Sunday 7 April 2013

Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak


     Masa kami balik tempoh hari kami singgah lagi kat Pulau Sayak. Mee Udang Pulau Sayak bagi aku memang sedap dan terbaik...Mee udang yang paling best kut....ikut selera masing-masing le.
Kali ini kami singgah kat Restoren Usop Mee Udang Laut pulak, ianya merupakan antara restoren yang menjadi pilihan popular kat Pulau sayak..

        Kat restoren sebelah Usop tu servis dia lembab sikit....Boleh "cemuih" tunggu dia masak...lambat sungguh, bukan main-main. Tapi bagi aku masakan dia sedap....

Signboard Usop

       Tapi yang frustnya kali ini kunyit pula habis...kalau tahu aku bawa kunyit dari rumah untuk dia masak. Jadi kami pesan udang masak sos...boleh tahan rasa dia tapi kalau masak kunyit baru best le.

Mee udang...udang 4 ekor je
             Dulu masa kami pergi, udang dia banyak juga tapi kali ni rasa sikit je.....tapi xpa xde sekilo lagi udang kat bawah. Rasanya dulu special kut...Lupa lak.

Udang masak sos- sekilo
 
            Orang masa ni boleh dikatakan ramai juga kerana cuti sekolah. Seeloknya datang awal-awal. Tapi masa kami sampai hari tu masih ada tempat kosong lagi.
Lokasinya tepi pantai so best dengan angin laut yang bertiup dan almaklumlah kedah tengah panas sekarang ni.

 
Tempat makan dia
 

Ramai orang tengah nikmati hidangan

Selamat menjamu mee udang pulau sayak. Sedapppppppppp.








 
 
 


No comments:

Post a Comment