Tea Plantation-Bharat Tea |
Dah lama lah plan nak pergi Cameron Highland ni tapi takde masa yang sesuai, so bila cuti sekolah bulan 12 baru-baru ni rasanya masa yang sesuai kut walaupun ramai yang bagitau bahawa masa cuti sekolah adalah masa yang paling jem di Cameron highland.
Tapi klu takde orang tak best kan???
Asyik kita anak-beranak je!!Bagi aku, aku suka orang ramai tapi jangan terlalu ramai..nanti susah pulak nak nak buat apa2 pun.
Kami pergi pun secara tiba-tiba je walaupun aku dah plan sorang-sorang lama dah.Nak bagitau nanti takde hotel ke? Frust pulak budak-budak tu.Masa mula tu plan gak nak pergi Fraser's hill tapi di situ tak banyak tempat untuk dilawati tapi untuk rehat-rehat boleh lah.Hotel pulak banyak yang dah full, maklumlah cuti sekolah.
Malam sebelum pergi ,aku cuba-cuba check website Hotel Century Pine dan Hotel De La Fern.
Kedua-dua hotel ni masih ade kosong lagi dan kalau tengok website Hotel Century Fine memang nampak cantik dan ianya terletak di Tanah Rata,berdekatan dengan balai polis dan kawasan rekreasi.Tapi aku pilih Hotel De La Fern kerana nampak macam lebih menarik lagi walaupun berhampiran jalan utama ke Brincang.Hotel pun nampak unik sikit.
Hari pertama
Kami bertolak dari KL dalam pukul 7 lebih gitu.Plan tu nak breakfast kat Bharat Tea ke? Sebab ramai orang comment kata situ view dia cantik.Kena scone ke best gak....kata orang lah !!!
Kami ikut Tapah dan jalan dia memang mencabar,corner dia boleh dikatakan WOW.Kami beli rambutan kat satu gerai sebelum naik bukit tu...buah rambutan dia memang sedap.Hanya gerai dia satu-satu yang ade sebelum naik bukit tu dan gerai tersebut terletak di sebelah kanan ,kalau kita dari tapah.Aku kata sedap sebab masa balik pun kami beli lagi.
Kami tidak singgah pun di Lata Iskandar sebab sejuk dan orang pun ramai kat situ,nak parking pun susah.Aku pun hairan orang yang mandi kat situ...tak sejuk ke????
Dalam-dalam dok corner baring kat bukit-bukit, ade juga yang bawa slow sangat so kami yang kata belakang ni terpaksa tekan brek berkali-kali...bahaya...bahaya.Kalau orang yang suka makan durian dan petai, aku rasa di sini lah tempat yang paling sesuai nak beli...banyak dan murah-murah terutama petai.Balik nanti aku pun plan nak beli juga sebab makanan kegemaran ku.
Bila kami sampai ke Bharat Tea tu orang memang lah ramai,nak parking pun susah dan kami meneruskan perjalanan ke Tanah Rata.Masa balik nanti kami akan singgah.
Bharat Tea ada 3 tempat untuk lepak-lepak.Kalau dari tapah kita akan jumpa 2 sebelum Tanah Rata dan 1 lagi kalau kita dari Brincang ke Simpang Pulai ( tapi yang ni view dia tak cantik sangat )
Selepas perut masing-masing dah ter-isi,destinasi pertama kami adalah Mardi CH,selepas Restoren Marrybrown dan sebelum balai polis, kita hendaklah belok sebelah kanan.Sebelah kiri merupakan taman rekreasi dan sebelah kanan ada replika buah-buahan/sayuran yang besar-besar seperti strawberry, jagung, kobis dan lain-lain.Mardi terletak di sebelah kiri dan sebelah kanan Puncak Arabella.Di sini juga terdapat TM resort iaitu Sri Intan. Kalau pergi ke depan lagi akan jumpa Robinson waterfall.
Mercu tanda Mardi-Kalau nampak yang ni ...anda dah sampai... .pukul 1 pm tapi masih sejuk lagi |
Khemah pun masih ada lagi....rasa nya semalam kut perasmiannya |
Tempat menjual ice-cream.Tempat untuk makan pun di sediakan |
Ini lah rupa ice-cream tu....ade orang panggil ice-cream malaysia tapi aku panggil ice-cream malay---yummyyyyy ni |
Jom kita layan panorama di Mardi.Pokok yang jarang kita jumpa pun ada di sini.Seperti pokok-pokok ni.Kat rumah aku takde,kat rumah anda ada ke?....Layannnnnnnnnnn
Pokok yang terjuntai-juntai tu....cantik sangat.kalau boleh tanam kat rumah best ni |
Pokok kaler biru tu memang cantik gila...nama nya dah tidak ingat w/laupun dah di bagitau....hehehehe |
Kalau nak beli benih jagung ,cili dan lain-lain boleh beli di area pokok kaler biru tu...murah dan benihnya memang banyak compare beli kat KL.Kalau KL, RM3.90 ada dalam 3 biji je jagung tapi kat sini harga RM 3 @ 5,benihnya berpuluh-puluh biji.
Layan....layan lagi panorama.
Pokok strawberry dalam pasu |
Macam pokok lavenda |
Pokok entah apa namanya ...tapi bunga dia nampak cantik |
Kat sini pokok epal pun ada...rasa nya yang ni pokok pair... pokok anggur lupa lak nak ambik gambar |
Pokok yang aku suka bila pergi cameron highland......Strawberry.Kat sini pokok-pokoknya subur dan buahnya nampak menarik.Tapi tidak boleh petik je...Kalau boleh petik kan best....
strawberry memang cantik |
Pegang boleh....petik ????? |
Rasa macam nak petik je!!! |
Di sini ada banyak arnab untuk kanak-kanak |
Kat sini juga terdapat tanaman Tea. Di sebelahnya juga terdapat kilang untuk memproses tea.Tapi aku nampak takde apa-apa aktiviti pun....mungkin cuti kut.Surau dan kedai menjual barang/sayuran juga terdapat di sini.Harganya memang banyak yang murah daripada tempat lain terutamanya tea,tak kira lah brand boh atau bharat.
Area tea-cantik untuk ambil gambar....boleh ambik gambar kat atas puncak. |
Ini lah hotel De La Fern tu:
Hotel De La Fern |
Pemandangan Hotel De La Fern |
Biliknya seperti hotel lain-ada satu katil king ?? |
Pemandangan di balcony-arah jalan raya ke brincang |
Pemandangan di balcony-ada tanaman sayur kat situ |
Restoren steamboat yang best di cameron highland-Tepi hotel De La Fern je |
Sedap dia punya Steamboat |
Di sini ada di beri kacang percuma , cawan dia best lah |
Makanan kegemaran anak2 ku-sedap ni |
Best cawan ni kan???? |
Okay sambung lagi untuk part 2 iaitu hari ke-2
~ PROMOSI CUTI SEKOLAH PAKEJ KE MEDAN INDONESIA MURAH ~
ReplyDeletebagi sesiapa yang berminat ingin ke medan sila call/whatsapp : 0132349961
PROMOSI CUTI SEKOLAH!
PAKEJ PERCUTIAN BAJET KE MEDAN 3 HARI 2 MALAM (ALL IN)
ANDA AKAN MENIKMATI
1. Keindahan destinasi pelancongan di Medan seperti Lake Toba, Brastagi, Pulau Samosir, Air Terjun Sipiso Sipiso, Melawat Istana Maimon dan Masjid Raya dan banyak lagi.
2. Tiket flight return (Air Asia) dengan insuran.
3. Penginapan di Hotel bertaraf 3
bintang berserta sarapan.
4. Sarapan, makan tengahari dan makan malam
5. Perkhidmatan bas, van, feri dan tour guide adalah termasuk
*yang dah ada ticket tapi tak nak pening kepala pikir bas, makan, hotel pun boleh ya!
terima kasih
~ PROMOSI CUTI SEKOLAH PAKEJ KE MEDAN INDONESIA MURAH ~
ReplyDeletebagi sesiapa yang berminat ingin ke medan sila call/whatsapp : 0132349961
PROMOSI CUTI SEKOLAH!
PAKEJ PERCUTIAN BAJET KE MEDAN 3 HARI 2 MALAM (ALL IN)
ANDA AKAN MENIKMATI
1. Keindahan destinasi pelancongan di Medan seperti Lake Toba, Brastagi, Pulau Samosir, Air Terjun Sipiso Sipiso, Melawat Istana Maimon dan Masjid Raya dan banyak lagi.
2. Tiket flight return (Air Asia) dengan insuran.
3. Penginapan di Hotel bertaraf 3
bintang berserta sarapan.
4. Sarapan, makan tengahari dan makan malam
5. Perkhidmatan bas, van, feri dan tour guide adalah termasuk
*yang dah ada ticket tapi tak nak pening kepala pikir bas, makan, hotel pun boleh ya!
terima kasih