Saturday 1 June 2013

Restoren Berputar Atmosphere 360 di Menara Kuala Lumpur - Best dan berbaloi

 
 
Restoren Berputar Atmosphere 360
 
Kali ini jalan-jalan dan makan-makan kami di Restoren Berputar Atmosphere 360 Menara Kuala Lumpur. Restoran berputar terletak pada ketinggian 282 meter.
 
Tapi best ke Restoren Berputar Atmosphere 360 di Menara Kuala Lumpur ni ? Sedap....Sedap ke makanan dia ??
 
Makanan dia macam kat restoren di hotel-hotel yang berbintang-bintang. Tapi view dia memang mantooooop.
 
tempat ambil makanan

Adalah digalakkan agar kita buat reservation dulu....kalau tidak, nanti kecewa. Sebab selalunya kalau hari cuti penuh je. Kalau nasib baik, adalah kosong lagi.

Sila datang awal kerana kita boleh pilih seat yang kat bahagian tepi cermin. Seat kat tepi cermin..boleh tengok view tanpa gangguan dari pelanggan lain.

Untuk pengetahuan semua, restoren ini akan berputar sehingga 360 tau. Jadi kita boleh lihat seluruh Kuala Lumpur ni sambil menjamu selera.
 
 
Tempat makanan
Untuk yang berminat untuk menjamu selera di sini, boleh buat reservation dan masa yang difikirkan sesuai dan harganya yang termampu. 
 
Masa dan harga :
 
Lunch buffet : 11.30 am - 3.00 pm
                      : RM 75.90 ++ ( A )
                      : RM 58.60 ++ ( C - 5thn - 12 thn )
                      : Isnin- Ahad
 
Afternoon tea : 3.30 pm - 5.30 pm
                       : RM 50 ++ ( A )
                       : RM 41.40 ++ ( C - 5thn - 12 thn )
                       : Isnin - Jumaat
 
Hi tea  : 3.30 pm - 5.30 pm
            : RM 58.60 ++ ( A )
            : RM 41.40 ++ ( C - 5thn - 12 thn )
            : Sabtu, Ahad dan Public Holiday
 
Dinner buffet : 6.30 pm - 8.30 pm / 9.00pm - 11.00pm
                       : RM 170.70 ++ ( A )
                       : RM 119.00 ++ ( C - 5thn - 12 thn )
                       : isnin - Ahad
 
Acara yang paling best sekali....adalah makan...
Jemput makan semua.
Bila makan kat sini dengan panorama yang menarik rasa nyaman dan tenteram je.
Best sangat.
Layanan pun sangat memuaskan......
 
 
 
 
makanan dan makanan
 
 
Tengok lah makanan yang ada kat sini. Tapi jangan makan terlampau banyak sangat nanti nak balik pun susah...hahaha

Sedap....sedap
 

lagi dan lagi



Banyak kan makanan dia





Makan dan terus makan


rasa puas hati


Sedap ikan ni


ini pun best


Tapi apa yang aku perhatikan banyak chinese pada masa kami makan tempohari. Tapi takpa...lauk-pauk akan ditambah bila habis. Pasti tidak kempunan punya.

Tempat makan
Harga yang kami kena bayar adalah dalam RM 200 lebih. Tapi memang berbaloi rasanya dari segi layanan dan view yang cantik sangat.

Tempat makan kami

Pada waktu malam, pasti lagi best untuk makan-makan dan santai-santai kat sini. Mungkin satu hari nanti nak datang makan waktu malam pulak...

PASTI BEST....




selesai.....


Cantik view KL

Selepas makan, kita boleh lepak-lepak kat pelantar pemandangan....jika masih lagi berminat le. Tapi kat pelantar pemandangan ini juga disediakan informasi mengenai menara-menara yang terdapat di dunia.

Bagi aku....Restoren Berputar Menara Kuala Lumpur merupakan tempat makan yang patut dikunjungi...

Untuk yang berminat boleh call No ni untuk reservation : 603 2020 2121

Selamat bersantai dan makan-makan.

14 comments:

  1. dah try dah tmpt ni...mmg menarik...makanan pun so far sedap la..tp bukan la sgt sgt sedap...

    -smh-

    ReplyDelete
  2. Utk diner tu rm 170.70++ tu seorg atau 2 org?

    ReplyDelete
  3. bole bagi pencerahan tak adakah restoran ini halal atau tidak.....
    email anda boleh balas dekat emel saya
    farezzuanalong@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Food indah kabar dari rupa.... Standart restaurant biasa je rugi duit

    ReplyDelete
  5. Pork free as they serve liquor.

    ReplyDelete
  6. Pork free as they serve liquor.

    ReplyDelete
  7. bestnya. harga still sama or dh berubah skrg?

    ReplyDelete
  8. bestnya. harga still sama or dh berubah skrg?

    ReplyDelete
  9. ni mkan mcm kat seoulgarden ke? bayar then makan je apa nk. gitu ke? kang aku main sebat mmpus nk bayar. mmng terjun bangun aku kang.

    ReplyDelete
  10. wahh....cgt best klau dpt peluang hnya skli pun tak pe

    ReplyDelete
  11. Ok mnarik..but for rm170++ is for 1adult or?klau pgi 3dewasa dan 1knak2 umor 4tahun..cne kira?
    Lau knak2 yg 4tahun tau la xbyar..but for parents and 1adult how much?

    ReplyDelete
  12. boleh ke kalu sy nak sambut birtdy di sana.just bwk kek sahaja

    ReplyDelete
  13. MasyaAllah .....hebat nau harganya...sekali seumur hidup x ape ler...lebih baik buat knduri doa selamat..pgil tetamu mkn..lg pahala...hihihi...sj jer share...jgn marah haa...anyway t kasih ats perkongsian nie...syabas puan...puan memudhkn urusan kami yg belom mnikmati lg...in shaa Allah...amin...

    ReplyDelete