Friday 2 November 2012

Fraser's Hill tempat bercuti sambil mencari ketenangan dan kedamaian



Mercu tanda Fraser's Hill- setiap orang pasti ambil gambar kat sini
 
Best ke cuti di Fraser's Hill atau Bukit Fraser ni? Apa yang ada di sana ye ? Kat mana Bukit Fraser tu ? Inilah soalan yang bermain di fikiran aku sebelum ke  Bukit Fraser.
 
Bukit Fraser ataupun lebih dikenali Fraser's Hill terletak di negeri Pahang. Cuacanya dalam lingkungan 17 deg cel hingga 24 deg cel. Terletak di atas Banjaran Titiwangsa. Jaraknya dari Kuala Lumpur dalam 104 km. Perjalanan memang mencabar kerana jalan yang bercuram, kecil dan berliku-liku. Kawasan sekitar perjalanan, penuh dengan hutan khatulistiwa dikiri-kanan. Kalau orang yang jenis suka suasana hutan dan penuh dengan kedamaian pasti suka jika dapat bercuti di Fraser's Hill.


Hutan dikiri-kanan

Terdapat DAM di sini
Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 2 hingga 3 jam dari Kuala Lumpur. Kereta pun tidak banyak, jika pergi bukan weekend atau cuti sekolah. Sambil memandu tu bolehlah layan pemandangan yang cantik di sini.


Salah satu masjid di sana
Dahulunya terdapat GAP untuk naik ke Fraser Hill tetapi sekarang telah dibina jalan yang baru. So jalan naik dan turun sudah berlainan arah. Maka masa boleh dijimatkan daripada tunggu kat GAP.
Di puncak Fraser's Hill terdapat sebuah masjid. Tak ingat nama masjid apa. Tapi cabaran yang utama, untuk mengambil wudhuk....Sejuk airnya.


Sign board yang mewawarkan acara tengok burung
Fraser's Hill International Bird Race diadakan setiap tahun di sini. Acara ini diadakan dalam bulan June antara pertengahan bulan ataupun dalam 20 haribulan gitu. Pada masa ini, bilik hotel kebanyakkan penuh dan orang memang ramai. Pelbagai jenis burung akan kita dapat lihat pada waktu ini. Jika ada yang berminat dengan bird watching....mesti booking hotel awal-awal.
 
Bangunan kat belakang tu boleh dikunjungi



Pejabat pos
 
 
Di Fraser's Hill, terdapat banyak pilihan sebagai tempat penginapan. Semuanya bergantung kepada kita. Kalau yang berminat untuk menginap di hotel, terdapat hotel seperti Puncak Inn, Shazlan Inn dan lain-lain. Kalau berminat dengan dengan banglo terdapat banyak di sini yang untuk disewa. Cantik-cantik belaka.
  
Depan tu ada kedai menjual souvenir
 
Kalau ada yang berminat dengan souviner di sini, boleh dapatkan di kedai bersebelahan Puncak Inn atau di kedai yang berdekatan dengan kerusi colour merah tu. Pelbagai pilihan souviner boleh dibeli kat sini. Kalau berminat boleh beli untuk kenang-kenangan.
 
 
Tempat lepak-lepak
sambil lepak tengok orang main golf
Sambil makan ice-cream sedap ni
 Fraser's Hill merupakan salah satu  tempat yang sesuai untuk tenangkan fikiran, lepak-lepak dan sambil-sambil tu bolehlah main golf jika berminatlah dan ada kelapangan masa.
 
Kalau tidak silap, FHGC dibuka untuk orang-ramai tetapi dengan sedikit bayaran dikenakan. Bolehlah jika nak mencuba pada suatu hari nanti.
 
Direction untuk ke satu-satu tempat
Tapi rasanya kalau tinggal lama-lama kat sini, rasa boring juga sebab tak banyak aktiviti yang boleh dijalankan. Bukan hari-hari asyik tengok keindahan hutan je. Kalau dua - tiga hari tu....rasanya boleh lagi bersabar. 
 
Salah satu hotel di sini
 
Silverpark hotel
Hotel di silverpark.....sunyi je
Macam apartment je.. hotel ni
 Disebabkan Fraser's Silverpark ni selalu kluar kat GROUPON dengan harga yang murah, kami round-roundlah tempat ni. Memang kawasannya mempunyai pemandangan yang cantik tetapi disebabkan ianya luas, takut aku nak tinggal kat sini. Bangunannya nampak suram je....dah lah orang tidak ramai. Kalau malam takut aku. SERIOUS aku takkan bermalam kat sini kalau tidak ramai orang.
 
Hotel Puncak Inn
Kat depan ni banyak banglo yang boleh disewa
Bagi aku, Fraser's Hill merupakan tempat yang sesuai untuk merehatkan minda setelah penat bekerja. Cuaca dan pemandangan hutan yang cantik memang memberi ketenangan. Rumah-rumah ala Inggeris memang menarik hati setiap pengunjung. Makanan, biasalah jika di tanah tinggi...mahallah sikit.
 
Selamat bercuti untuk orang yang memilih Fraser's Hill sebagai pilihan. 
 

4 comments:

  1. jln2 cari info..
    biasanya ramai ke fraser hill nih?

    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau hari biasa x ramai
      Klu haru cuti tu ramai le..
      best untuk berehat

      Delete
  2. nak pergi bercuti dgn kawan2 after spm ni. ada cadangan tempat2 yg menarik tak?

    ReplyDelete