Kali ini aku nak paparkan gambar-gambar Putrajaya yang sempat diambil tempoh hari. Banyak lagi tempat yang xde dalam gambar...Mungkin nanti-nanti bila ada masa free aku akan " tempek " kat sini.
Masjid Putrajaya....tempat untuk pengunjung lepak-lepak dan ambil gambar. Kawasan ini happening pada waktu malam terutamanya malam minggu.
Aku jarang solat sini kerana nak ambil wuduk macam susah sikit... kena jalan jauh kat dalam bawah tanah...Memang hebat tapi aku kureng berminat sikit.
Tempat Najib lepak sambil buat keje. Segala urusan kerajaan di tempat inilah.
Kat sini juga ramai pelancong yang ambil gambar. Cantik sangat. Berapa kos pembinaannya ye???
Tasik Putrajaya....Boleh naik cruise kat sini...Aku tak pernah naik lagi sebab rasa macam tak berbaloi je dengan harganya.....
Sapa yang nak naik dipersilakan....siapkan duit je....
Ini kawasan Souq Putrajaya....Ada tempat makan kat sini....Macam-macam ada...
Semua gambar kat bawah merupakan kawasan sekitar Putrajaya...Selamat menjamu mata untuk yang tidak pernah sampai ke sini lagi.
Nanti aku letak gambar-gambar lain pulak....