|
Restoren Berputar Atmosphere 360 |
Kali ini jalan-jalan dan makan-makan kami di Restoren Berputar Atmosphere 360 Menara Kuala Lumpur. Restoran berputar terletak pada ketinggian 282 meter.
Tapi best ke Restoren Berputar Atmosphere 360 di Menara Kuala Lumpur ni ? Sedap....Sedap ke makanan dia ??
Makanan dia macam kat restoren di hotel-hotel yang berbintang-bintang. Tapi view dia memang mantooooop.
|
tempat ambil makanan |
Adalah digalakkan agar kita buat reservation dulu....kalau tidak, nanti kecewa. Sebab selalunya kalau hari cuti penuh je. Kalau nasib baik, adalah kosong lagi.
Sila datang awal kerana kita boleh pilih seat yang kat bahagian tepi cermin. Seat kat tepi cermin..boleh tengok view tanpa gangguan dari pelanggan lain.
Untuk pengetahuan semua, restoren ini akan berputar sehingga 360 tau. Jadi kita boleh lihat seluruh Kuala Lumpur ni sambil menjamu selera.
|
Tempat makanan |
Untuk yang berminat untuk menjamu selera di sini, boleh buat reservation dan masa yang difikirkan sesuai dan harganya yang termampu.
Masa dan harga :
Lunch buffet : 11.30 am - 3.00 pm
: RM 75.90 ++ ( A )
: RM 58.60 ++ ( C - 5thn - 12 thn )
: Isnin- Ahad
Afternoon tea : 3.30 pm - 5.30 pm
: RM 50 ++ ( A )
: RM 41.40 ++ ( C - 5thn - 12 thn )
: Isnin - Jumaat
Hi tea : 3.30 pm - 5.30 pm
: RM 58.60 ++ ( A )
: RM 41.40 ++ ( C - 5thn - 12 thn )
: Sabtu, Ahad dan Public Holiday
Dinner buffet : 6.30 pm - 8.30 pm / 9.00pm - 11.00pm
: RM 170.70 ++ ( A )
: RM 119.00 ++ ( C - 5thn - 12 thn )
: isnin - Ahad
Acara yang paling best sekali....adalah makan...
Jemput makan semua.
Bila makan kat sini dengan panorama yang menarik rasa nyaman dan tenteram je.
Best sangat.
Layanan pun sangat memuaskan......
|
makanan dan makanan |
Tengok lah makanan yang ada kat sini. Tapi jangan makan terlampau banyak sangat nanti nak balik pun susah...hahaha
|
Sedap....sedap |
|
lagi dan lagi |
|
Banyak kan makanan dia |
|
Makan dan terus makan |
|
rasa puas hati |
|
Sedap ikan ni |
|
ini pun best |
Tapi apa yang aku perhatikan banyak chinese pada masa kami makan tempohari. Tapi takpa...lauk-pauk akan ditambah bila habis. Pasti tidak kempunan punya.
|
Tempat makan |
Harga yang kami kena bayar adalah dalam RM 200 lebih. Tapi memang berbaloi rasanya dari segi layanan dan view yang cantik sangat.
|
Tempat makan kami |
Pada waktu malam, pasti lagi best untuk makan-makan dan santai-santai kat sini. Mungkin satu hari nanti nak datang makan waktu malam pulak...
PASTI BEST....
|
selesai..... |
|
Cantik view KL |
Selepas makan, kita boleh lepak-lepak kat pelantar pemandangan....jika masih lagi berminat le. Tapi kat pelantar pemandangan ini juga disediakan informasi mengenai menara-menara yang terdapat di dunia.
Bagi aku....Restoren Berputar Menara Kuala Lumpur merupakan tempat makan yang patut dikunjungi...
Untuk yang berminat boleh call No ni untuk reservation : 603 2020 2121
Selamat bersantai dan makan-makan.