Friday 24 May 2013

Lost World of Tambun- Theme Park


Lost World of Tambun yang terletak di area Ipoh ( Tambun ) memang agak terkenal sebagai tempat mandi-manda dan membawa anak-anak bersantai. Tapi best ke untuk mandi kat Lost World of Tambun ni ?
Bagi aku best juga kerana lain dari yang lain. Di dalamnya juga kita boleh belajar sejarah iaitu di Tin Valley

Harga tiket masuk di sini adalah :

RM 48 : Untuk dewasa
RM 41 : Untuk kanak-kanak ( bawah 12 thn) dan senior citizen ( atas 55 thn )

*** sebaiknya booking melalui internet lagi murah.

Masa operasi pula adalah :

11: 00 am - 6:00 pm  : Isnin - Jumaat
10:00 am - 6:00 pm : Sabtu - Ahad, Public holiday dan cuti sekolah

** Tutup hari Selasa kecuali cuti sekolah dan public holiday **


Apa yang ada di sini ? Tempat yang menjadi tumpuan ramai adalah water park. Tetapi terdapat banyak lagi tempat-tempat lain yang menarik iaitu :

1. Tiger Valley
2. Team building park
3. Water park
4. Petting zoo
5. Amusement park
6. Swan lake
7. Tin valley
8. Animal care centre
9. Hot springs & spa

dan yang terbaru ..... Lost world Lupe's Aventure

Di sini juga disediakan trem untuk round-round lost world ni. Tapi kena beratur kat area Amusenent park. Yang malas nak berjalan boleh naik trem dan kita boleh turun kat tempat mana yang kita suka ( ada stesen berhenti ).

Seeloknya kita nak trem dulu, lihat kawasan dia pastu baru plan nak pergi mana-mana yang di fikirkan best.
 
Ni tempat mandi untuk kanak-kanak dan ibubapa pun boleh berendam sekali....
Tapi kalau terlampau ramai orang, jadi tak best juga sebab tempat ni agak sempit.
 
 

 
Makanan kat sini...okay lah. Bila asyik mandi je selalunya cepat rasa lapar. Harganya makanan adalah berpatutan dan layanan pun okay juga. Banyak staff yang suka senyum... best kalau macam ni.
 
 


Salah satu tempat yang kanak-kanak suka, Petting zoo ! Banyak haiwan yang dipelihara kat sini. Jinak-jinak belaka. Staff dia pun ramah dan banyak membantu. Memang berbaloi kalau datang kat sini.

Kat sini pun banyak juga souvenir yang dijual. Kalau tidak mau beli di sini boleh beli kat pintu keluar nanti.
 
Bagi yang meminati hot spring....kat sinilah tempatnya. Tapi kalau dalam pukul 12 tghari. Panas gila le jadinya. Tempat ni sesuai pada sebelah petang atau malam.
 
Kalau yang menginap kat Lost World Hotel tu memang patut tunggu hingga malam. Hot spring ni di tutup pada pukul 10 pm. Kalau malam cantik tempat ni. Kat tepi kolam pun ada disediakan tempat menjamu selera.
 
 
Selamat bercuti di Lost World of Tambun.....

1 comment:

  1. salam,
    saya nk tanya..harga tiket water park sekali dengan harga petting zoo ke sis ek?

    terima kasih

    ReplyDelete