Sunday 4 November 2012

Mee Udang Pulau Sayak - Best dan Sedap

Pemandangan waktu petang
Mee udang memang popular di Pulau Sayak. Tempat makannya pun best juga berhampiran dengan pantai. Bolehlah layan tengok matahari terbenam jika cuaca baik. Lepas order tu, bolehlah  jalan-jalan di persisir pantai sambil tunggu makanan siap. Pantai ini orang jarang mandi kerana tidak sesuai ( terdapat minyak bot dan tiada bilas diri selepas mandi air laut )

Untuk tempat makan tersebut, selepas Pusat Ternakan Udang Pulau Sayak, kita akan jumpa 2 tempat makan mee udang yang famour di sebelah kiri. Jadi bila lepas je Pusat Ternakan Udang tu, bawa slow je lah. Ada signboard dia belah kiri. Kedai yang pertama tu servis dia lebih okay dibandingkan yang kedua.


Udang goreng kunyit-Sedapnya
Manakala untuk yang pertama kali hendak ke sini,  selepas exit Plus Highway Sungai Petani Selatan / Baling. Ambil jalan ke Tikam Batu, pastu ke Pantai Merdeka. Dalam perjalanan ke Pantai Merdeka ada persimpangan ke Pulau Sayak. Ikut je sampai jumpa Pusat Ternakan Udang yang diceritakan di atas tadi ( terletak di sebelah kiri ).

Ohya untuk yang tidak tahu, Pulau Sayak tu terletak di negeri Kedah Darulaman. Berhampiran dengan Pantai Merdeka . Bila bulan Ramadhan kat sinilah dia orang tengok anak bulan.  Jika datang awal boleh pergi ke Pantai Merdeka dulu, rilek-rilek kat Pantai Merdeka sambil makan laksa Kedah. Kat Pantai Merdeka boleh ambil  bot penumpang ke Tanjung Dawai untuk membeli ikan-ikan kering seperti ikan talang, bilis dan lain-lain. Tambang rasanya dalam satu ringgit je.

Untuk yang suka bermalam, dulu terdapat chalet kat Pulau Sayak selepas tempat makan tersebut. Tapi di Pantai Merdeka terdapat chalet di tepi pantai. Dan pantainya pun ada orang selalu berkhemah terutama waktu cuti.


Mee Udang- nak banyak udang lagi tambah dengan udang masak kunyit tadi
Harga mee udang tidaklah mahal mana kerana sini kawasan nelayan. Mee udang dia memang sedap dan tempat makan dia pun terjaga. Surau juga disediakan. Jadi selesalah makan kat sini. Jika datang lambat, kita terpaksa parking jauh kerana tempat parking selalu penuh. Jika makan di sini, anda akan rasa berbaloi-baloi dengan harga dan rasanya.

Selamat menjamu selera untuk yang sampai ke Kedah terutamanya Pulau Sayak.



No comments:

Post a Comment