Friday 10 February 2012

Panorama Ladang Tea Boh Sg Palas

Bulan januari yang lepas , kami lagi sekali pergi ke Cameron Highland. Sekali ini tujuan utama untuk ke Ladang Boh di Sg Palas. Salah satu lokasi yang menarik pada filem ombak rindu. Cantikkan pemandangan Ladang Teh Sungai Palas pada filem tersebut ?

Sekali ini kami stay di Tanah Rata juga iaitu di TM Resort. Resort dia boleh tahan jugak dan terletak di Puncak Arabela berdekatan dengan Mardi Tanah Rata. Kalau rajin jalan kaki je kalau nak pergi Mardi.


Cantik sangat permandangan di sini

Ladang Teh di Sungai Palas ditutup setiap hari Isnin. Jalan untuk masuk ke ladang teh ni agak confious sikit. Memang ada signboard kat sebelah kanan ( jika ikut dari Kg Raja ). Jadi hati-hatilah dan pandu perlahan-lahan untuk lihat signboard tersebut. Jalan untuk ke Ladang Teh Boh Sg Palas,memanglah sedikit mencabar.Tetapi ianya berbaloi sebab panorama di sekelilingnya cantik dengan susun-atur pokok teh yang sangat mengujakan.Memang cantik...Sangat.

Kalau sesiapa yang tidak pernah pergi tu...pergilah walaupun jalan memang mencabar tetapi jika kita berhati-hati dan ikut aturan pasti semuanya akan berjalan lancar. Jalannya hanya sesuai untuk satu kenderaan sahaja tetapi jika kenderaan berselisih, akan ada sedikit cabaran di waktu ini. Jalannya memang bengkang-bengkok kerana ianya terletak di kawasan berbukit. Jika sudah sampai di tempat parking tu....rasa lega yang teramat sangat...Perasaan takut tetap ada jika melalui jalan di sini.....gaung dia boleh tahan dalamnya....Dahlah ada tanah runtuh kat satu dua tempat.....siapa tidak takut.


Ladang teh

Harga minuman di sini agak mahal tapi kena rasa juga.Jika dibandingkan dengan Bharat Tea. Aku lebih suka makan kat Bharat lagi kerana sedap.Jangan lupa beli tea strawberry kalau pergi Bharat kerana rasanya super sedappp.

Di Boh, kita boleh berjalan hingga ke bukit lain untuk mengambil gambar...Kalau larat le.
Adalah digalakkan kita berkonvoi jika nak pergi Ladang Boh ni.Di sini juga disediakan kedai menjual beraneka jenis teh berjenama boh. Terdapat juga kilang untuk memproses teh yang mana kita boleh melawat dalam waktu-waktu tertentu.



Ice-cream yang menjadi pujaan anak2 ku
Sedikit informasi :

Kalau pergi cameron jangan lupa beli ice-cream ni di Mardi Tanah Rata. Kalau yang ada strawberry ni boleh di dapati di Taman Sedia.iaitu Al Masyhur. Setelah dirasai, boleh disimpulkan Al mashyur ( topping paling sedap ) dan KHM ( ice-cream paling sedap )
Opah strawberry kalau nak pick strawberry ( taman Sedia ).

Apa yang menariknya Colmar Tropicale,Berjaya Hills ??



Orang ramai sedang menikmati panorama di  Colmar
Colmar Tropicale yang terletak di Bukit Tinggi Pahang merupakan salah satu destinasi percutian yang menarik untuk dikunjungi. Pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang menariknya di situ kan ?
Colmar Tropicale merupakan satu-satu " A France-Themed Resort " yang ada di Malaysia.Ianya di adaptasikan dari Colmar Village di Alsace ,France. Ianya terletak 790 m dari aras laut dan berkeluasan 320,000 m2
Jika kita berada di sini, kita akan terasa seperti berada di satu tempat yang lain di luar Malaysia. Bolehlah jika nak rasai suasana yang macam kat oversea gitu.

Aktiviti yang boleh di dapati di sini adalah:

1. Melawat Japanese Village
     - Merupakan satu-satu yang dibina diluar Jepun
     - Boleh menyewa kimono untuk mengambil gambar
     - Terpaksa berjalan naik bukit....tidak digalakkan kepada yang tidak larat berjalan
     - Permandangannya memang mempersona.



Mercu tanda Colmar


2. Flying Fox
3. Horse trails
4. Paint ball
5. Rabbit park
6. Conapy walk
7. Sports complex aktiviti
     - Bowling
     - Squash
     - Badminton
     - Tennis













Bilik- bilik yang disediakan agak memuaskan juga walaupun terdapat sedikit kekurangan yang terdapat di bilik tersebut. Jika sedikit kekurangan ianya tidak akan mencacatkan percutian anda semua.

Bilik tidur..
Jenis bilik :
                        
1. Superior Room
2. Family Room
3. One Bedroom  Suite
4. Two Bedroom Suite
5. Three Bedroom Suite
6.  Four Bedroom Suite
7. La Grande Suite
8. La Colmar Suite
9. Ume Tatami Suite


Bumbung yang tidak menarik perhatian
Adalah digalakkan bila hendak memilih bilik,pilihlah yang mengadap di "area artis membuat persembahan ".
Boleh lah tengok persembahan dari balcony je.
Jika pilih yang mengadap hutan hujan khatulistiwa maka kita terpaksa menghayati kehijauan hutan je.

Bentuk bangunan dan ada balcony lagi...boleh lepak tengok persembahan/pengunjung

Pada waktu malam, terdapat persembahan untuk di saksikan seperti tarian daripada kumpulan luar negara dan persembahan main api oleh red indian mana tah. Kalau nak ambil gambar dengan red indian tu boleh juga. kalau rasa kita boleh lawan, kita pun boleh join juga tapi jangan terbakar mulut sudah lah.

Panorama waktu malam dari tower
Malam- malam sejuk juga kat sini.So bawa baju tebal untuk anda dan anak-anak anda.Kalau terlampau sejuk sangat pergi kat mat api tu.

Persembahan main api

Makanan di sini kebanyakkannya adalah roti.Jika nak makan pizza pun disediakan.Banyak restoren di resort ni masalahnya adalah ianya sesuai dengan tekak anda semua.Bagi aku yang suka makan nasi....tak best lah makanan kan sini.


Di resort ini juga disediakan swimming pool untuk yang suka berenang.Tapi air dia sejuk sangat.Tapi bila dah mandi lama-lama tu rasa ok juga.


Swimming pool

Di area sini terdapat banyak permainan untuk kanak-kanak




Jinak ni...


Swan dan ikan-ikan disini memang jinak-jinak.Digalakkan membawa roti untuk diberi kepada ikan dan swan yang ada di sini.Kalau roti di letakkan di atas tangan, Swan ini akan makan di atas tangan kita.
Ikan yang dibela disini memang banyak dan kanak-kanak memang suka bila bagi makan haiwan-haiwan ini.Jangan lupa bawa ROTI.


Ikan-ikan yang suka bila di beri makan

Untuk pergi ke Japanese Village di sediakan shuttle bus .Tempat menunggu terletak di luar Colmar Tropicale resort.Rasanya 15 - 30 minit setiap trip.Jika hendak ke Rabbit Park pun kita boleh naik di sini.


Lain-lain informasi :

Tranfer Service :

Dari Berjaya Times Square ke Colmar :
Time : 10.00 am , 1.00 pm dan 5.00 pm

Dari Colmar ke Berjaya Time Square
Time : 11.30 am, 3.00pm  dan 6.30 pm

Harga :
Dewasa : RM 35 ( Sehala ) , RM 55 ( Pergi-balik )
Kanak2 : RM 30 ( Sehala ) , RM 50 ( Pergi-balik )

Contact :
Colmar Tropicale, Berjaya Hills - Malaysia
KM48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak
28750 Bukit Tinggi, Bentong, Pahang
Malaysia
Tel: + 60 (9) 288 8888
Website : http://www.colmartropicale.com.my/