Saturday 10 November 2012

Golden Palm Tree Sepang - Resort yang hebat untuk bercuti



Lobby resort

Golden Palm Tree Iconic Resort and Spa ataupun Golden Palm Tree Sepang merupakan resort yang bertaraf 5 bintang. Ianya terletak di Pantai Bagan Lalang yang mana merupakan tempat percutian yang terbaik di area Selangor terutamanya Sepang dengan panorama laut yang cantik dan tempat makan terutama seafood yang terbaik sedapnya. Jika kita stay di sini, ianya merupakan cuti-cuti Malaysia yang terhebat.

Jalan ke tempat parking




Untuk yang hendak ke sini, kita boleh ikut jalan ke Litar Formula One, Sepang atau jalan ke LCCT. Bila jumpa traffic-light sebelum litar, belok sebelah kiri dan terus je sampai jumpa satu lagi traffic-light. Pastu belok ke kanan, terus je sampai jumpai pekan Sepang. Terus je lagi sampai kita jumpa simpang ke Bagan Lalang. Ambil simpang ( sebelah kanan ) ni dan terus je sampai jumpai satu pintu gerbang Pantai Bagan Lalang di sebelah kiri.

Ambil jalan ni dan terus je, kemudian belok ke kiri dan terus sampai jumpa pantai Bagan Lalang.Bila jumpa T junction kat tepi pantai, ambil sebelah kiri untuk ke Golden Palm Tree Resort. Manakala sebelah kanan pula untuk ke tempat makan seafood yang best iaitu Restoren Terapung HM Bagan. Senangkan kalau nak ke sini.



Cantik pemandangan di sini

Resort ini merupakan villa atas air seperti mana di Grand Lexis Port Dickson. Tetapi di sini villanya lebih jauh di tengah laut. Kita boleh naik buggy untuk ke bilik atau villa masing-masing. Letih kalau nak menapak kat ini. Jauh kena jalan, kalau adik kakak nak tau. Rasanya ada kut dalam 1 kilometer untuk sampai di bahagian tengah palm tree tu.

Jadi air laut surut pun, villa-villa ini tetap berada di atas air. Gempak juga ni. Macam mana masa mula-mula nak bina resort ni dulukan? Bukan perkara senang ni. Resort ini mempunyai 392 sea villa. Banyak dan selesa sangat-sangat. Staff-staff dia pun baik-baik belaka dan sudi membantu.



Restoren yang ada di sini, terletak di tengah-tengah Palm Tree. Makanan yang disediakan di sini sedap-sedap belaka. Memang puas hati punya. Makan tengah laut pulak tu. Di sini terdapat juga swimming pool yang terletak berdekatan dengan restoren. Lepas makan boleh terus terjun mandi.... Best....best.....bestnya.


Dari balkoni bilik kami

Sea villa-villanya terdiri daripada :

1. Travellers Palm Villa
     - mempunyai satu bilik
     - sesuai untuk 2 dewasa atau 2 dewasa 1 kanak-kanak

2.  Premier Travellers Palm Villa
     - mempunyai satu bilik
     - sesuai untuk 2 dewasa atau 2 dewasa + 1 kanak-kanak

3. Canary Palm Villa
    - mempunyai satu bilik dan room living area
    - sesuai untuk 4 orang atau 3 dewasa + 1 kanak-kanak atau 2 dewasa + 2 kanak-kanak

4. Ivory Palm Villa
    - mempunyai dua bilik berasingan
    - sesuai untuk 5 dewasa atau 3 dewasa + 2 kanak-kanak atau 2 dewasa + 3 kanak-kanak

5. Royale Palm Villa
    - mempunyai tiga bilik berasingan
    - sesuai untuk 6 dewasa atau 3 dewasa + 3 kanak-kanak atau 4 dewasa + 2 kanak-kanak

Pemandangan waktu petang




Jika stay di sini jangan lupa bawa peralatan memancing. Masa lepak-lepak tu best juga layan memancing. Terutamanya waktu lewat malam, nyaman je kalau lepak kat balkoni sambil layan joran. Ikan banyak kat sini...jerung tak tau ada tak. Kalau dapat jerung,  buat " BBQ " sedap juga.

Setiap malam ada liveband yang buat persembahan kat sini. Sapa-sapa yang suka layan lagu tu boleh lepak- lepak kat sini sambil minum apa yang patut dan boleh tengok gelagat manusia yang menginap di sini. Macam-macam gelagat yang boleh kita lihat terutama daripada pelancong asing.

Kat sini susah nak tengok bot nelayan kat tepi villa
Masa kami stay kat sini aritu, ramai pelancong dari luar negara terutama dari Taiwan dan Jepun. Bestkan jadi macam mereka yang boleh melancong kat luar negara dan tengok negara orang. Sini memang tempat yang best untuk rehatkan minda dan hilangkan letih berkerja tanpa ada sebarang gangguan.


Dalam sea villa kami


Atap dia diimport dari Indonesia.




Kami ambil yang ada 2 bilik

Jika boring makan kat resort, boleh cuba makan seafood kat restoren/ gerai kat tepi jalan di sepanjang Pantai Bagan Lalang. Tempat yang aku paling suka makan seafood di Bagan Lalang adalah di Restoren Terapung HM Bagan.

Restoren ni sedap-sedap masakan dia dan pemandangannya memang cantik. Tapi seeloknya booking dulu kerana ramai pelanggan yang suka makan di sini.

Selamat menginap di Golden Palm Tree Sepang dan menjamu selera dengan masakan seafood yang sedap di Pantai Bagan Lalang.

Sedap....Sedap dan Sedap.

3 comments:

  1. macammana dengan harga utk 1 malam.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tmpang lalu….post yg sgt menarik..as member golden palm tree sy bleh dptkn best rate RM 350 for 2D1N and RM650 for 3D2N..Email abuburn888@gmail.com (0122208140)

      Delete
  2. Best kan kat sini? Harga Agoda 700+. Experience it yourself at the Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa at a discounted rate of more than 50% – only RM 350 nett!! Visit http://goldenpalmtreediscounts.blogspot.com/ and drop me a comment! Thank you.

    ReplyDelete