Monday, 3 June 2013

Hentian bas Kajang Jalan Reko - Segala urusan boleh settle di sini.

Hentian bas kajang
 
Kali ini aku bukan nak citer mengenai tempat makan. Kita tukar tajuk pulak. Hentian Bas Kajang yang terletak di Jalan Reko merupakan tempat terletaknya cawangan-cawangan jabatan perkhidmatan kerajaan.
 
Kepada sesiapa yang hendak berurusan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN ) , Jabatan Imigresen Negara dan lain-lain, boleh datang ke sini.
Semua jabatan tersebut terletak di tingat 3.
 
Tingkat 1 untuk tempat jualan tiket bas ekspress untuk perjalanan ke utara dan timur, tempat makan, kad kahwin dan baju-baju.
 

KWSP

Disamping itu juga Pejabat KWSP dan Socso juga terdapat area ini . Pejabat Socso terletak di sebelah kiri hentian kajang dan KWSP sebelah kanan.

Kepada yang nak berurusan dengan Jabatan Imigresen adalah digalakkan datang awal kerana orang selalunya ramai. Hari Sabtu dan Ahad pun buka tetapi kena datang awal kerana jumlah pengunjung dihadkan dalam 150 je kut. Kalau boleh isi dulu borang-borang yang diperlukan. Kat sebelah jabatan imi. terdapat kedai untuk ambil gambar so tak payah risau pada yang xde gambar lagi.
Ohya untuk pasport siap haritu juga.

Jabatan Pendaftaran Negara, tempoh selesai untuk urusan pertukaran alamat ( seperti kami ) dalam 50 min. Mykad baru mengambil masa dalam 2 minggu untuk siap. Tapi kalau kat Putrajaya dalam 24 jam boleh siap.

Tapi tak kisahlah kerana Mykad kita sekarang ini tidak lagi dipulangkan sehingga yang baru siap.
Moga membantu kepada yang tinggal area Kajang dan Bangi

4 comments:

  1. dari kajang ni, ada tak bas pergi temerloh, pahang ? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaflah x pastilah pulak...
      utara, kelantan dengan terengganu tu mmg ade

      Delete
  2. Destinasi utara ke terminal butterwoth ada?

    ReplyDelete
  3. dari hentian kajang ke melaka ada tak?

    ReplyDelete