Sunday 2 June 2013

Fullhouse - Deko yang menarik

Latar belakang fullhouse
 
Jom makan-makan kali ini pula, kita terjah Fullhouse Wangsa Walk pulak. Tertanya-tanya juga sedap ke makan kat Fullhouse ni? Best ke makanan dia ? Servis okay tak ?
 
Di Wangsa Walk ni terdapat banyak tempat makan dan salah satunya adalah tempat ini.
 

Ini jenis berkuah- harga dlm RM 19 kut
Fullhouse merupakan tempat makan yang agak popular kepada orang yang nak santai-santai. Dekonya memang nampak best tapi makanan tu biasa je kut kerana aku bukan lah pengemar western food sangat.


Harga dalam RM 49.50 kut
 
Dari segi servis memang okay. Staff dia memang banyak membantu. Aku kalau pergi tempat makan ni selalu tanya apa yang paling sedap kat tempat tersebut.
 
Kat atas tu merupakan makanan yang paling sedap ( kata staff dia le ). Tapi bagi aku biasa je dan rasanya pun sedikit manis. 


Minuman dia

Masam-masam je - RM 8 lebih

Minuman pun biasa-biasa je...takde yang wow sangat pun. Harga boleh tahan le....

Dekonya...ada dijual souvenir

Tapi dari segi deko memang best. Kat sini rasa relaks je makan. Kalau ada yang berminat nak beli baju atau souvenir ke.... boleh dibeli kat sini.

Lain daripada yang lain kan.

Lagi ruang makan
Souvenir lagi

Kesimpulannya...tempat makan ni untuk yang nak berdating tu memang sesuai. Memang santai bila makan kat sini. Deko yang menarik....Menunya pulak bercorak kartun....Lain dari yang lain.

No comments:

Post a Comment