akan sediakan meja tambahan untuk pelanggan untuk .Walaupun penuh, kita masih boleh makan kat luar.
Best jugakan ?

Makanan yang menjadi santapan kami.....Sedap.....Sedap

Kepah masak pedas
Ikan siakap/jenahak bakar petai
Ketam masak telur masin
Sotong goreng tepung
 
 
Bagi aku memang puas hati makan di sini dan harganya memang berpatutan. Lepas makan boleh pergi bersantai kat Teluk Cempedak pulak....best.
 
 
Untuk yang nak pergi boleh guna GPS koordinat ni.....
N 03.79786
E103.34004
 
Selamat menjamu selera.


No comments:

Post a Comment