Saturday 23 February 2013

Restoren Temerloh Catering Shah Alam Seksyen 15

     Ikan Patin memang terkenal di Temerloh Pahang. Tambahan kalau masak tempoyak....pasti sedapkan. Kini orang KL tidak payah pergi Temerloh lagi untuk makan ikan patin masak tempoyak. Masakan ini boleh didapati di Shah Alam seksyen 15.


Penuh orang masa ni

       Restoren ini terletak berdekatan dengan Pusat Pameran/Servis Toyota dan Stesen Minyak Petronas. Atau lebih tepat lagi terletak di Kompleks Dataran Otomobil, Jalan Pahat J 15/J.
Selepas masuk ke jalan Kompleks Dataran Otomobil, terus je drive hingga jumpa restoren tersebut.

Aneka masakan tempoyak ikan patin
 
 
     Masakannya memang sedap.. Orang memang ramai jika datang dalam waktu makan tengahari iaitu dalam pukul 12 pm lebih. Adalah digalakkan datang awal..Kalau tidak terpaksalah menunggu lama untuk dapat tempat makan.
 
Harganya berpatutan iaitu:
                                  Patin buah masak tempoyak = RM 20
                                  Patin masak tempoyak ( sangkar ) = RM 10
                                  Patin masak lemak tempoyak ( sangkar ) = RM 10
                                  Ayam kampung goreng      = RM 4
                                  * ini menu utama kami le....

 
 
Patin masak tempoyak
 
 
Selain daripada itu, terdapat bermacam aneka lauk lagi yang terdapat di sini. Hanya ambil je apa yang rasa nak makan. Makanan bergoreng juga terdapat di sini ( tapi waktu pukul 12 belum bermula lagi ).
 
masak tempoyak patin buah
 
 
   Untuk yang mengidam masakan ikan patin bolehlah datang ke sini. Selamat menjamu selera ye...nyummyyyy.
 
Koordinat gps untuk ke sini; N 03 03'52.6" E101 31'29.0"
 
 
 
 
 
 
 
 
 




 
 
 
 




No comments:

Post a Comment