Wednesday 31 October 2012

Siapa yang perlukan pak supir di Bandung ?


Pak supir yang jujur dan boleh diharap merupakan kunci utama pengalaman yang bermakna, jika kita melancong ke satu-satu tempat. Apa yang dinyatakan terdapat pada pak supir kami. Memang berbaloi mengambil dia .

Dialah yang menjadi jurugambar, penjaga anak-anak kami, tolong dapatkan harga yang special ke tempat lawatan, selalu ingatkan kami kerenah penjual-penjual di Tangkuban Perahu. Tolong bookingkan hotel dan tempat makan. Tolong belikan SIMCard yang murah dan lain-lain lagi.
Ajak je kat mana nak pergi.....semuanya bisa dong.

Memang puas-hati walaupun pertama kali menggunakan perkhidmatannya.
Jika ada siapa yang sedang mencari pak supir yang terbaik... bagi email address nanti aku bagikan no tel dia. contact sendiri.

Terima kasih...

PERHATIAN SEMUA:

SIAPA YANG BERMINAT HENDAK  NO TEL PAK SUPIR ....

SILA BAGI EMAIL ADDRESS KAT " SIAPA YANG PERLUKAN PAK SUPIR DI BANDUNG PART 2 "  DI 2013 MARCH.

# okay terima kasih

Selamat bercuti semua.
Hasyafiy030313


Bercuti Di Bandung - Part 6 - Hari Terakhir


 
Hari ke5
 
Plan hari ini : Hotel >> Pasar Baru >> Restoren Sangkuriang >> Airport
 
Ruang tamu hotel
 
Hari ini merupakan hari terakhir kami di Bandung. Sekejab je rasanya melancong di sini. Best sangat. Makanan yang sedap dan orang-orang yang baik-baik  dan suka membantu orang lain. Kira mesra pelanggan.
 
Selepas breakfast, kami checkout kira-kira dalam pukul 9.30 am. Pak supir sudah menunggu. Strawberri yang beli semalam kami bagi je kat pekerja hotel yang tolong angkatkan beg kami.

 
 
 
Bil hotel...juta juga ni
 Selepas semua urusan selesai, kami bertolak ke Pasar Baru. Orang sudah ramai walaupun baru pukul 10.00 am. Anak-anak kami tinggal je kat dalam mobil dengan pak supir, senang sikit nak pergi membeli-belah.
 
Seeloknya kita pergi sendiri membeli-belah tanpa bawa anak-anak ataupun bersama pak supir. Kalau dengan pak supir, dia akan bawa ke kedai yang dia biasa aje dan susah sikit nak tawar-menawar. Tapi kalau pergi sendiri tu, ikut suka hatilah nak tawar macam mana pun.
 
Bagi aku, t-shirt di bahagian luar Pasar Baru, kualitinya lebih baik dari kat dalamnya. Di luar tu ada satu gerai yang jual dengan harga yang sama tetapi kualitinya lebih ( lagi tebal ). Gerai tu terletak dekat pintu masuk ke tempat parking Pasar Baru.
 
Menu dia
 
Selepas tu, kami bertolak ke Restoren Sangkuriang, ramai juga orang di sini. Tempatnya pun selesa dan makanan pun boleh tahan le. Tempoh menunggu pun tidak terlampau lama.  Tapi tandas dia kureng memuaskan sikit.

Teh botol- minuman wajib di bandung

 
Alpukat
Alpukat tidak sesedap apa yang aku jangkakan dan di restoren ini terdapat minuman air milo. Di restoren lain susah nak dapatkan minuman air milo. Tak tahu mengapa ye, mungkin disebabkan selalunya orang minum air teh dia je kut.
Free lagi.....jimat...jimat


Tempat kolam ikan

Pondok-pondok tempat makan

Santapan kami pada hari ini

Sup buntot mesti ada punya



Lagi gambar makanan
 
Ikan gurame
Selepas makan, kami pergi ke Restoren SapuLidi lagi  untuk beli brownies coklat  untuk dibawa pulang. Lepas tu round-round Bandung dan singgah ke Muzium Geologi. Ramai budak-budak sekolah di sini. Kalau nak tahu mengenai Indonesia dan bandung, boleh melawat sini. Replika dinasour dan jenis-jenis batu pun terdapat di sini. Bolehlah untuk tambah ilmu pengetahuan
 
Tiket masuk...IDR 3K untuk warganegara dan IDR 10K untuk International. 
 

Passenger service charge
Kami sampai airport dalam pukul 4.30 pm. Jangan lupa untuk bayar passenger service charge sebanyak IDR 75K sorang. Kaunter dia terletak berdekatan dengan ruangan menunggu di dalam airport. Airport dia mempunyai tempat solat yang kecil dan terbuka, bercampur antara lelaki dengan perempuan.
 
 Kami sampai ke Malaysia dalam pukul 10.00 pm. Kastam ada tanya juga berapa hari pergi kerana kami bawa beg yang besar. Tapi alhamdulillah dia tidak check pun.
 
TAMAT SUDAH LAWATAN KAMI KE BANDUNG....MEMANG PUAS-HATI
 

Bercuti di Bandung - Part 5 - Trans-Studio

 
Hari ke 4
 
 
Plan hari ini : Pasar Baru >> Trans-Studio 
 
 
 
Masjid di Pasar Baru...bahagian atas sekali
Selepas sarapan pagi, dalam pukul 10.00 am, kami bertolak ke Pasar Baru. Disebabkan bukan hari weekend, orang tidak lah terlalu ramai. Kami parking di bahagian atas sekali dan rupa-rupanya terdapat masjid di sini. Pak supir kami menjadi tourist guide ke kedai kain di dalam Pasar Baru. Tapi amat digalakkan, datang sendiri tanpa ada pak supir kerana boleh layan tawar menawar tanpa ada campur tangan pihak lain. Kami tidak shopping banyak kerana plan besok untuk datang lagi.

Hanya beli dua atau tiga helai telekong dan t-shirt bandung untuk diri sendiri. Susah juga bila membeli belah dengan membawa budak-budak kecil. Tambahan pulak dengan penjual yang menjual minuman. Di sini kalau penjual tu bagi minuman kepada kanak-kanak dan terus dibuka, harganya IDR19K tapi bila kita sendiri hendak beli harganya boleh dapat dalam IDR10K.


Yahoooo....Trans-Studio

Dalam 12.00 pm, kami bertolak ke Trans-Studio. Jaraknya tidaklah terlalu jauh dari Pasar Baru. Sekejap je dah nampak pintu gerbang ni.

Dah hampir sampai

Tempat pemeriksaan kenderaan
Setiap kenderaan yang melintasi pintu gerbang ini akan diperiksa, takut-takut bawa bom ke atau apa-apa yang merbahaya.. Kira ketat jugalah kawalannya.

Trans-Studio terdapat dua section, satu yang ada permainan dan satu lagi shopping complex yang agak ekslusif. Banyak kedai-kedai di shopping complex ni. Tempat makan pun banyak dan bermacam-macam menu.
Kalau nampak Kingkong ni....makna dah kian hampir

Tempat parking di bawah tangan kingkong ni

Logo Trans-Studio
Trans-Studio dibuka pada pukul 10.30 am dan di tutup pada pukul 9.00 pm. Sebelum masuk, kita mesti beli tiket dahulu. Harganya dalam IDR 150K / pax pada hari biasa, tanpa ekspress pass. Jika ekspress pass harganya dalam IDR 200K / pax. Jika weekend, harganya dalam IDR200K / pax dan tambah IDR50K untuk ekspress pass.

Kaunter tiket- orang tidak ramai lagi
Kita akan dapat  kad" MEGA BANK " dan kad ini akan digunakan untuk masuk ke dalam Trans-Studio, membeli makanan, cenderahati dan picture kenangan di dalam Trans- Studio.

Harga makanan dan cenderahati pun boleh tahan di dalam sini. Kad ini boleh juga di reload di dalam Trans-Studio.


Kad MEGA BANK

Map Trans-Studio
Trans-Studio merupakan taman tema permainan tertutup yang terbesar di Indonesia. Memang menarik dan tersendiri. Tempat yang wajib dilawati tapi biarlah plan betul-betul agar berbaloi kerana banyak permainan yang disediakan. Jangan tergesa-gesa untuk mengejar masa, rugi ooooooo.

Salah seorang pengunjung dan Chelsea Fan


Persembahan teater...diadakan di sini

Chelsea Fan sedang berlegar-legar

Sedang memilih tempat yang sesuai
Di sini terdapat persembahan teater tetapi harus diingat terdapat hanya satu kali sahaja per day. Rasanya start dalam pukul 1.30 pm kut. Jangan lepaskan peluang...best juga walaupun ada setengah ayat yang diucapkan, kami tidak faham pun. Orang memang ramai masa persembahan itu berjalan dan riuh-rendah dengan gelak ketawa.

Pelakon-pelakonnya beraksi

Flash tidak dibenarkan untuk ambil gambar

Cantik dia punya prop

Sedang lepak-lepak

Tempat permainan bot

Lagi tempat permainan yang disediaka

Boleh naik bot ...tetapi kanak-kanak tidak dibenarkan

Tempat permainan untuk kanak-kanak
Ada satu tempat permainan tu, hanya kanak-kanak yang memakai stokin je dibenarkan masuk. So sila pakai stokin, bila datang ke sini yeeee.

Persembahan stunt diadakan dalam pukul 3.00 pm gitu. Jadi bersedialah untuk menyaksikannya. Bila anda tengok ramai orang beratur, maka di situlah tempatnya. Ataupun dengan kata lain, berdekatan dengan kawasan pancutan air.

Di sini juga ada persembahan "live band". Lagu-lagu nya boleh tahan juga.

Sedang lepak untuk menyaksikan parade

Acara parade bermula
Dalam pukul 5.00 pm, diadakan parade. Semua pengunjung akan tertumpu di sepanjang jalan di dalam Trans-Studio. Boleh lah tengok semua watak yang ada di taman tema Trans-Studio ini.

Pengunjung setia menunggu

Kereta berhias

Tapi apa yang best....adalah acara pancaran laser. Memang best acara ini dan anda pasti akan kagum. Cantik dan sangat-sangat istimewa.
Acara pancaran laser

Lokasi menunggu pak supir
Dalam pukul 7.00 pm, kami pun keluar dari Trans-Studio. Di luar sudah gelap, almaklumlah Bandung kan gelap awal. Pak supir kami sampai dalam pukul 7.20 pm gitu. 
Kami terus balik ke hotel. Letih...letih. Tamat lah satu hari lagi kami di Bandung.
 
ole-ole Trans-Studio
 
Sedikit nasihat....datang awal ke Trans- Studio, pilih bukan hari cuti ataupun weekend ( Jimat wang dan masa ). Habiskan hampir satu hari di sini. Baru lah puas-hati.
 
Selamat tinggal Trans-Studio..
 

Sunday 28 October 2012

Bercuti di Bandung - Part 4 - Kawah Putih

Hari ke3
 
Plan arini : Hotel Bandung >> Kawah Putih >> Kolam Air Panas >> Restoren Sindang Reret >> Bandung  
 
 
 
 
Bilik kami di atas tu
 
 Inilah hotel yang kami menginap selama 3 hari 4 malam. Nama hotel adalah hotel Patradisa. Hotel biasa saja tetapi kebersihannya memuaskan dan biliknya pun besar. Ianya merupakan sebuah banglo yang telah diubahsuai menjadi tempat menginapan. Makan tidak menjadi masalah kerana kita boleh order tetapi makanan yang terhad je. Tempat ni tidak lah terlalu jauh ke FO atau Pasar Baru tetapi kena naik angkotan.
Sarapan pagi yang disediakan
 
Sarapan pagi hanya satu menu sahaja tiada pilihan tetapi bagi aku memang sedap. Kena dengan tekak aku. Apa-apa yang disediakakan di hotel ini bagi aku memang sedaplah . Apa yang penting, bila kita turun baru mereka masak makanan untuk kita, so kena turun awallah.
 
Sedap-sedap walaupun ringkas
 

Jalan ke Kawah Putih

Pagi ini kami keluar dari hotel dalam pukul 9.00 am. Pak Supir kami dah tunggu sebelum pukul 9.00 pagi lagi. Memang time management pak supir kami tiptop. Sebelum tu lupa nak cerita, pak supir kami merupakan seorang yang baik, menepati masa dan banyak membantu. Nama pak supir kami, Pak Rohman, orang Sunda. Segala tiket-tiket masuk tempat pelancongan semua dia beli. Kadang-kadang tu boleh dapat spesial price lagi...hahaha

Pokok-pokok strawberi ditanam dalam beg plastik aje
Jalan ke Kawah Putih, kita akan tempuhi banyak kawasan tanaman strawberi dan kita boleh petik sendiri strawberi di sini. Kalau ada yang berminat tu bolehlah singgah dan rasa buah strawberi di sini manis-manis dan sedikit masam rasanya. Bagi aku, strawberi di sini rasanya lebih sedap dari Cameron Highland.

Kedai-kedai disepanjang jalan ke Kawah Putih

Signboard Kawah Putih
Perjalanan ke Kawah Putih mengambil masa dalam 3 jam lebih. Jadi seeloknya bertolaklah awal pagi contohnya dalam pukul 9 pagi ke. Kita akan lihat banyak pokok buluh di kiri kanan jalan ke Kawah Putih. Itu sebabnya banyak tempat makan di Bandung dindingnya bercirikan  buluh.



Tempat untuk naik tren...pak supir bleh berehat

Sebelum masuk, kita kena beli tiket dulu. Rasanya kami bayar dalam IDR 20K sorang. Tapi yang ini tidak berapa pastilah. Kita ada dua pilihan untuk naik ke Kawah Putih iaitu dengan kereta yang dibawa ataupun tren yang disediakan. Ramai pak supir yang suruh naik tren, so paham-pahamlah lama juga nak menunggu satu-satu tren tu. Masa terluang tu bolehlah pak-pak supir tu berehat. Bijak...bijak.. Kami macam biasalah naik kereta sampai ke atas..... terima kasih untuk pak supir yang bertimbang rasa. Tempat parkingnya luas dan banyak juga gerai yang menjual baju, buah strawberri dan lain-lain lagi.

Kantor informasi dan tempat parking di atas
Jalan untuk naik ke atas memang berliku dan hanya muat untuk satu kenderaan je. Jadi bila kenderaan bertembung, satu lagi kenderaan terpaksa berhenti untuk bagi laluan yang satu lagi jalan. Jauh juga perjalanannya, rasanya dalam 30 minit lebih.

Tidak banyak kenderaan yang parking di atas ni, rasa-rasanya dalam 3 buah je termasuk kenderaan kami. So mesti bijak tau untuk sapa-sapa yang plan untuk pergi ke Kawah Putih nanti. Jangan terlalu ikut sangat kata pak supir anda.

tempat informasi

Asap daripada kawah
Adalah amat digalakkan bawa mask ke sini. Bau sulfur memang kuat, kalau tidak pakai mask, kita mungkin tidak tahan berada lama di kawasan ini. Tempat ni pun sejuk jadi bawalah baju tebal. Mask ada juga dijual di pintu masuk ke kawah putih tapi harga aku tidak tau berapa.
 Di tepi tangga untuk turun ke kawah, ada penjual yang menjual batu-batu gunung berapi, belerang dan juga baja untuk tumbuhan.
Panoramanya

Cantik dan indah ciptaan Allah

berjalan-jalan
 
Panorama lagi



Ruangan infomasi



Kalau yang rajin membaca tu bleh la
Daripada apa yang aku perhatikan pengunjung ke Kawah Putih tidaklah seramai di Tangkuban Perahu. Dan Tangkuban Perahu lebih happening lagi dari di sini.


Perjalanan ke sebuah tasik

Dari sini pak supir kami hendak membawa kami ke satu tasik yang cantik katanya. Sia-sia saja kalau datang ke kawasan ini tidak melawat tasik tersebut. Tasik apa aku tidak ingat.

tanaman teh di sini

salah satu pintu gerbang

Cantik pemandangan di sini
 
cerita Heart rasanya lokasi di sini...kalau tidak silap

Inilah tasik yang dikatakan tu. Tapi masa kami pergi, airnya surut jadi tidaklah nampak terlampau menarik. Di kiri kanan terdapat banyak gerai yang menjual makanan dan cenderamata dan tempat ini memang menjadi tempat tumpuan orang-orang Indonesia. Orang Malaysia aku tidak jumpa pun di sini.

Ada bot untuk bersiar-siar dan banyak lagi kemudahan yang disediakan dan cuaca pun tidak terlalu panas... rasa nyaman je. Tempat ini bleh dimasukkan dalam itentary lawatan. Kami beli strawberri di sini dalam IDR 30K untuk 7 pek kesemuanya, sangat-sangat murah. Kalau di Cameron Highland, saiz 1 pek tu harganya dalam RM12.

tiket masuk
Acara seterusnya mandi di kolam air panas Walini. Airnya memang ada yang betul-betul panas. So sebelum pergi tu sediakan baju mandi ya. Tapi airnya tidak lah terlalu bersih sangat dan nampak macam berlumut sikit

Banyak orang jakarta

Yang ini kena bayar lagi tapi orang xde masuk pun

Sedang menunggu makanan
 
Dalam perjalanan balik, kami singgah makan di Restoren Sindang Reret. Cantik restoren ni. Konsepnya macam restoren nelayan di Tasik Titiwangsa.

Buat lauk sedap ni

Alhamdulillah...selesai
Disebabkan tahap kebuluran yang membuak-buak maka tidak sempat untuk diambil gambar makanan yang kami order. Nak kata sedap sangat tu tidak le. Aku lebih suka makanan di Kampung Daun lagi. Ikan Gurame memang anak-anak aku suka makan. Dan minuman yang paling aku suka Teh botol...sedap
Teh ni diberi percuma...rasanya tiap-tiap restoren memberi teh percuma
Restoren ini konsepnya kolam ikan dan sawah padi disebelahnya. Masa kami sampai, orang tidaklah terlalu ramai, jadi senang sikit untuk pilih tempat santap yang rasa selesa dan menarik.
 
Jalan pulang ke Bandung

Tempat wajib bergambar
Tempat tujuan seterusnya adalah Rumah Mode, Amanda, Kartika Sari dan Factory Outlet. Kami banyak habiskan masa di Rumah Mode dan orang memang punyalah ramai. Happening kat sini. Walaupun tiada perancangan untuk membeli belah di sini tapi seeloknya buatlah window shopping.

Rumah Mode lagi tapi gambar kurang jelas
Dah penat tawaf Rumah Mode dan makan ice-cream di salah satu cafe di sini, kami pergi McD untuk makan malam. Nak tahu rasanya sama atau tidak dengan yang Malaysia punya. Bila makan, lebih kurang sama je. Tapi sos kami bawa dari Malaysia. Apa yang bagusnya pekerjanya memang baik- baik belaka.

Brownies amanda
 
Dalamnya
Kami singgah untuk beli ole-ole di Amanda, orang boleh tahan ramainya, di sini boleh digunakan kad kredit. Begitu juga dengan Kartika Sari, kad kredit boleh digunakan. 

Brownies cheese

Rasa lapar... teringat2 kesedapan brownies cheese nie


Bolen
 

Lapar-lapar
Pekerja-pekerja di Amanda memang banyak membantu dan melayan kerenah pelangan yang seperti kita yang banyak bertanya itu dan ini. Di sini banyak jenis brownies, pisang bolen dan bermacam-macam mak- nenek untuk di makan. Janji bawa duit atau kad kredit je.

Kek lapis
Brownies kukus yang paling sedap adalah Amanda cheese. WOW Sedapnya.
Brownies coklat yang sedap dari SapuLidi. Kalau kartika Sari hanya Pisang Bolen dia kut. Tapi aku hanya suka Brownies saja. Kalau pergi Bandung lagi, aku tidak akan miss Brownies cheese Amanda.
Macam mana aku tidak ambil gambar brownies dari Kartika Sari tak tau.Kek lapis biasa-biasa sangat. Tidak beli pun takpa dah lah harganya dalam IDR 75K.

Selamat malam.