Hotel De La Fern |
Hari ke 2
Dalam pukul 5 pagi aku dah bangun. Biasalah aku kalau tidur kat hotel ni susah sikit nak nyenyak. Best gak ambik udara segar kat CH ni...Pagi ni pun berkabus gak.Sambil-sambil tu tonton tv, layan je cerita apa yang disiarkan.
Kami turun sarapan dalam pukul 7.30 am. Orang pun tidak ramai lagi so boleh lah pilih tempat makan yang agak strategik. Makanan boleh di kategori banyak. Tapi kalau kata sedap tu biasa je. Aku kalau kat hotel suka minum susu. Tak tau mengapa??
Orang memang ramai selepas kami mengambil makanan.Lepas makan kami terus check-out.Senang sikit sebab banyak lagi nak round.Plan nak pergi KEA Farm dan BOH Sg Palas.Kami diberitahu bahawa BOH Sg Palas ditutup setiap hari Isnin walaupun hari cuti sekolah.Ianya dibuka dari pukul 9.00 am - 4.30 pm.Jalan dia sedikit mencabar.So plan kami untuk pergi terbantut.Tapi takpa sebab bulan Jan nanti ada plan lagi untuk datang ke CH dengan family ramai-ramai.
Sekarang plan untuk ke KEA Farm.Kereta memang banyak dan masih berkabus lagi
Hotel di sepanjang jalan ke Brincang |
Ini hotel apa tah?? |
Hotel equatorial-masih berkabus lagi-banyak yang komen negetif je hotel ni |
Sebab kami tak leh parking so kami patah balik dan singgah di S' Corner KEA Farm.Kat sini juga kita boleh membeli sayur-sayuran,cenderamata yang paling murah yang pernah aku jumpa di CH.Magnet fridge dlm 7 RM10.
Kalau jumpa gambar strawberry besar...dia lah tu |
Tempat parking...kat atas pun banyak lagi tempat parking |
Tempat menjual sayuran dan buah-buahan |
Kat sini kita boleh pungut sendiri cendawan.Ada bermacam kaler cendawan ni.Aku bukan pengemar cendawan so hanya ambil gambar je.Tempat pungut cendawan tu ade kat belakang dari tempat pameran tu.Banyak ooooo.
Cendawan dengan berwarna-warni |
Strawberry pun boleh kita petik sendiri di sini.Hargannya dalam RM 36 sekilo ( Kalau aku tak silap ) Lupa lak
tapi aku kena bayar dalam RM 40 lebih.Janji hero dengan heroin aku puas hati.Dah lama mereka idamkan nak petik strawberry.
Aksi memetik...... |
Adik usha saja kakak...lepas dah berguru, hampir penuh bekas tu di petiknya |
Tempat menjual segala macam cactus.... |
Di BRS ni ada tempat makan dan disediakan juga permainan untuk budak-budak main.Hanya tidak disediakan duit je...kena bawa sendiri.Kat sini strawberry dan sayuran boleh juga di petik sendiri tapi kalau musim dia banyak le, kalau tidak takleh le.Masa aku pergi tak leh petik apa-apa pun.Tapi tempat ni best untuk dilawati.
Sayuran yang ada kat sini...gambar strawberry lupa pulak nak ambil |
Lepas turun kami pergi ke Tanah Rata dan makan tengahari di Orchid Corner dan beli jangung rebus dan bakar.Jagung tu memang sedap. Kami plan nak balik ikut Tapah dan kalau boleh nak singgah di Bharat Tea.
Seperti biasa Bharat Tea memang orang ramai tapi kami tetap singgah juga walaupun tempat parking tu jauh juga.Terpaksa lah menapak.
Pemandangan ladang tea di Bharat tea |
Air tea kat sini memang sedap dan scone dia pun sedap dan yang paling sedap kek dia.Tapi orang ramai so kena beratur panjang lah. Disebabkan kek tu sedap anak aku sanggup beratur panjang untuk beli lagi.
Kek ni memang sedap....rasanya chesse kek kut |
Air tea dia memang pekat dan sedap |
Ramai juga yang turun ke ladang tea untuk ambil gambar.Kat sini kilang tea tidak di benarkan untuk lawatan.
Tunggu bulan Jan pulak untuk kami terjah BOH Sg Palas.
No comments:
Post a Comment