The Carnival Sungai Petani merupakan taman tema air yang terbesar di Sungai Petani ( rasanya hanya yang ini satu je kat sini....hehehe ). Pasti orang Sungai Petani rasa bangga kan ?
Jarak dari pusat bandar dalam 5 km dan ianya terletak di kawasan Cinta Sayang Resort. Kalau daripada Plus Highway Utara Selatan, kita kena ambil exit Sungai Petani Utara ( Sg Petani dan Sg Lalang ), pastu belok kekiri ( Kat traffic-light ) dan memandu terus je hingga jumpa signboard ke Hospital Sultan Abdul Halim ( sebelah sampai sini kena tempuh 2 traffic light), pastu ambil kiri. Jalan terus je hingga jumpa Hospital Sultan Abdul Halim ( terletak disebelah kiri ). Bila sampai di traffic-light selepas hospital, ambil sebelah kanan dan jalan terus je sampai jumpa The Carnival disebelah kanan. Maka anda sudah sampai di The Carnival.
 |
Tempat parking-free je |
Tempat parking rasanya tidak perlu bimbang kerana luas juga tempat parking yang disediakan dan kat kiri jalan pun boleh parking tapi kalau kena saman, bayar sendirilah.
 |
Sambil tunggu orang beli tiket ...boleh minum-minum dulu |
Sebelum masuk tu kena beli tiket dulu. Seeloknya booking online...boleh dapat murah lagi. Kami haritu dapat dalam RM 18/pax online booking. Kalau tidak dalam RM 25/ pax. Jauh beza juga untuk orang-orang yang pergi cara rombongan Cik Kiah.
 |
Kaunter tiket |
 |
Masih di luar kawasan theme park lagi |
 |
Kaunter masuk |
Seperti biasa, setiap theme park tidak membenarkan makanan dan minuman luar di bawa masuk. Di sini pun tidak terkecuali, setiap beg akan diperiksa satu persatu. Tapi pekerjanya memang berhemah dan bersopan-santun. Ini memang patut dipuji.
 |
Tempat mainan |
 |
Budak-budak memang enjoy |
Tempatnya tidak terlampau besar. Rasanya 15 minit dah habis round satu kawasan ni. Kalau bawa kanak-kanak memang sesuai kerana mudah nak jaga dan tidak banyak tempat mandi.
Kalau weekday, lagi sesuai sebab orang tidak ramai jadi boleh main dan mandi-manda sepuasnya. Di dalam theme parak terdapat gerai makanan yang menjual aneka minuman dan makanan. Jadi kita takkan berlapar kat sini. Harga tu bolehlah...berpatutan.
 |
Mandi.....mandi |
 |
Untuk budak-budak memang sesuai sangat |
Ada setengah kolam tu, airnya berkeladak sikit dan banyak daun-daun yang terapung, ranting-ranting kayu yang tenggelam di dalam air yang mana mencacatkan mood untuk mandi. Part ni, pihak pengurusan patut ambil tindakan segera.
 |
Orang tidak ramai kerana weekday |
Bagi aku, tempat ni tiada apa yang istimewa sangat. Kalau tidak pergi pun tidak apa dan kalau pergi pun boleh juga. Biasa-biasa je. Kalau orang KL tu nak turun Sungai Petani disebabkan nak pergi ke The Carnival, memang tidak berbaloi langsung.
 |
Murah juga ni |
Salah satu promosi dia orang. Kalau harga tiket murah tu...bolehlah juga pergi sekali-sekali kerana tiada pilihan lain di Sungai Petani.
Selamat mandi- manda dan enjoy.
mcm mna nak booking online ?
ReplyDeletedari dia punya website...
Deletekat situ ada
Ada jugak option untuk orang di utara tanahair ni utk pergi mandi manda dgn family
ReplyDeletehttp://pondokajip.blogspot.com/2013/03/the-carnivall-water-theme-park-in.html?m=1
mcm mna nak booking online?? tolong ajar
ReplyDeleteNak cari homestay di SP utk ke Karnival. Hubungi 0134734487..
ReplyDeleteNak cari homestay di SP utk ke Karnival. Hubungi 0134734487..
ReplyDelete