Sunday 4 November 2012

Grand Lexis Port Dickson - Tempat penginapan bagi percutian yang best

Hotel Lexis PD - pandangan dari tempat parking

Lexis Port Dickson terletak berdekatan dengan Kota Lukut. Jaraknya dalam 4.5 km daripada Bandar Port Dickson. Hotelnya menarik kerana terdapat swimming pool di dalam bilik masing-masing manakala pemandangannya memang best neeeeee. Tapi apa yang kurengnya, pantainya tiada tempat untuk mandi-manda.

Pemandang dari atas resort di Lexis
Kami telah booking  bilik water chalet secara online sebelum itu lagi. Itu pun bila terdengar kawan-kawan bercakap mengenai sebuah hotel yang ada swimming pool di dalam bilik. Memang best kalau pilih yang ini kerana chaletnya terletak di atas laut. Kami stay selama 2 hari 1 malam. Untuk pengetahuan semua, bukan semua bilik adalah water chalet, jadi booking hanya water chalet je. Walaubagaimanapun setiap bilik ada swimming pool.

Amat digalakkan agar kaki pancing tu bawa joran bersama. Bolehlah layan memancing masa stay di sini. Ikan....pastilah ada yeeee. Nama pun laut. Tapi ikut rezeki masing-masing la. Bila air surut, kita boleh berjalan di bawah chalet tersebut. Kalau dapat tangkap ikan masa ni pasti best kan ?

Masa ni air sedang surut
Apa yang bestnya Port Dickson ni adalah pasar malamnya pada malam hari Sabtu. Pasar malam ini terletak berdekatan dengan Petronas dan Hotel Seri Malaysia ( rasanya batu 9 kot ). Tempat parking susah sikit sebab itu digalakkan datang awal. Apa yang menariknya pasar malam ni adalah pelbagai makanan dan minuman terdapat di sini. Makanannya pula dijual dengan harga yang berpatutan dan sedap-sedap belaka.

 Kalau singgah pasar malam ini, jangan lupa beli AYAM GUNTING ( Chai )  kat satu gerai tu...
memang sedap dan best ayam dia. Rasanya  dah banyak cawangan dia kat area KL dan Selangor.


Water chalet

Water chalet mempunyai bilik yang luas dan selesa. Tapi apa yang paling bestnya ada swimming pool yang aku sebut tadi. Masuk bilik, boleh terjun terus ke swimming pool. Berendamlah sampai badan naik biru, orang tak ganggu punya.


Bilik tidur


Swimming pool dari ruangan bilik tidur



Swimming pool bilik kami


Air baru nak pasang

Stay di sini memang berbaloi walaupun terpaksa membayar dengan harga yang sedikit tinggi. Budak-budak pasti suka kerana boleh mandi tanpa mengira waktu. Memang puas berendam. Amat digalakkan untuk stay di sini.


Water chalet-bilik ni lebih luas lagi
 
Oooyaaa..sila ambil perhatian..Lexis ada 2 hotel, salah satu tu tiada swimming pool. Yang ada swimming pool tu, yang ada tower tinggi ( tempat parking hotel ditempatkan di sini )
Nama lamanya Lexis adalah Legend International Water Homes
 
Untuk siapa-siapa yang nak pergi, sila guna GPS koordinat seperti dibawah:
 
Longitude: 101.79719
Latitude : 2.549425

7 comments:

  1. menarik jgk..mcm nk book utk bcuti nti..klu utk couple ade suggestion x blik mana? nk yg de swimming pool pny :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ble booking melalui website.
      ambik yang water chalet.
      ada yg bilik besar dan sebaliknya...ikut kemampuan.
      klu saya mesti ambik water chalet ( terletak di atas laut dan pilih yg mengadap laut terbuka...cantik..tapi kos tinggi skit.Sekali sekala x kisah kan.
      Tapi yg x bestnya kt sini bila air surut bleh nampak tanah, x sama seperti kat golden palm tree sepang. sana air laut surut tapi masih terdapat air lagi kerana terletak di tengah laut.
      Bagi saya kat sepang lagi best wlaupun xde swimming pool dlm bilik.
      selamat bercuti

      Delete
    2. Chalet water yg awk ckp 2 brp harganya?kl yg x m,gadap laut 2 brp harganya pulak...tq

      Delete
  2. menarik... rasa nak g je. thanks for the info.

    ReplyDelete
  3. petronas yg ada pasar malam tu, batu 4. =)

    ReplyDelete
  4. Hi , nak Tanya kalau stay Kat lexis port disckon, mana nak cari tempt makan yang best & pasar malam untik malam jumaat . Btw kita smua Chinese

    ReplyDelete