Sunday 3 March 2013

Ramal Food Junction - Willy satay..satay yang sedap

 
Sungai ramal- sign board  dia
 
 
             Willy satay memang agak popular kat Kajang selain daripada satay Hj Samuri. Willy satay terletak di Ramal Food Junction iaitu tempat makan yang popular kat area Sungai Ramal. Satay ini memang sedap untuk penggemar satay . Ramal food Junction ini beroperasi pada sebelah petang hingga ke malam. Lebih kurang 5 pm lebih ke 10 pm lebih kurang.
 

ni dalam kul 6 pm....orang dh beratur tu
 
 
    Kalau peminat satay tu eloknya datang petang untuk order kerana kalau lambat terpaksa beratur panjang. Lagi petang lagi panjanglah ianya terpaksa beratur. Klu tidak silap aku, kami pernah beli satay ni dalam pukul 3 lebih kalau tidak silap. Itu pun terpaksa beratur juga. Kebanyakkan masa ni banyak yang bungkus je.
 

tempat bakar satay
 
 
        Selain daripada itu Burger Bakar Abang Burn juga mendapat permintaan di sini. Pasti sedap kalau orang ramai makan. Kami tidak pernah rasa lagi Burger bakar kat sini. Mungkin satu hari nanti.
 
 
Burger bakar abg Burn
 
 
     Lagi satu makanan yang jadi kegemaran kami di sini adalah bihun sup  Gerainya adalah Lan Sup Utara. Bihun Sup dia memang sedap. Sup Gear Box dia pun ada juga. Tapi kalau aku tak ambil kut sebab Gear Box dia tu terdedah je. Tidak tutup so lalat dah rasa dah gear box tersebut. Hilang selera aku.
 

macam2 terdapat di sini
 
Selamat menjamu selera kat sini.....makanan dia memang sedap....sedapp


No comments:

Post a Comment