Monday 8 April 2013

mee udang pulau aman- sedap ke ?

 

 
     Mee udang Pulau Aman sedap ke ? Apa yang bestnya mee udang kat sini ? Itulah pertanyaan yang bersarang  dihati kami. Jadi kena terjah Pulau Aman ni.
      Bagi yang  baru pertama kali dengar nama Pulau Aman, ianya terletak di Pulau Pinang dan berdekatan dengan Batu Kawan/ Bukit Tambun. Jadi dia terletak di sebelah tanah besar bukan kat sebelah pulau ye...dan ianya juga merupakan sebuah pulau perkampungan nelayan.
 
Lauk free...makan daging lembu lagi best dari udang
 
 
          Untuk pergi ke sini...kalau dari utara ataupun selatan terutamanya yang ikut Plus Highway, kena exit kat Bukit Tambun/ Batu Kawan. Selepas plaza tol belok sebelah kanan dan drive je ke Stadium Batu Kawan. Kita akan jumpa stadium kat sebelah kiri. Terus je drive hingga sampai di  Jetty Batu Musang/ Pulau Aman. Tapi hati-hati ye...jalan ni banyak lembu yang lepak dan sedikit sunyi. Kalau pergi sorang-sorang tu ambillah langkah yang sewajarnya.
 

Permandangan Jetty Batu Musang
 

Parking kat sini dalam RM 2 @ 3 kut ( lupa lak ). Masa kami pergi tempoh hari kereta tak banyak. Kalau hari minggu kereta penuh jadi terpaksalah parking jauh dan menapak pun  jauh juga untuk ke Jetty.
 
Perjalanan ke Pulau Aman diteruskan dengan menaiki bot pulak. Perjalanannya dalam masa 15-20 min je.Kalau hari biasa, trip bot 2 jam sekali tapi pada hari minggu 15 min atau bot penuh terus jalan.
 
Dari jetty ke bot untuk ke pulau aman
 
 
Lagi satu tiketnya adalah RM 6 untuk dewasa dan RM 4 untuk kanak-kanak. Pada hari biasa, tempat bayar tiket kat Pulau Aman tapi kalau hari cuti atau minggu, tempat bayar tiket kat Jetty Batu Musang dan Pulau Aman.
 

Kaunter tiket
 
Pulau Aman merupakan perkampungan nelayan dan rumah-rumah yang ada  terletak di pesisir laut dan di atas pulau. Ada yang dijaga rapi dan ada yang terbiar.  Untuk pengetahuan terdapat sekolah kat sini.
 
Rumah terbiar-nak jual ke ?
 
Rumah-rumah di sini
 
Tempat makan yang paling popular di sini adalah  Restoren Terapung. Mee udang adalah menu utama. Disamping itu terdapat bihun dan keowteow udang juga.Tempat makannya memang selesa. Selain itu kat tepi restoren ni terletak tempat orang menjual udang dan ketam. Kita boleh beli dan bagi kat restoren ni untuk dia masak.
 
Restoren terapung pulau aman
 
 
Tempat makan
 
 
Cara nak order kat sini adalah tick je kertas yang disediakan di atas meja. Pastu bagi kat budak2 restoren tu. Harga makanan adalah RM10 untuk yang special.
Untuk yang nak beli udang atau ketam...boleh beli dan bagi je untuk di masak atau boleh beli untuk bawa balik rumah sebagai ole-ole. Hari tu kami beli sekilo udang harganya dalam RM 35. Pada hari minggu harganya mahal lagi tau.
 Apa yang lecehnya udang  atau ketam yang dibeli hanya boleh  "masak stim" je kat restoren ni... Lain-lain masakan tidak dilayan.
 
Bihun goreng udang
 
 
 
keowteow udang
 
 
Mee udang
 
 
mee dan keowteow udang
 
 
 
Udang masak stim
 
 
Pada hari minggu dan cuti, orang memang ramai kat sini dan terpaksalah "Q " lama. Adalah digalakkan datang masa orang tidak ramai. Kalau yang berminat nak bermalam di sini, juga disediakan homestay...Untuk yang kaki pancing best kat sini kerana terdapat tempat memancing yang terbaik kut iaitu kat jetty seperti di bawah ini. Masa kami pergi kat situ orang memang ramai....Rasanya meriah waktu malam.
 
  
Tempat memancing...rasanya ini jetty..ada dewan lagi

Rumusan daripada perjalanan kami....mee udang dia biasa-biasa saja. Tidaklah sampai rasa wajib pergi lagi. Permandangan memang menarik dan tempat makan memang selesa kalau orang tidak terlampau ramai le. Untuk nak tenangkan fikiran dan lepak-lepak memang patut pergi dan  kaki pancing memang best kat sini.

Misi selesai untuk mee udang Pulau Aman.

4 comments:

  1. Di tahun awal 80 an kerap ke Pulau Aman..kerana di situ lah tempat kelahiran bapa saya. Mungkin sebelum tu pun ada di bawa ke sana ,kerana masih kecil maka tak ingat apa2. Ketika itu kena tunggu bot atau sampan nelayantempatan memunggah ikan di Bukit Tambun utk menumpang ke Pulau Aman. Sejak Pulau Aman jadi kawasan pelancongan ni sudah tidak jejak lagi. Last rasanya 15 tahun lampau. Teringin nak bawa anak2 ke sana kalau ada kesempatan. Mungkin sebagai pelawat sahaja bukan sebagai kunjungan saudara mara macam dulu...

    ReplyDelete
  2. rasa relaks juga masa kami pergi tempoh hari....best je suasana dia.

    ReplyDelete
  3. dpt juga pegi bulan 9 baru2 ni..tido semalam.

    ReplyDelete
  4. 1st time pegi awal 2013.. ok.. Sedap.. Agak berpatutan, pack dan Mesra. 2nd time pegi dec 2013.. X sedap.. Mahal.. Makin sombong dan mcm kurang org.. Kalo nk mkn rs mcm nk gaduh buat apa kan... Bro rmbut pnjg tu mcm bagus ek

    ReplyDelete