Tuesday 19 March 2013

Ramly Burger

Ni le kedainya
Ramly...frankfurther dia memang sedap kerana anak-anak aku suka sangat. Bila kami lalu kat area sini mesti kena singgah beli punya.

Ramly Halal Mart ini terletak kat Bandar Baru Bangi. Ianya berdekatan dengan kedai Yummie iaitu kedai yang famour dengan barang-barang buat kek dan macam2 mak nenek. Kat sini yang boringnya nak dapatkan parking, selalu penuh je.

Bungkus je


Makan2...Ramly

Sedap ni
 
Kalau kat Ramly... burger dia pun aku suka...sedap. Kat sini kalau nak beli barangan brand Ramly pun murah dari tempat lain.




warung @bangi

Nampak hebat warung ni
 
 
Hari ini kami nak cuba makan kat tempat baru pulak. Rasanya warung ini baru je buka kerana sebelum ini tidak pernah nampak pun walaupun selalu pergi ke Hospital An Nur yang terletak berdekatan.
 
Warung@bangi terletak berdekatan dengan Hospital An Nur dan Masjid Bandar Baru Bangi ( tak ingat nama pulak ). Tempat ni nampak macam gempar juga mungkin disebabkan masih baru lagi kut. Masa kami lalu kat warung@bangi , ramai orang juga makan kat situ mungkin mereka juga nak rasa  masakannya kut. Jadi kami pun tumpang sekaki le nak rasa juga...sedap ke tidak ?.




Makanan yang terpilih
Yang ini meriah sikit
Makanan yang disediakan kat situ tidak seperti yang kami jangkakan. Biasa-biasa sahaja. Kebanyakkannya makanan melayu seperti masakan ala-ala kampung gitu. Ayam golek pun ade harga dalam RM 18/sekor.


Durian crepe
Durian ni harganya dalam RM 12....sebetulnya ada 4 ketul, yang 2 lagi tiba-tiba je hilang entah ke mana. Ajaib-ajaib. Rasanya.....biasa je.
Kesimpulan yang kami dapat berikan....KURENG. Sup daging dia pun kurang sedap, ikan bakar pun tak power ( air asam cheroi je ). Semuanya memang kurang memuaskan hati.

Lagi satu dia punya servis pun kureng juga. Kami telah panggil 3 kali untuk kira harga tapi tidak datang2. Last sekali terpaksa ingat balik apa yang kami makan masa nak bayar.
Alasan yang diberi tidak cukup pekerja.

Tempat ini mungkin yang pertama dan terakhir kami pergi.

SELAMAT MENCARI TEMPAT MAKAN.

Sunday 17 March 2013

U-Cafe Wangsa Walk


Salam...hari ini kita jalan-jalan ke Wangsa Walk Mall pulak. Wangsa Walk terletak di Wangsa Maju. Berdekatan dengan Restoren Nasi Kandar NZ Wangsa Maju. Di sini terdapat banyak tempat makan yang sedap-sedap dan salah satunya U-Cafe. Harini kami plan nak makan kat U- Cafe.. Ramai juga yang komen katanya sedap makanan kat sini.

Pintu ke2 kut yang ni
U- Cafe terletak kat sebelah luar pintu utama Wangsa Walk Mall. Kat dalam gambar ni pintu yang lagi satu bukan pintu utama. Kat sini parking dia tidak susah sangat jika dibanding kat pintu utama. Parking pun luas juga. Kami kena dalam RM 2 ringgit je, rate hari cuti rasanya.
U-cafe restoren

U- Cafe ada 2 tingkat. Kalau pergi tu lebih baik pilih yang tingkat 2 kerana pemandangannya cantik. Klu kat bawah tu biasa-biasa je. Masa kami sampai aritu orang tidak ramai lagi kerana masih awal ( dalam kul 11 lebih gitu ). 

Tapi selepas pukul 12 pm semua kerusi kat  bahagian atas penuh. Klu orang ramai pasti makanan dia sedapkan. Lagi satu,  kat bahagian atas ni luas lagi compare dari tingkat bawah.

Tempat  makan dia

Kalau orang yang kaki rokok tu..bleh lepak kat luar kerana di bahagian ini disediakan khas untuk kaki smoking.
Pemandangan juga cantik kat sini tapi sedikit panas le kerana tiada aircond hanya  fresh air je. Tapi kalau lepak petang2 atau malam best kat sini.


Kat bahagian luar

Pekerja kat sini pun semuanya okay-okay belaka. Kita duduk je, terus diberi menu. Makanan dan minuman pun cepat juga. Taklah seperti setengah-setengah tempat.....lambat sangat.


Makanan yang sempat ambil gambar

Sekarang masa yang paling best....masa makan..hahaha. Inilah makanan yang kami order. Sedap- sedap belaka. Minuman dia pun rasa fresh iaitu watermelon dan manggo.


Spagetti sea food


Nasi goreng pineapple



Biasalah makanan wajib untuk anak2 aku
  
Yang ni x sempat ambil gambar

Chicken boxing tu rasa kurang sikit....tak rekomen. Kalau South Africa chicken wing tu okay juga rasanya.

Dari segi harga....ada sedikit mahal gak

Ini harga makanan untuk hari ini.







Selamat mencari tempat makan.

Sunday 3 March 2013

Ramal Food Junction - Willy satay..satay yang sedap

 
Sungai ramal- sign board  dia
 
 
             Willy satay memang agak popular kat Kajang selain daripada satay Hj Samuri. Willy satay terletak di Ramal Food Junction iaitu tempat makan yang popular kat area Sungai Ramal. Satay ini memang sedap untuk penggemar satay . Ramal food Junction ini beroperasi pada sebelah petang hingga ke malam. Lebih kurang 5 pm lebih ke 10 pm lebih kurang.
 

ni dalam kul 6 pm....orang dh beratur tu
 
 
    Kalau peminat satay tu eloknya datang petang untuk order kerana kalau lambat terpaksa beratur panjang. Lagi petang lagi panjanglah ianya terpaksa beratur. Klu tidak silap aku, kami pernah beli satay ni dalam pukul 3 lebih kalau tidak silap. Itu pun terpaksa beratur juga. Kebanyakkan masa ni banyak yang bungkus je.
 

tempat bakar satay
 
 
        Selain daripada itu Burger Bakar Abang Burn juga mendapat permintaan di sini. Pasti sedap kalau orang ramai makan. Kami tidak pernah rasa lagi Burger bakar kat sini. Mungkin satu hari nanti.
 
 
Burger bakar abg Burn
 
 
     Lagi satu makanan yang jadi kegemaran kami di sini adalah bihun sup  Gerainya adalah Lan Sup Utara. Bihun Sup dia memang sedap. Sup Gear Box dia pun ada juga. Tapi kalau aku tak ambil kut sebab Gear Box dia tu terdedah je. Tidak tutup so lalat dah rasa dah gear box tersebut. Hilang selera aku.
 

macam2 terdapat di sini
 
Selamat menjamu selera kat sini.....makanan dia memang sedap....sedapp


L Z Cendol Sungai Sekamat- Cendol yang sedap

 
Cendol....cendol....cendol sedap di makan tak kala musim panas ni.... Sedap lagi klu ditambah dengan durian. nyummmmy...
 
           Kalau nak rasa cendol yang sedap, kat sungai sekamat ada satu gerai yang jadi feveret  kami. Boleh di katakan hari cuti kami pergi makan kat situ.
 
Cendol campur
 
               Untuk yang nak datang makan di sini, perlu di ingat Sungai Sekamat terletak di area Kajang. Tempat makan ini terletak berdekatan dengan Shell Sungai Sekamat. iaitu jalan arah ke bandar Kajang.
 
      Harganya memang berpatutan.....berbaloi klu makan...
 
Cendol biasa
 
      Di  sini terdapat cendol biasa, cendol pulut, cendol campur dan cendol durian ( klu bukan musim durian xde le.
Perbezaan cendol ni boleh dilihat melalui perbezaan warna camca / sudu dia.
 
Nasi goreng ayam
 
Selain dari cendol, nasi goreng ayam dia pun memang power juga sedapppp nya.
Inilah makanan kegemaran kami.
 
 
 
 
 


Siapa Yang Perlukan Pak Supir Di Bandung Part 11

Salam....

Siapa yang perlukan Pak Supir....sila bagi email address.
Harap percutian anda semua penuh bermakna dan berbaloi.

Terima kasih

hasyafiy030313