Salam...hari ini kita jalan-jalan ke Wangsa Walk Mall pulak. Wangsa Walk terletak di Wangsa Maju. Berdekatan dengan Restoren Nasi Kandar NZ Wangsa Maju. Di sini terdapat banyak tempat makan yang sedap-sedap dan salah satunya U-Cafe. Harini kami plan nak makan kat U- Cafe.. Ramai juga yang komen katanya sedap makanan kat sini.
Pintu ke2 kut yang ni |
U- Cafe terletak kat sebelah luar pintu utama Wangsa Walk Mall. Kat dalam gambar ni pintu yang lagi satu bukan pintu utama. Kat sini parking dia tidak susah sangat jika dibanding kat pintu utama. Parking pun luas juga. Kami kena dalam RM 2 ringgit je, rate hari cuti rasanya.
U-cafe restoren |
U- Cafe ada 2 tingkat. Kalau pergi tu lebih baik pilih yang tingkat 2 kerana pemandangannya cantik. Klu kat bawah tu biasa-biasa je. Masa kami sampai aritu orang tidak ramai lagi kerana masih awal ( dalam kul 11 lebih gitu ).
Tapi selepas pukul 12 pm semua kerusi kat bahagian atas penuh. Klu orang ramai pasti makanan dia sedapkan. Lagi satu, kat bahagian atas ni luas lagi compare dari tingkat bawah.
Tempat makan dia |
Kalau orang yang kaki rokok tu..bleh lepak kat luar kerana di bahagian ini disediakan khas untuk kaki smoking.
Pemandangan juga cantik kat sini tapi sedikit panas le kerana tiada aircond hanya fresh air je. Tapi kalau lepak petang2 atau malam best kat sini.
Kat bahagian luar |
Pekerja kat sini pun semuanya okay-okay belaka. Kita duduk je, terus diberi menu. Makanan dan minuman pun cepat juga. Taklah seperti setengah-setengah tempat.....lambat sangat.
Makanan yang sempat ambil gambar |
Sekarang masa yang paling best....masa makan..hahaha. Inilah makanan yang kami order. Sedap- sedap belaka. Minuman dia pun rasa fresh iaitu watermelon dan manggo.
Spagetti sea food |
Nasi goreng pineapple |
Biasalah makanan wajib untuk anak2 aku |
Yang ni x sempat ambil gambar |
Chicken boxing tu rasa kurang sikit....tak rekomen. Kalau South Africa chicken wing tu okay juga rasanya.
Dari segi harga....ada sedikit mahal gak
Ini harga makanan untuk hari ini.
Selamat mencari tempat makan.
No comments:
Post a Comment