Monday 30 January 2012

Bagan Lalang...Apa yang bestnya tempat ini ?




ketam masak cili-delicous ni



Bagan Lalang....tempat yang agak famous untuk sapa-sapa yang sukakan seafood.Gerai seafood kat sini memang banyak so pandai-pandai lah kita memilih.Yang penting kebanyakkan memang sedap-sedap.

Untuk ke Bagan Lalang....jalan yang paling mudah ialah melalui jalan ke LCCT dan sebelum litar FI Sepang ,belok sebelah kiri, terus je sampai jumpa satu traffic light dan ambil sebelah kanan dan terus je, sampai jumpa pekan Sepang .Jalan terus hingga jumpa satu simpang berbentuk cam Y untuk ke Bagan Lalang. Jalan terus dan Bagan Lalang terletak di sebelah kiri.Terus je hingga sampai jumpa pantai Bagan Lalang.

Untuk ke Restoren Terapung HM Bagan dianya terletak di sebelah kanan dan jika ke Gold Coast Bagan Lalang belok ke kiri.


Pantai Bagan Lalang...ini Area Gold Coast..Cantik hotel-hotel tu
Pantai Bagan Lalang merupakan tempat yang sesuai untuk bermain pasir dan layang-layang.Tapi untuk mandi tidak digalakkan kerana airnya tidak berapa elok dan terdapat bahan-bahan asing seperti ranting-ranting kayu dan particle-particle hitam.Tapi kalau dah tak tahan tu...bolehlah juga mandi.Banyak juga yang mandi....so ikut citarasa masing-masing lah.

Hari minggu , orang memang ramai  mengunjungi pantai ini dan banyak yang mendirikan khemah untuk lepak-lepak dan bermalam.Ada anggota rela yang menjaga kawasan ini. Air pasang pada waktu pagi bermula dalam pukul 8.00 am dan waktu petang dalam pukul 6.00 pm.Waktu air surut, kita boleh berjalan-jalan di area yang kering tu.


Pemandangan waktu matahari terbenam di Restoren Terapung HM' Bagan -
Bagan Lalang
Restoren Terapung HM Bagan memang tempat yang best untuk makan-makan. Walaupun banyak restoren lain tapi aku tetap memilih di sini. Makanannya cukup enak dan lazat.Tapi digalakkan booking dulu kalau tidak alamatnya tidak boleh makan kat pelantar kerana dah penuh.Orang memang ramai terutamanya malam minggu.Tempat parking pun selalu sesak juga.


Makanan untuk disantap oleh kami sekeluarga:


Udang masak ????- boleh tahan ni



Ini ingat...udang goreng tepung



Kepah masak serai kut
Untuk kepah...lain kali kena hati-hati sebab dia tidak cuci betul-betul.Bila makan tu rasa masih ada pasir lagi kat dalam tu. Jadi hanya makan isi je,kuah kami tinggal walaupun rasanya sedap.


Kailan ikan masin
Makanan kegemaran aku adalah Ketam masak cili...menitik peluh bila makan ketam ni..Ikan siakap tiga rasa lupa lak nak ambil gambar...maklumlah dah lapar.Tunggu tu adalah dalam masa sejam.
Bilnya dalam RM 135.je.Memang berbaloi-baloi dan boleh makan.

Ni No tel HM Bagan untuk booking :

Hp : 013-3385887
Office : 03-31412895

Tips kalau nak makan sini:
1- Call booking -seeloknya dalam waktu pagi atau tengahari,kalau dah nak malam mereka tak layan
2- Pergi awal dan pilih ikan,ketam dan lain-lain pastu pergi jalan-jalan dulu.
3- Dapatkan no meja dan pergi terus pilih ikan dan lain-lain
4- Makan kat atas pelantar yang terapung-baru rasa kenikmatannya.
5 - Ambil meja yang paling dekat dengan laut-seperti gambar di atas.Rasanya meja tu untuk 6-8 orang.

Selamat menjamu selera.........

No comments:

Post a Comment