Para peminat capati, jika jalan-jalan ke Perlis terutamanya area Arau bolehlah singgah di Capati Arau. Capati yang best, sedap dan terbaik. Rasanya inilah capati yang paling sedap di Arau kut.
Jika dari Kedah, bila jumpa signboard 1 Malaysia kat bandar Arau ni, boleh belok sebelah kanan selepas signboard ni. Kalau dari Kangar, lepas je Istana Arau, pada traffic-light yang ke-2 terus belok kiri, terus drive je sampai kena belok sebelah kanan. Terus lagi hingga jumpa Restoren tu pada sebelah kanan. Parking banyak kat kawasan ni.
Bangunan bandar Arau ke Capati Arau |
Restoren capati arau |
Roti dia memang lembut, sedap sangat. Kuahnya boleh pilih antara ayam, daging dan sardin. Kuah yang paling sedap daging. Ayam pun okay juga. Boleh dapat seketul daging ayam. Banyak yang bungkus capati ini.
Capati yang sedap |
Restoren ini menjadi tumpuan student UITM Arau. Mereka ramai yang makan kat sini. Restoren ini dibuka waktu petang hingga lewat malam. Rasanya dalam pukul 4.30pm kut bukanya. Restoren dibuka 7 hari seminggu dan kalau tutup ada notis kat depan restoren.
Perempuan yang buat capati tau |
Apa yang aku kagum....yang buat capati tu perempuan. Tidak nampak pun dia berehat sewaktu kami sampai kat sana. kagum...kagum.
Harga capati dan kuahnya |
Selain itu..harganya bergantung kepada banyaknya kita beli. Lagi banyak, harganya lagi kurang. Boleh refer kat tempat harga di atas.
Selain dari itu ada juga makanan lain. Bagi aku makanan yang lain tu biasa je. Capati yang best kat sini. Kalau nak rasa bihun sup area perlis ni, ianya bihun sup masakan siam..jauh beza dengan yang selalu makan. Rasanya biasa je.
Nasi goreng daging merah |
Bihun sup masakan siam |
Untuk peminat capati jangan lupa pergi ke Capati Arau ini. Pasti tidak menghampakan. Selamat menjamu selera.
No comments:
Post a Comment