Tuesday, 13 November 2012

Pulau Pinang - Sedikit pesanan untuk yang nak makan di Padang Kota

Trademark Pulau Pinang

Pada musim cuti sekolah ni pasti ramai yang plan hendak bercuti di Pulau Pinang kan ? Pulau Pinang merupakan tempat percutian yang ideal kerana mempunyai pantai yang cantik, tempat makan yang banyak terutamanya nasi kandar dan pasembor penang. Di Pulau Pinang pantai yang paling best semestinya Batu Feringhi.

Jika kita ke Pulau Pinang, pastinya tidak lengkap kalau tidak makan di Padang Kota. Pemandangannya memang cantik dengan hembusan angin dari laut, memang sangat-sangat best kalau makan dan lepak-lepak kat situ tetapi anda harus berhati-hati terutamanya orang yang baru pertama kali datang Pulau Pinang.

Apa sebabnya ? Bila kita duduk je kat meja yang disediakan, akan ada reramai orang yang akan tolong ambilkan order kat kita. Macam-macam yang mereka promotekan. Lepas sampai je makan yang telah diorder, terus kena bayar dan harganya semuanya sama je iaitu RM 8.00 untuk sepinggan makanan( masa kami kena aritu ), tak kiralah mee goreng ke, rojak ke, nasi goreng ke dan RM 4.00 untuk sebarang minuman. Semuanya harga sama je. Pasti ada yang tidak kenakan, camner boleh sama?

JAWAPANNYA : WAKENABEB

Jadi berhati-hatilah jika makan di Padang Kota. Moral dari cerita ni, jangan layan jika ada orang yang nak ambil order bila kita makan di Padang Kota. Orang yang ambil order tu, semuanya bukan pekerja kat gerai-gerai makan di situ pun. Mereka tu kerja sendiri iaitu tolong ambil order pastu order kat gerai-gerai yang ada di situ dan kenakan bil yang tinggi kat pelanggan.

Orang yang tidak pernah pergi pasti tidak tahu trick mereka ni. Banyak blog yang tidak cerita mengenai perkara-perkara sebegini dan kita sendiri pun tidak tahu benda-benda begini ada kat Malaysia. Dan yang buat tu pulak, orang yang sah-sah beragama Islam.

Maka adalah amat-amat digalakkan agar anda semua order sendiri kat gerai-gerai yang berkenaan. Boleh dapat harga yang murah lagi.

INGAT TAU !

 
 
 
 
 

 




Saturday, 10 November 2012

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim di Taman Botani Negara



Rumah Iklim Sederhana Empat Musim ( RISEM ) terletak di dalam Taman Botani Negara Shah Alam, Selangor. Dahulunya ianya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah dan ditukar menjadi Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam oleh Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah.
 
 Apa yang menariknya Taman Botani Negara adalah kewujudan Rumah Iklim Sederhana Empat Musim yang pertama di Malaysia dari dulu hingga sekarang ini. Tiada tempat lain di Malaysia mempunyai tempat seperti ini. Selain tarikan RISEM,  terdapat juga Taman Haiwan, Taman Cactus, Taman Herba, Kampung Idaman, Taman Koko, Taman Padi dan lain-lain.
 

Musim bunga di RISEM

Waktu operasi Taman Botani adalah :
 
          8.30 am hingga 5.00 pm ( Selasa - Ahad )
Tutup hari Isnin kecuali cuti sekolah dan public holiday

Tiket masuk :

Dewasa ( 12 - 54 thn ) : RM 3
Kanak-kanak ( 6 - 11 thn ) : RM 1
Warga emas ( 55 thn keatas ) : RM 1
Percuma  : Kanak- kanak bawah 6 thn, rumah anak yatim piatu dan OKU

Subur-subur je bunga dia
Perkhidmatan trem disediakan untuk setiap pengunjung round seluruh taman botani. Perkhidmatan trem adalah percuma dari pukul 8.30 am hingga 5.00 pm. Tapi hanya perlu beratur je kat tempat yang disediakan. Tempat menunggu trem terletak di sebelah kiri selepas pintu masuk utama iaitu berhampiran dengan tandas.

Selain trem, pengunjung boleh memilih untuk berbasikal atau hanya berjalan kaki je. Itu pun kalau rasa power lebih la atau malas nak tunggu trem lama-lama. Kadang-kadang tempoh masa satu-satu trem tu agak lama, jadi patut disediakan banyak trem terutamanya masa cuti sekolah.

Untuk yang hendak menyewa basikal, harganya tidaklah mahal. Ooya untuk yang lapar, ada gerai yang menjual aneka masakan di pintu masuk ataupun selepas pintu masuk. Anda takkan lapar punya.
Kat dalam taman juga terdapat gerai-gerai yang menjual minuman dan makanan ringan

Waktu musim bunga di RISEM

Untuk yang hendak masuk ke Rumah Iklim Sederhana Empat Musim, tiketnya boleh dibeli di kaunter pintu masuk utama. Sangat-sangat perlu diingat, kat dalam taman botani, tiada lagi kaunter tiket. Jadi mesti beli di pintu utama. Kalau tidak terpaksa patah-balik semula untuk beli tiket masuk RISEM. Buang masa dan tenaga je.

INGAT TAU....BELI TIKET KAT KAUTER DI PINTU UTAMA.

Waktu operasi Rumah Iklim Sederhana Empat Musim ( RISEM ) adalah :
                         
            8.30 am hingga 4.30 pm

Tiket masukke RISEM :

Dewasa ( 12 - 54 thn ) : RM 3
Kanak-kanak ( 6 - 11 thn ) : RM 1
Warga emas ( 55 thn keatas ) : RM 1
Percuma : Kanak- kanak bawah 6 thn dan OKU

                                                  ** perhatian semua **
Utk bulan November tahun 2012 ( musim sejuk kat sini ), tiket dinaikkan ke RM5 utk dewasa dan  RM 3 untuk kanak-kanak.


cantik pemandangan di sini

 
Musim- musim yang terdapat di sini ialah :

November - February >> musim sejuk ( winter )
March - May >> musim bunga ( spring )
Jun - August >> musim panas ( summer )
Sept - November >> musim luruh ( autumn )



RISEM merupakan satu bangunan yang di kawal suhunya mengikut musim-musim tertentu. Di sini musim dirujuk daripada kawasan kutub utara. Ianya terbahagi kepada 4 section. Yang pertama selepas pintu masuk utama. Kedua, ruang berjalan iaitu bahagian tengah. Ketiga, ruang pameran disebelah kiri. Di sinilah terdapat pokok-pokok yang mengikut musim tertentu dan cantik ambil gambar kat section ini. Manakala section keempat terletak disebelah kanan.Di sinilah terdapat gazebo yang disediakan untuk berehat sebentar sambil bergambar.
Pokok-pokok yang berbunga



Pengunjung tidak berapa ramai jika datang hari bekerja, bolehlah lepak lama sikit di sini. Tapi jika datang pada hari cuti ataupun hari cuti persekolahan terpaksalah beratur dan bersesak-sesak.
Moralnya ... pilih hari-hari yang orang tidak ramai.
Pokok-pokok yang ditutupi oleh salji
Pada musim sejuk, adalah amat digalakkan memakai baju yang agak tebal bila masuk ke RISEM. Sejuk kat sini masa ni +-2 deq cel, kalau tidak silap le. Tapi masa ni setiap pengunjung dihadkan dalam jumlah yang tertentu sahaja. Ini semua agar mereka dapat kawal suhu yang bersesuaian kat dalam tu. Jika masa cuti sekolah orang punyalah ramai, maka terpaksa tunggu lama gak.

Apa yang tidak bestnya, ada tempoh masa yang ditetapkan untuk lepak kat satu-satu section. Jadi tidak bolehlah lepak lama-lama kat sini.

orang-orang salji pun ade

Semuanya penuh dengan salji buatan
Selepas keluar je dari RISEM, anda akan amat terasa perbezaan suhu di lua dengan dalam tu. Nyaman je kalau berada kat dalam berbanding kat luar.




Salji kat RISEM
Di Taman Botani juga terdapat rumah penginapan untuk orang yang suka bermalam. Terletak kat kampung idaman. Rumah -rumah yang boleh disewa adalah Rumah Kedah, Rumah Perlis, Rumah Perak dan lain-lain.
Kadar sewanya adalah RM 80 untuk hari biasa dan RM 100 untuk hari cuti.
 
Selamat bercuti sekolah semua.

Golden Palm Tree Sepang - Resort yang hebat untuk bercuti



Lobby resort

Golden Palm Tree Iconic Resort and Spa ataupun Golden Palm Tree Sepang merupakan resort yang bertaraf 5 bintang. Ianya terletak di Pantai Bagan Lalang yang mana merupakan tempat percutian yang terbaik di area Selangor terutamanya Sepang dengan panorama laut yang cantik dan tempat makan terutama seafood yang terbaik sedapnya. Jika kita stay di sini, ianya merupakan cuti-cuti Malaysia yang terhebat.

Jalan ke tempat parking




Untuk yang hendak ke sini, kita boleh ikut jalan ke Litar Formula One, Sepang atau jalan ke LCCT. Bila jumpa traffic-light sebelum litar, belok sebelah kiri dan terus je sampai jumpa satu lagi traffic-light. Pastu belok ke kanan, terus je sampai jumpai pekan Sepang. Terus je lagi sampai kita jumpa simpang ke Bagan Lalang. Ambil simpang ( sebelah kanan ) ni dan terus je sampai jumpai satu pintu gerbang Pantai Bagan Lalang di sebelah kiri.

Ambil jalan ni dan terus je, kemudian belok ke kiri dan terus sampai jumpa pantai Bagan Lalang.Bila jumpa T junction kat tepi pantai, ambil sebelah kiri untuk ke Golden Palm Tree Resort. Manakala sebelah kanan pula untuk ke tempat makan seafood yang best iaitu Restoren Terapung HM Bagan. Senangkan kalau nak ke sini.



Cantik pemandangan di sini

Resort ini merupakan villa atas air seperti mana di Grand Lexis Port Dickson. Tetapi di sini villanya lebih jauh di tengah laut. Kita boleh naik buggy untuk ke bilik atau villa masing-masing. Letih kalau nak menapak kat ini. Jauh kena jalan, kalau adik kakak nak tau. Rasanya ada kut dalam 1 kilometer untuk sampai di bahagian tengah palm tree tu.

Jadi air laut surut pun, villa-villa ini tetap berada di atas air. Gempak juga ni. Macam mana masa mula-mula nak bina resort ni dulukan? Bukan perkara senang ni. Resort ini mempunyai 392 sea villa. Banyak dan selesa sangat-sangat. Staff-staff dia pun baik-baik belaka dan sudi membantu.



Restoren yang ada di sini, terletak di tengah-tengah Palm Tree. Makanan yang disediakan di sini sedap-sedap belaka. Memang puas hati punya. Makan tengah laut pulak tu. Di sini terdapat juga swimming pool yang terletak berdekatan dengan restoren. Lepas makan boleh terus terjun mandi.... Best....best.....bestnya.


Dari balkoni bilik kami

Sea villa-villanya terdiri daripada :

1. Travellers Palm Villa
     - mempunyai satu bilik
     - sesuai untuk 2 dewasa atau 2 dewasa 1 kanak-kanak

2.  Premier Travellers Palm Villa
     - mempunyai satu bilik
     - sesuai untuk 2 dewasa atau 2 dewasa + 1 kanak-kanak

3. Canary Palm Villa
    - mempunyai satu bilik dan room living area
    - sesuai untuk 4 orang atau 3 dewasa + 1 kanak-kanak atau 2 dewasa + 2 kanak-kanak

4. Ivory Palm Villa
    - mempunyai dua bilik berasingan
    - sesuai untuk 5 dewasa atau 3 dewasa + 2 kanak-kanak atau 2 dewasa + 3 kanak-kanak

5. Royale Palm Villa
    - mempunyai tiga bilik berasingan
    - sesuai untuk 6 dewasa atau 3 dewasa + 3 kanak-kanak atau 4 dewasa + 2 kanak-kanak

Pemandangan waktu petang




Jika stay di sini jangan lupa bawa peralatan memancing. Masa lepak-lepak tu best juga layan memancing. Terutamanya waktu lewat malam, nyaman je kalau lepak kat balkoni sambil layan joran. Ikan banyak kat sini...jerung tak tau ada tak. Kalau dapat jerung,  buat " BBQ " sedap juga.

Setiap malam ada liveband yang buat persembahan kat sini. Sapa-sapa yang suka layan lagu tu boleh lepak- lepak kat sini sambil minum apa yang patut dan boleh tengok gelagat manusia yang menginap di sini. Macam-macam gelagat yang boleh kita lihat terutama daripada pelancong asing.

Kat sini susah nak tengok bot nelayan kat tepi villa
Masa kami stay kat sini aritu, ramai pelancong dari luar negara terutama dari Taiwan dan Jepun. Bestkan jadi macam mereka yang boleh melancong kat luar negara dan tengok negara orang. Sini memang tempat yang best untuk rehatkan minda dan hilangkan letih berkerja tanpa ada sebarang gangguan.


Dalam sea villa kami


Atap dia diimport dari Indonesia.




Kami ambil yang ada 2 bilik

Jika boring makan kat resort, boleh cuba makan seafood kat restoren/ gerai kat tepi jalan di sepanjang Pantai Bagan Lalang. Tempat yang aku paling suka makan seafood di Bagan Lalang adalah di Restoren Terapung HM Bagan.

Restoren ni sedap-sedap masakan dia dan pemandangannya memang cantik. Tapi seeloknya booking dulu kerana ramai pelanggan yang suka makan di sini.

Selamat menginap di Golden Palm Tree Sepang dan menjamu selera dengan masakan seafood yang sedap di Pantai Bagan Lalang.

Sedap....Sedap dan Sedap.

Sunday, 4 November 2012

GM Klang dan Roller Blade



Exit Bandar Botani
Nak cari Roller Blade ? Susah juga ni. Bukan semua tempat ada jual benda-benda macam ni. Tiba-tiba timbul idea nak cari kat GM Klang. Tapi kami GM Klang pun tidak pernah pergi lagi. Jalannya memang tak tau langsung. Kira fail lah kalau orang suruh pergi. Tapi disebabkan  berpandukan  GPS maka kesusahan itu bertukar menjadi mudah untuk mencari tempat-tempat macam ni. Kami pergi melalui MRR2 dan terus je sampai exit Bandar Botani Klang.

Signboard besar GM Klang
Selepas exit Bandar Botani, ikut je signboard dia. Kita akan nampak dia punya signboard "GM Klang" ni punya lah besar. Pasti tidak sesat punya. Kalau tidak jumpa, tak tau nak kata apa lagi lah.



Masa kami sampai haritu, bangunan baru GM Klang dalam proses pembinaan. Pasti untung juta-juta ni sampai boleh bina bangunan yang baru. Kami datang ni pun nak tambah untung kat diaorang lah ni.
Bangunan GM Klang- Setingkat je
Bila kami sampai, kenderaan masih tidak banyak lagi. Maklumlah kami bertolak awal pagi. Aku kalau lewat-lewat malas nak pergi tempat macam ni kerana orang akan ramai, sesak dan tempat parking akan susah nak cari bila orang dah ramai.

Tempat parking dia
Walaupun masih awal lagi, tapi tempat parking yang depan-depan tu dah penuh. Jadi kami terpaksa parking kat area belakang sikit. Tak kisah lah janji ada parking.

Dah jumpa kedai tu....9898 ni lah kedai Roller Blade
Bangunannya hanya setingkat je tapi dipisahkan dengan section-sectionnya iaitu dari P1 hingga P6 ( kalau tidak silap ). Setiap P mempunyai bangunan yang berasingan.

Pelbagai accesories terdapat di sini
Inilah tempatnya yang jual boller Blade yang kami beli. Rasanya P4 kalau tidak silap. Di sini hanya kedai ini satu-satunya yang ada roller blade dan  termasuk accesoriesnya . Kedai lain xde punyai sebab kami dah round seluruh GM Klang ni.

Kalau barang lain tu adalah. Tapi itu bukan tujuan utama kami datang sini.

Tergantung je roller blade ni
Harganya dalam RM 150 per/pax. Campur dengan accesories dalam RM 200. Janji settle dah tujuan kami datang sini.

Selain itu terdapat pakaian, kasut, jam dan lain-lain di sini. Harganya murah kut sebab ramai yang datang sini. Jika mahal pasti orang tidak datang.

Ni untuk anak perempuan kami

Ini pulak untuk anak lelaki kami

Roller Blade

Selesai sudah aktiviti kami untuk hari ini. Misi completed. Lain kali kami pergi lagi kalau nak cari benda-benda lain pulak.

Selamat membeli kepada yang pergi GM Klang.







Mee Udang Pulau Sayak - Best dan Sedap

Pemandangan waktu petang
Mee udang memang popular di Pulau Sayak. Tempat makannya pun best juga berhampiran dengan pantai. Bolehlah layan tengok matahari terbenam jika cuaca baik. Lepas order tu, bolehlah  jalan-jalan di persisir pantai sambil tunggu makanan siap. Pantai ini orang jarang mandi kerana tidak sesuai ( terdapat minyak bot dan tiada bilas diri selepas mandi air laut )

Untuk tempat makan tersebut, selepas Pusat Ternakan Udang Pulau Sayak, kita akan jumpa 2 tempat makan mee udang yang famour di sebelah kiri. Jadi bila lepas je Pusat Ternakan Udang tu, bawa slow je lah. Ada signboard dia belah kiri. Kedai yang pertama tu servis dia lebih okay dibandingkan yang kedua.


Udang goreng kunyit-Sedapnya
Manakala untuk yang pertama kali hendak ke sini,  selepas exit Plus Highway Sungai Petani Selatan / Baling. Ambil jalan ke Tikam Batu, pastu ke Pantai Merdeka. Dalam perjalanan ke Pantai Merdeka ada persimpangan ke Pulau Sayak. Ikut je sampai jumpa Pusat Ternakan Udang yang diceritakan di atas tadi ( terletak di sebelah kiri ).

Ohya untuk yang tidak tahu, Pulau Sayak tu terletak di negeri Kedah Darulaman. Berhampiran dengan Pantai Merdeka . Bila bulan Ramadhan kat sinilah dia orang tengok anak bulan.  Jika datang awal boleh pergi ke Pantai Merdeka dulu, rilek-rilek kat Pantai Merdeka sambil makan laksa Kedah. Kat Pantai Merdeka boleh ambil  bot penumpang ke Tanjung Dawai untuk membeli ikan-ikan kering seperti ikan talang, bilis dan lain-lain. Tambang rasanya dalam satu ringgit je.

Untuk yang suka bermalam, dulu terdapat chalet kat Pulau Sayak selepas tempat makan tersebut. Tapi di Pantai Merdeka terdapat chalet di tepi pantai. Dan pantainya pun ada orang selalu berkhemah terutama waktu cuti.


Mee Udang- nak banyak udang lagi tambah dengan udang masak kunyit tadi
Harga mee udang tidaklah mahal mana kerana sini kawasan nelayan. Mee udang dia memang sedap dan tempat makan dia pun terjaga. Surau juga disediakan. Jadi selesalah makan kat sini. Jika datang lambat, kita terpaksa parking jauh kerana tempat parking selalu penuh. Jika makan di sini, anda akan rasa berbaloi-baloi dengan harga dan rasanya.

Selamat menjamu selera untuk yang sampai ke Kedah terutamanya Pulau Sayak.



Grand Lexis Port Dickson - Tempat penginapan bagi percutian yang best

Hotel Lexis PD - pandangan dari tempat parking

Lexis Port Dickson terletak berdekatan dengan Kota Lukut. Jaraknya dalam 4.5 km daripada Bandar Port Dickson. Hotelnya menarik kerana terdapat swimming pool di dalam bilik masing-masing manakala pemandangannya memang best neeeeee. Tapi apa yang kurengnya, pantainya tiada tempat untuk mandi-manda.

Pemandang dari atas resort di Lexis
Kami telah booking  bilik water chalet secara online sebelum itu lagi. Itu pun bila terdengar kawan-kawan bercakap mengenai sebuah hotel yang ada swimming pool di dalam bilik. Memang best kalau pilih yang ini kerana chaletnya terletak di atas laut. Kami stay selama 2 hari 1 malam. Untuk pengetahuan semua, bukan semua bilik adalah water chalet, jadi booking hanya water chalet je. Walaubagaimanapun setiap bilik ada swimming pool.

Amat digalakkan agar kaki pancing tu bawa joran bersama. Bolehlah layan memancing masa stay di sini. Ikan....pastilah ada yeeee. Nama pun laut. Tapi ikut rezeki masing-masing la. Bila air surut, kita boleh berjalan di bawah chalet tersebut. Kalau dapat tangkap ikan masa ni pasti best kan ?

Masa ni air sedang surut
Apa yang bestnya Port Dickson ni adalah pasar malamnya pada malam hari Sabtu. Pasar malam ini terletak berdekatan dengan Petronas dan Hotel Seri Malaysia ( rasanya batu 9 kot ). Tempat parking susah sikit sebab itu digalakkan datang awal. Apa yang menariknya pasar malam ni adalah pelbagai makanan dan minuman terdapat di sini. Makanannya pula dijual dengan harga yang berpatutan dan sedap-sedap belaka.

 Kalau singgah pasar malam ini, jangan lupa beli AYAM GUNTING ( Chai )  kat satu gerai tu...
memang sedap dan best ayam dia. Rasanya  dah banyak cawangan dia kat area KL dan Selangor.


Water chalet

Water chalet mempunyai bilik yang luas dan selesa. Tapi apa yang paling bestnya ada swimming pool yang aku sebut tadi. Masuk bilik, boleh terjun terus ke swimming pool. Berendamlah sampai badan naik biru, orang tak ganggu punya.


Bilik tidur


Swimming pool dari ruangan bilik tidur



Swimming pool bilik kami


Air baru nak pasang

Stay di sini memang berbaloi walaupun terpaksa membayar dengan harga yang sedikit tinggi. Budak-budak pasti suka kerana boleh mandi tanpa mengira waktu. Memang puas berendam. Amat digalakkan untuk stay di sini.


Water chalet-bilik ni lebih luas lagi
 
Oooyaaa..sila ambil perhatian..Lexis ada 2 hotel, salah satu tu tiada swimming pool. Yang ada swimming pool tu, yang ada tower tinggi ( tempat parking hotel ditempatkan di sini )
Nama lamanya Lexis adalah Legend International Water Homes
 
Untuk siapa-siapa yang nak pergi, sila guna GPS koordinat seperti dibawah:
 
Longitude: 101.79719
Latitude : 2.549425

Saturday, 3 November 2012

The Carnival Sungai Petani

 

The Carnival Sungai Petani merupakan taman tema air yang terbesar di Sungai Petani ( rasanya hanya yang ini satu je kat sini....hehehe ). Pasti orang Sungai Petani rasa bangga kan ?

Jarak dari pusat bandar dalam 5 km dan ianya terletak di kawasan Cinta Sayang Resort. Kalau daripada Plus Highway Utara Selatan, kita kena ambil exit Sungai Petani Utara ( Sg Petani dan Sg Lalang ), pastu belok kekiri  ( Kat traffic-light ) dan memandu terus je hingga jumpa signboard ke Hospital Sultan Abdul Halim ( sebelah sampai sini kena tempuh 2 traffic light), pastu ambil kiri. Jalan terus je hingga jumpa Hospital Sultan Abdul Halim ( terletak disebelah kiri ). Bila sampai di traffic-light selepas hospital, ambil sebelah kanan dan jalan terus je sampai jumpa The Carnival disebelah kanan. Maka anda sudah sampai di The Carnival.


Tempat parking-free je
 
Tempat parking rasanya tidak perlu bimbang kerana luas juga tempat parking yang disediakan dan kat kiri jalan pun boleh parking tapi kalau kena saman, bayar sendirilah.
 

 
Sambil tunggu orang beli tiket ...boleh minum-minum dulu

Sebelum masuk tu kena beli tiket dulu. Seeloknya booking online...boleh dapat murah lagi. Kami haritu dapat dalam RM 18/pax online booking. Kalau tidak dalam RM 25/ pax. Jauh beza juga untuk orang-orang yang pergi  cara rombongan Cik Kiah.

Kaunter tiket


Masih di luar kawasan theme park lagi

Kaunter masuk

Seperti biasa, setiap theme park tidak membenarkan makanan dan minuman luar di bawa masuk. Di sini pun tidak terkecuali, setiap beg akan diperiksa satu persatu. Tapi pekerjanya memang berhemah dan bersopan-santun. Ini memang patut dipuji.

Tempat mainan
Budak-budak memang enjoy
Tempatnya tidak terlampau besar. Rasanya 15 minit dah habis round satu kawasan ni. Kalau bawa kanak-kanak memang sesuai kerana mudah nak jaga dan tidak banyak tempat mandi.

Kalau weekday, lagi sesuai sebab orang tidak ramai jadi boleh main dan mandi-manda sepuasnya. Di dalam theme parak terdapat gerai makanan yang menjual aneka minuman dan makanan. Jadi kita takkan berlapar kat sini. Harga tu bolehlah...berpatutan.

Mandi.....mandi


Untuk budak-budak memang sesuai sangat
Ada setengah kolam tu, airnya berkeladak sikit dan banyak daun-daun yang terapung, ranting-ranting kayu yang tenggelam di dalam air yang mana mencacatkan mood untuk mandi. Part ni, pihak pengurusan patut ambil tindakan segera.


Orang tidak ramai kerana weekday

Bagi aku, tempat ni tiada apa yang istimewa sangat. Kalau tidak pergi pun tidak apa dan kalau pergi pun boleh juga. Biasa-biasa je. Kalau orang KL tu nak turun Sungai Petani disebabkan nak pergi ke The Carnival, memang tidak berbaloi langsung.

Murah juga ni
Salah satu promosi dia orang. Kalau harga tiket murah tu...bolehlah juga pergi sekali-sekali kerana tiada pilihan lain di Sungai Petani.

Selamat mandi- manda dan enjoy.