Plan arini : Hotel Bandung >> Kawah Putih >> Kolam Air Panas >> Restoren Sindang Reret >> Bandung
 |
Bilik kami di atas tu |
Inilah hotel yang kami menginap selama 3 hari 4 malam. Nama hotel adalah hotel Patradisa. Hotel biasa saja tetapi kebersihannya memuaskan dan biliknya pun besar. Ianya merupakan sebuah banglo yang telah diubahsuai menjadi tempat menginapan. Makan tidak menjadi masalah kerana kita boleh order tetapi makanan yang terhad je. Tempat ni tidak lah terlalu jauh ke FO atau Pasar Baru tetapi kena naik angkotan.
 |
Sarapan pagi yang disediakan |
Sarapan pagi hanya satu menu sahaja tiada pilihan tetapi bagi aku memang sedap. Kena dengan tekak aku. Apa-apa yang disediakakan di hotel ini bagi aku memang sedaplah . Apa yang penting, bila kita turun baru mereka masak makanan untuk kita, so kena turun awallah.
 |
Sedap-sedap walaupun ringkas |
 |
Jalan ke Kawah Putih |
Pagi ini kami keluar dari hotel dalam pukul 9.00 am. Pak Supir kami dah tunggu sebelum pukul 9.00 pagi lagi. Memang time management pak supir kami tiptop. Sebelum tu lupa nak cerita, pak supir kami merupakan seorang yang baik, menepati masa dan banyak membantu. Nama pak supir kami, Pak Rohman, orang Sunda. Segala tiket-tiket masuk tempat pelancongan semua dia beli. Kadang-kadang tu boleh dapat spesial price lagi...hahaha
 |
Pokok-pokok strawberi ditanam dalam beg plastik aje |
Jalan ke Kawah Putih, kita akan tempuhi banyak kawasan tanaman strawberi dan kita boleh petik sendiri strawberi di sini. Kalau ada yang berminat tu bolehlah singgah dan rasa buah strawberi di sini manis-manis dan sedikit masam rasanya. Bagi aku, strawberi di sini rasanya lebih sedap dari Cameron Highland.
 |
Kedai-kedai disepanjang jalan ke Kawah Putih |
 |
Signboard Kawah Putih |
Perjalanan ke Kawah Putih mengambil masa dalam 3 jam lebih. Jadi seeloknya bertolaklah awal pagi contohnya dalam pukul 9 pagi ke. Kita akan lihat banyak pokok buluh di kiri kanan jalan ke Kawah Putih. Itu sebabnya banyak tempat makan di Bandung dindingnya bercirikan buluh.
 |
Tempat untuk naik tren...pak supir bleh berehat |
Sebelum masuk, kita kena beli tiket dulu. Rasanya kami bayar dalam IDR 20K sorang. Tapi yang ini tidak berapa pastilah. Kita ada dua pilihan untuk naik ke Kawah Putih iaitu dengan kereta yang dibawa ataupun tren yang disediakan. Ramai pak supir yang suruh naik tren, so paham-pahamlah lama juga nak menunggu satu-satu tren tu. Masa terluang tu bolehlah pak-pak supir tu berehat. Bijak...bijak.. Kami macam biasalah naik kereta sampai ke atas..... terima kasih untuk pak supir yang bertimbang rasa. Tempat parkingnya luas dan banyak juga gerai yang menjual baju, buah strawberri dan lain-lain lagi.
 |
Kantor informasi dan tempat parking di atas |
Jalan untuk naik ke atas memang berliku dan hanya muat untuk satu kenderaan je. Jadi bila kenderaan bertembung, satu lagi kenderaan terpaksa berhenti untuk bagi laluan yang satu lagi jalan. Jauh juga perjalanannya, rasanya dalam 30 minit lebih.
Tidak banyak kenderaan yang parking di atas ni, rasa-rasanya dalam 3 buah je termasuk kenderaan kami. So mesti bijak tau untuk sapa-sapa yang plan untuk pergi ke Kawah Putih nanti. Jangan terlalu ikut sangat kata pak supir anda.
 |
tempat informasi |
 |
Asap daripada kawah |
Adalah amat digalakkan bawa mask ke sini. Bau sulfur memang kuat, kalau tidak pakai mask, kita mungkin tidak tahan berada lama di kawasan ini. Tempat ni pun sejuk jadi bawalah baju tebal. Mask ada juga dijual di pintu masuk ke kawah putih tapi harga aku tidak tau berapa.
Di tepi tangga untuk turun ke kawah, ada penjual yang menjual batu-batu gunung berapi, belerang dan juga baja untuk tumbuhan.
 |
Panoramanya |
 |
Cantik dan indah ciptaan Allah |
 |
berjalan-jalan |
 |
Panorama lagi |
 |
Ruangan infomasi |
 |
Kalau yang rajin membaca tu bleh la |
Daripada apa yang aku perhatikan pengunjung ke Kawah Putih tidaklah seramai di Tangkuban Perahu. Dan Tangkuban Perahu lebih happening lagi dari di sini.
 |
Perjalanan ke sebuah tasik |
Dari sini pak supir kami hendak membawa kami ke satu tasik yang cantik katanya. Sia-sia saja kalau datang ke kawasan ini tidak melawat tasik tersebut. Tasik apa aku tidak ingat.
 |
tanaman teh di sini |
 |
salah satu pintu gerbang |
 |
Cantik pemandangan di sini |
 |
cerita Heart rasanya lokasi di sini...kalau tidak silap |
Inilah tasik yang dikatakan tu. Tapi masa kami pergi, airnya surut jadi tidaklah nampak terlampau menarik. Di kiri kanan terdapat banyak gerai yang menjual makanan dan cenderamata dan tempat ini memang menjadi tempat tumpuan orang-orang Indonesia. Orang Malaysia aku tidak jumpa pun di sini.
Ada bot untuk bersiar-siar dan banyak lagi kemudahan yang disediakan dan cuaca pun tidak terlalu panas... rasa nyaman je. Tempat ini bleh dimasukkan dalam itentary lawatan. Kami beli strawberri di sini dalam IDR 30K untuk 7 pek kesemuanya, sangat-sangat murah. Kalau di Cameron Highland, saiz 1 pek tu harganya dalam RM12.
 |
tiket masuk |
Acara seterusnya mandi di kolam air panas Walini. Airnya memang ada yang betul-betul panas. So sebelum pergi tu sediakan baju mandi ya. Tapi airnya tidak lah terlalu bersih sangat dan nampak macam berlumut sikit
 |
Banyak orang jakarta |
 |
Yang ini kena bayar lagi tapi orang xde masuk pun |
 |
Sedang menunggu makanan |
Dalam perjalanan balik, kami singgah makan di Restoren Sindang Reret. Cantik restoren ni. Konsepnya macam restoren nelayan di Tasik Titiwangsa.
 |
Buat lauk sedap ni |
 |
Alhamdulillah...selesai |
Disebabkan tahap kebuluran yang membuak-buak maka tidak sempat untuk diambil gambar makanan yang kami order. Nak kata sedap sangat tu tidak le. Aku lebih suka makanan di Kampung Daun lagi. Ikan Gurame memang anak-anak aku suka makan. Dan minuman yang paling aku suka Teh botol...sedap
 |
Teh ni diberi percuma...rasanya tiap-tiap restoren memberi teh percuma |
Restoren ini konsepnya kolam ikan dan sawah padi disebelahnya. Masa kami sampai, orang tidaklah terlalu ramai, jadi senang sikit untuk pilih tempat santap yang rasa selesa dan menarik.
 |
Jalan pulang ke Bandung |
 |
Tempat wajib bergambar |
Tempat tujuan seterusnya adalah Rumah Mode, Amanda, Kartika Sari dan Factory Outlet. Kami banyak habiskan masa di Rumah Mode dan orang memang punyalah ramai. Happening kat sini. Walaupun tiada perancangan untuk membeli belah di sini tapi seeloknya buatlah window shopping.
 |
Rumah Mode lagi tapi gambar kurang jelas |
Dah penat tawaf Rumah Mode dan makan ice-cream di salah satu cafe di sini, kami pergi McD untuk makan malam. Nak tahu rasanya sama atau tidak dengan yang Malaysia punya. Bila makan, lebih kurang sama je. Tapi sos kami bawa dari Malaysia. Apa yang bagusnya pekerjanya memang baik- baik belaka.
 |
Brownies amanda |
 |
Dalamnya |
Kami singgah untuk beli ole-ole di Amanda, orang boleh tahan ramainya, di sini boleh digunakan kad kredit. Begitu juga dengan Kartika Sari, kad kredit boleh digunakan.
 |
Brownies cheese |
 |
Rasa lapar... teringat2 kesedapan brownies cheese nie |
 |
Bolen |
 |
Lapar-lapar |
Pekerja-pekerja di Amanda memang banyak membantu dan melayan kerenah pelangan yang seperti kita yang banyak bertanya itu dan ini. Di sini banyak jenis brownies, pisang bolen dan bermacam-macam mak- nenek untuk di makan. Janji bawa duit atau kad kredit je.
 |
Kek lapis |
Brownies kukus yang paling sedap adalah Amanda cheese. WOW Sedapnya.
Brownies coklat yang sedap dari SapuLidi. Kalau kartika Sari hanya Pisang Bolen dia kut. Tapi aku hanya suka Brownies saja. Kalau pergi Bandung lagi, aku tidak akan miss Brownies cheese Amanda.
Macam mana aku tidak ambil gambar brownies dari Kartika Sari tak tau.Kek lapis biasa-biasa sangat. Tidak beli pun takpa dah lah harganya dalam IDR 75K.
Selamat malam.