Tuesday 19 March 2013

warung @bangi

Nampak hebat warung ni
 
 
Hari ini kami nak cuba makan kat tempat baru pulak. Rasanya warung ini baru je buka kerana sebelum ini tidak pernah nampak pun walaupun selalu pergi ke Hospital An Nur yang terletak berdekatan.
 
Warung@bangi terletak berdekatan dengan Hospital An Nur dan Masjid Bandar Baru Bangi ( tak ingat nama pulak ). Tempat ni nampak macam gempar juga mungkin disebabkan masih baru lagi kut. Masa kami lalu kat warung@bangi , ramai orang juga makan kat situ mungkin mereka juga nak rasa  masakannya kut. Jadi kami pun tumpang sekaki le nak rasa juga...sedap ke tidak ?.




Makanan yang terpilih
Yang ini meriah sikit
Makanan yang disediakan kat situ tidak seperti yang kami jangkakan. Biasa-biasa sahaja. Kebanyakkannya makanan melayu seperti masakan ala-ala kampung gitu. Ayam golek pun ade harga dalam RM 18/sekor.


Durian crepe
Durian ni harganya dalam RM 12....sebetulnya ada 4 ketul, yang 2 lagi tiba-tiba je hilang entah ke mana. Ajaib-ajaib. Rasanya.....biasa je.
Kesimpulan yang kami dapat berikan....KURENG. Sup daging dia pun kurang sedap, ikan bakar pun tak power ( air asam cheroi je ). Semuanya memang kurang memuaskan hati.

Lagi satu dia punya servis pun kureng juga. Kami telah panggil 3 kali untuk kira harga tapi tidak datang2. Last sekali terpaksa ingat balik apa yang kami makan masa nak bayar.
Alasan yang diberi tidak cukup pekerja.

Tempat ini mungkin yang pertama dan terakhir kami pergi.

SELAMAT MENCARI TEMPAT MAKAN.

6 comments:

  1. saya selalu makan di situ...lunch time mmg selalu ramai...dan makanan nye sedap....service dia okay la....banding dgn restoran lain...better sikit walaupun baru......rasanya timing u datang tak kena kot :)

    ReplyDelete
  2. saya selalu makan di situ...lunch time mmg selalu ramai...dan makanan nye sedap....service dia okay la....banding dgn restoran lain...better sikit walaupun baru......rasanya timing u datang tak kena kot :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin selera lain-lain kut...
      boleh jadi juga timing x kena..
      kami selalu makan kat asam pedas dan limau nipis bangi

      Delete
  3. Baru je lunch kat situ tadi.. Nasi ayam bercampur mentah n fresh orange campur sunquick... Bila ditegur kat kaunter buleh buat muka selamba je... Hmm.. Didoakan ada penambahbaikan selepas ditegur td..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun berharap ada perubahan.....
      klu xde pelanggan akan lari ke restoren lain

      Delete
  4. Saya biasa kesana waktu sarapan sahaja dan alas-alas perut. Menu biasa roti canai, nasi lemak bungkus, roti arab dan kopi kurang manis.
    Makan tengahari jarang disini. Harga untuk sarapan agak berpatutan.

    http://bandarbarubangi2u.blogspot.com/

    ReplyDelete