Saturday 1 June 2013

Menara Kuala Lumpur - Permata di Angkasa

Menara Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur atau dikenali dengan KL Tower sangat popular sebagai tempat lawatan di Kuala Lumpur. Menara Kuala Lumpur tersergam indah di ketinggian 421 meter. Terletak di Hutan Simpan Bukit Nenas, menara ini merupakan menara telekomunikasi ketujuh tertinggi di dunia. Ianya dibina untuk menambah baik kualiti pancaran telekomunikasi dan penyiaran.


 
Menara Kuala Lumpur siap dibina pada Mei 1996 dan dibuka kepada orang ramai pada 23 Julai 1996. Menara ini telah dirasmikan pada 1 Oktober 1996 oleh YA.Bhg. Tun Mahathir Mohamad, ketika itu Perdana Menteri Malaysia.
 

Tarian kebudayaan
 
Selalunya pada hari minggu diadakan tarian kebudayaan di ruang legar Menara Kuala Lumpur. Kadang-kadang best juga bila tengok tarian-tarian tersebut kerana jarang sangat boleh dilihat. Anak-anak pun sudah tidak tahu tarian kebudayaan kita sendiri.
 
Tarian apa ni...ye?
Tempat parking banyak disediakan kat sini...tapi kena datang awal le...kalau tidak nanti penuh. Tempat parkingnya adalah berbayar..Kami haritu kena dalam RM 9 ( dari pukul 10.30 - 2 lebih  )
 
Untuk yang hendak datang ke sini, harga tiket adalah seperti berikut :
 
1. Pelantar Pemandangan : RM 29 (A) ; RM 19 (C) - mykad :: RM 47 (A) ; RM 27 (C) - Intern
2. FI Simulator : RM 20 (A) ; RM 15 (C)
3. XD Theater : RM 20 (A) ; RM 15 (C)
4. Pony Ride : RM 15 (A) ; RM 12 (C)
5. Animal Zone : RM 15 (A) ; RM 12 (C)
6. Blue Coral Aquarium : RM 18 (A) ; RM 12 (C)
 
Tak semua kita patut lihat atau pergi. Lihat kewangan dan masa masing-masing. Kadang-kadang mahal juga.

tempat untuk naik lif ke pelantar/restoren berputar dan ambil gambar
 
Apa pula yang ada kat Menara Kuala Lumpur ini ye?
 
Tempat yang patut dilawati adalah Pelantar Pemandangan. Walaupun harga tiketnya boleh tahan juga... kasihan kepada orang yang selalu buat rombongan Kak Kiah. Boleh kopak juga duit...RM 29 sorang. Kalau pergi 2 orang tu boleh tahan le tapi kalau ramai....hahahah.
 
Kat atas ni kita boleh melihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur. Di atas ini disediakan juga teropong jauh ( tak ingat nama apa ) so boleh lah tengok bangunan mana atau area mana kita nak lihat. Kat sini juga ada photographer untuk ambil gambar...selain kat bawah di pintu utama untuk naik kat sini. Kat sini gambar lebih menarik lagi.
 
Harga gambar kami haritu dalam RM 80 untuk 4 gambar (globe, fridge magnet ,keychain dan gambar besar )
 
 

Tempat beli tiket
 
 
Selain daripada Pelantar Pemandangan, tempat-tempat lain adalah :
1. Restoran berputar
    Nikmati makanan yang sedap disamping view yang amat cantik di Restoren Berputar Atmosphere 
    360.
 
2. Animal Zone
    Terdapat haiwan eksotik, ular sawa albino dan burung kakak tua.
 
3. Pony Ride
    Boleh tunggang dan ambil gambar.
 
4. 1Malaysia Cultural Village
     Perkampungan budaya...boleh melawat dan ambil gambar.
 
5. F1 Simulator
    Kereta-kereta FI
 
6. Blue Coral Aquarium
    Nak tengok hidupan air kat sini le.
 
7. XD Theater
    
 
 
Kedai cenderamata kat bawah

Kedai cenderamata banyak di sini. Kalau yang berminat nak beli baju ke, boleh beli kat bahagian bawah atau kat bahagian pelantar pemandangan. Harga ??? biasa..biasa je....mampu dibeli



Tempat pementasan kut....kat bahagian belakang---toilet pun ade dekat2 sini
 
 Kadang-kadang ada pementasan kat sini. Tapi aku tak tau le start pukul berapa. Sebab bila pergi dah 3 kali pun tidak pernah nampak lagi.
 
Perkampungan budaya

Kat 1Malaysia Cultural Village selalu diadakan majlis kenduri kahwin. Kalau nak tengok budaya kat Malaysia ni bolehlah masuk. Rasanya kena bayar juga....Takde yang free kan...
 
Untuk yang tidak pernah melawat tu....datanglah walaupun sekali dan kalau nak menjamu selera kat restoren berputar pun lagi baik.....
  
 
Pelantar pemandangan
Ini gambar kat Pelantar Pemandangan. Banyak cenderamata yang dijual dan nak ambil gambar kat sini pun boleh. Kalau bawa anak-anak pasti nak beli macam-macam kat sini. 
 
Selamat tinggal Menara Kuala Lumpur....
 
 


1 comment: