Saturday 28 January 2012

Bestnya bercuti di Cameron highland ! part 1


Tea Plantation-Bharat Tea







Dah lama lah plan nak pergi Cameron Highland ni tapi takde masa yang sesuai, so bila cuti sekolah bulan 12 baru-baru ni rasanya masa yang sesuai kut walaupun ramai yang bagitau bahawa masa cuti sekolah adalah masa yang paling jem di Cameron highland.

Tapi klu takde orang tak best kan???


Asyik kita anak-beranak je!!Bagi aku, aku suka orang ramai tapi jangan terlalu ramai..nanti susah pulak nak nak buat apa2 pun.

Kami pergi pun secara tiba-tiba je walaupun aku dah plan sorang-sorang lama dah.Nak bagitau nanti takde hotel ke? Frust pulak budak-budak tu.Masa mula tu plan gak nak pergi Fraser's hill tapi di situ tak banyak tempat untuk dilawati tapi untuk rehat-rehat boleh lah.Hotel pulak banyak yang dah full, maklumlah cuti sekolah.

Malam sebelum pergi ,aku cuba-cuba check website Hotel Century Pine dan Hotel De La Fern.
Kedua-dua hotel ni masih ade kosong lagi dan kalau tengok website Hotel Century Fine memang nampak cantik dan ianya terletak di Tanah Rata,berdekatan dengan balai polis dan kawasan rekreasi.Tapi aku pilih Hotel De La Fern kerana nampak macam lebih menarik lagi walaupun berhampiran jalan utama ke Brincang.Hotel pun nampak unik sikit.

  Hari pertama
Kami bertolak dari KL dalam pukul 7 lebih gitu.Plan tu nak breakfast kat Bharat Tea ke? Sebab ramai orang comment kata situ view dia cantik.Kena scone ke best gak....kata orang lah !!!
Kami ikut Tapah dan jalan dia memang mencabar,corner dia boleh dikatakan WOW.Kami beli rambutan kat satu gerai sebelum naik bukit tu...buah rambutan dia memang sedap.Hanya gerai dia satu-satu yang ade sebelum naik bukit tu dan gerai tersebut terletak di sebelah kanan ,kalau kita dari tapah.Aku kata sedap sebab masa balik pun kami beli lagi.
Kami tidak singgah pun di Lata Iskandar sebab sejuk dan orang pun ramai kat situ,nak parking pun susah.Aku pun hairan orang yang mandi kat situ...tak sejuk ke????

Dalam-dalam dok corner baring kat bukit-bukit, ade juga yang bawa slow sangat so kami yang kata belakang ni terpaksa tekan brek berkali-kali...bahaya...bahaya.Kalau orang yang suka makan durian dan petai, aku rasa di sini lah tempat yang paling sesuai nak beli...banyak dan murah-murah terutama petai.Balik nanti aku pun plan nak beli juga sebab makanan kegemaran ku.

Bila kami sampai ke Bharat Tea tu orang memang lah ramai,nak parking pun susah dan kami meneruskan perjalanan ke Tanah Rata.Masa balik nanti kami akan singgah.
Bharat Tea ada 3 tempat untuk lepak-lepak.Kalau dari tapah kita akan jumpa 2 sebelum Tanah Rata dan 1 lagi kalau kita dari Brincang ke Simpang Pulai ( tapi yang ni view dia tak cantik sangat )

Kami sampai ke Pekan Tanah Rata dalam pukul 11 am gitu.Masih sejuk lagi kat sini,mungkin sekarang ni musim hujan kut jadi cuaca pun tak lah panas.Kami makan ( Sarapan dan Lunch) di Orchid corner.Makanan dia bleh tahan dan nasi lemak kukus kat gerai sebelah tu,ayam dia sedap.Banyak bas persiaran yang berhenti di sini.Nasib baik kami sampai awal kalau tak pasti kena beratur panjang.

Selepas perut masing-masing dah ter-isi,destinasi pertama kami adalah Mardi CH,selepas Restoren Marrybrown dan sebelum balai polis, kita hendaklah belok sebelah kanan.Sebelah kiri merupakan taman rekreasi dan sebelah kanan ada replika buah-buahan/sayuran yang besar-besar seperti strawberry, jagung, kobis dan lain-lain.Mardi terletak di sebelah kiri dan sebelah kanan Puncak Arabella.Di sini juga terdapat TM resort iaitu Sri Intan. Kalau pergi ke depan lagi akan jumpa Robinson waterfall.


Mercu tanda Mardi-Kalau nampak yang ni ...anda dah sampai...
.pukul 1 pm tapi masih sejuk lagi
Hari kami pergi mungkin hari terbuka dia kut.Orang memang ramai dan hendak parking pun susah.Nasib baik masih ada satu lagi parking yang kosong area sekolah.Itupun dah banyak kali kami round-round.Masa kami masuk tidak dikenakan apa-apa bayaran.Kalau tak sorang di kenakan RM 3 .Budak-budak tak ingat...kan masuk free.

Khemah pun masih ada lagi....rasa nya semalam kut perasmiannya
Jika ke Mardi jangan lupa merasai ice-cream Al Mashyur..Boleh tahan juga rasanya tapi bagi aku toppingnya antara yang terbaik....tak masam sangat dan sedap....sedap gitu...terbaeeekkkk.Al-Mashyur ni ada satu lagi kat Kg sedia/Taman Sedia.Harganya dalam RM 2 untuk satu dan kita boleh beli buat stok untuk balik rumah.Tapi bagi aku kat Kg Sedia best lagi kut sebab dia masukkan strawberry kat dalam ice-cream ni...lagi...lagi Terbaeeekkk.


Tempat menjual ice-cream.Tempat untuk makan pun di sediakan

Ini lah rupa ice-cream tu....ade orang panggil ice-cream malaysia tapi aku panggil
 ice-cream malay---yummyyyyy ni

Jom kita layan panorama di Mardi.Pokok yang jarang kita jumpa pun ada di sini.Seperti pokok-pokok ni.Kat rumah aku takde,kat rumah anda ada ke?....Layannnnnnnnnnn


Pokok yang terjuntai-juntai tu....cantik sangat.kalau boleh tanam kat rumah best ni



Pokok kaler biru tu memang cantik gila...nama nya dah tidak ingat
w/laupun dah di bagitau....hehehehe

Kalau nak beli benih jagung ,cili dan lain-lain boleh beli di area pokok kaler biru tu...murah dan benihnya memang banyak compare beli kat KL.Kalau KL, RM3.90 ada dalam 3 biji je jagung tapi kat sini harga RM 3 @ 5,benihnya berpuluh-puluh biji.

Layan....layan lagi panorama.

Pokok strawberry dalam pasu


Macam pokok lavenda



Pokok entah apa namanya ...tapi bunga dia nampak cantik


Kat sini pokok epal pun ada...rasa nya yang ni pokok pair...
pokok anggur lupa lak nak ambik gambar

Pokok yang aku suka bila pergi cameron highland......Strawberry.Kat sini pokok-pokoknya subur dan buahnya nampak menarik.Tapi tidak boleh petik je...Kalau boleh petik kan best....



strawberry memang cantik

Pegang boleh....petik ?????



Rasa macam nak petik je!!!

Di sini ada banyak arnab untuk kanak-kanak

Kat sini juga terdapat tanaman Tea. Di sebelahnya juga terdapat kilang untuk memproses tea.Tapi aku nampak takde apa-apa aktiviti pun....mungkin cuti kut.Surau dan kedai menjual barang/sayuran juga terdapat di sini.Harganya memang banyak yang murah daripada tempat lain terutamanya tea,tak kira lah brand boh atau bharat.

Area tea-cantik untuk ambil gambar....boleh ambik gambar kat atas puncak.
Kami bertolak ke hotel De La Fern dalam pukul 5pm lebih.Hotel ni cantik juga.Sekarang ni cuaca mendung je rasanya dah nak hujan.Nasiblah kami dah nak sampai hotel.Hotel tersebut terletak di sebelah kiri jalan ke brincang.Dekat je dengan pekan Tanah Rata.

Ini lah hotel De La Fern tu:


Hotel De La Fern

Pemandangan Hotel De La Fern
Ni bilik yang di sediakan.Kami ambil Deluxe room. Harganya dalam RM300 gitu.Dalam bilik ada balcony..tapi aku takut tempat tinggi. Dalam bilik takde wifi dan area yang ada hanya lobby je.Staff dia bagi aku biasa je keramahannya tapi tak lah terlalu bad. Biasa-biasa je.

Biliknya seperti hotel lain-ada satu katil king ??


Pemandangan di balcony-arah jalan raya ke brincang

Pemandangan di balcony-ada tanaman sayur kat situ
Malam tu hujan renyai-renyai.Plan kami nak pergi pasar malam kat brincang terbantut.Di sebelah hotel tersebut terdapat Restoren Steamboat.Original Charcoal Steamboat.Kat tepi restoren ni terdapat kedai menjual cenderamata dan barang-barang keperluan lain. Ramai juga orang yang makan kat situ.Nasib kami awal sikit,lepas tu restoren tersebut penuh dengan orang.Kira famous juga restoren ni.




Restoren steamboat yang best di cameron highland-Tepi hotel De La Fern je
Ini lah antara makanan yang kami pesan.Lapar...masa hujan ni, lapar tu lebih lagi.Harga pun berpatutan.Tak lah mahal sangat.Harga untuk Steamboat dalam RM21/pax tapi kena beli dua.


Sedap dia punya Steamboat


Di sini ada di beri kacang percuma , cawan dia best lah



Makanan kegemaran anak2 ku-sedap ni

Best cawan ni kan????
Dalam pukul 11 pm baru balik bilik. Kami pergi memang untuk menghayati makanan betul-betul...kan kami sedang bercuti.Aku memang rekomen kepada siapa-siapa yang datang di cameron mesti kena makan di sini.Tapi dinasihatkan datang awal,kalau tidak terpaksa tunggu lama baru dapat tempat duduk.Servis dia pun tak lah terlalu lambat sangat.Tapi kalau orang ramai pasti lambat kan....kan...

Okay sambung lagi untuk part 2 iaitu hari ke-2

2 comments:

  1. ~ PROMOSI CUTI SEKOLAH PAKEJ KE MEDAN INDONESIA MURAH ~
    bagi sesiapa yang berminat ingin ke medan sila call/whatsapp : 0132349961
    PROMOSI CUTI SEKOLAH!
    PAKEJ PERCUTIAN BAJET KE MEDAN 3 HARI 2 MALAM (ALL IN)
    ANDA AKAN MENIKMATI
    1. Keindahan destinasi pelancongan di Medan seperti Lake Toba, Brastagi, Pulau Samosir, Air Terjun Sipiso Sipiso, Melawat Istana Maimon dan Masjid Raya dan banyak lagi.
    2. Tiket flight return (Air Asia) dengan insuran.
    3. Penginapan di Hotel bertaraf 3
    bintang berserta sarapan.
    4. Sarapan, makan tengahari dan makan malam
    5. Perkhidmatan bas, van, feri dan tour guide adalah termasuk
    *yang dah ada ticket tapi tak nak pening kepala pikir bas, makan, hotel pun boleh ya!
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. ~ PROMOSI CUTI SEKOLAH PAKEJ KE MEDAN INDONESIA MURAH ~
    bagi sesiapa yang berminat ingin ke medan sila call/whatsapp : 0132349961
    PROMOSI CUTI SEKOLAH!
    PAKEJ PERCUTIAN BAJET KE MEDAN 3 HARI 2 MALAM (ALL IN)
    ANDA AKAN MENIKMATI
    1. Keindahan destinasi pelancongan di Medan seperti Lake Toba, Brastagi, Pulau Samosir, Air Terjun Sipiso Sipiso, Melawat Istana Maimon dan Masjid Raya dan banyak lagi.
    2. Tiket flight return (Air Asia) dengan insuran.
    3. Penginapan di Hotel bertaraf 3
    bintang berserta sarapan.
    4. Sarapan, makan tengahari dan makan malam
    5. Perkhidmatan bas, van, feri dan tour guide adalah termasuk
    *yang dah ada ticket tapi tak nak pening kepala pikir bas, makan, hotel pun boleh ya!
    terima kasih

    ReplyDelete