Wednesday 26 June 2013

Putrajaya - Keindahan yang tersendiri



 
Kali ini aku nak paparkan gambar-gambar Putrajaya yang sempat diambil tempoh hari. Banyak lagi tempat yang xde dalam gambar...Mungkin nanti-nanti bila ada masa free aku akan " tempek " kat sini.
 


 
Masjid Putrajaya....tempat untuk pengunjung lepak-lepak dan ambil gambar. Kawasan ini happening pada waktu malam terutamanya malam minggu.
 

 
Aku jarang solat sini kerana nak ambil wuduk macam susah sikit... kena jalan jauh kat dalam bawah tanah...Memang hebat tapi aku kureng berminat sikit.
 

 
Tempat Najib lepak sambil buat keje. Segala urusan kerajaan di tempat inilah.
 


 
Kat sini juga ramai pelancong yang ambil gambar. Cantik sangat. Berapa kos pembinaannya ye???
 


 
Tasik Putrajaya....Boleh naik cruise kat sini...Aku tak pernah naik lagi sebab rasa macam tak berbaloi je dengan harganya.....
 

 
Sapa yang nak naik dipersilakan....siapkan duit je....
 

 
 
 
 
Ini kawasan Souq Putrajaya....Ada tempat makan kat sini....Macam-macam ada...
 
 Semua gambar kat bawah merupakan kawasan sekitar Putrajaya...Selamat menjamu mata untuk yang tidak pernah sampai ke sini lagi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Nanti aku letak gambar-gambar lain pulak.... 

Restoren Nasi Kandar- adakah anda peka mengenai halal haramnya?


Nasi kandar memang paling top kat Malaysia. Restoren-restorennya tumbuh macam cendawan lepas hujan. Tetapi terfikirkah kita, adakah restoren-restoren tersebut menyediakan makanan yang 100 % halal. Walaupun tergantung ayat suci Al-Quran, adakah restoren tersebut kepunyaan orang islam ataupun sebaliknya.

Kadang-kadang kita tidak peka mengenai perkara tersebut. Janji sedap...dan nampak bersih je...kita terus je pergi makan...Tanpa mengambil kira halal haramnya. Betul ke ini sifat orang islam ?

Kealpaan kita untuk menjaga perihal makanan tersebut telah diambil kesempatan oleh orang lain. Keuntungan yang akan dijana daripada orang islam memang berlipat kali ganda. Orang islam merupakan pengguna yang terbanyak. So kebanyakkan restoren bukan islam sanggup buat apa saja. Kita pula yang islam tu... Janji ada ayat Al-Quran dan pekerjanya bertudung, kita terus je melantak ( cakap utara ) je.

Untuk pengetahuan semua....banyak restoren nasi kandar dimiliki oleh yang bukan islam....Adakah kita 100% pasti cara masakan, rempah ratus dan ramuan yang terdapat di dalam halal sepenuhnya ??
Tidak bukan..... Jadi carilah restoren yang dimiliki oleh orang islam.

Cara aku senang je....
Bila masuk ke restoren terus tanya ada daging lembu tak ?  Kalau xde tu 100% bukan islam.
Bila anda cuba cara ini....akan didapati banyak yang xde...

Monday 24 June 2013

Klebang Original Coconut Shake - Mantop dan ada citarasa

 

Dahaga ??? Nak rasa minuman coconut shake yang sedap kat area Melaka. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Pantai Klebang kerana di situ terdapat Klebang Original Coconut Shake iaitu coconut shake yang sedap dan best rasanya menanti anda.

Rasanya.....lain daripada yang lain.



Kat sini juga, kita boleh makan nasi lemak untuk yang laparlah. Rasanya takleh nak komen kerana tak makan pun.
Masa kami pergi hari tu...hanya rasa coconut shake dia je.. Kena beratur lah juga....tapi takpa le.... janji sedap.

Gerainya hanya kat tepi jalan je untuk yang nak beli bungkus dan ada restoren dia jika yang nak makan dan minum kat sana....Pilih lah yang mana satu idaman hati.

Harganya dalam RM 2.50 satu.

Pada yang tidak pernah pergi....Gerai atau restoren ini terletak berlawanan arus dengan gerai-gerai makan / muzium kapal selam kat tepi Pantai Klebang. Kalau anda jumpa gerai-gerai makan / muzium kapal selam kat sebelah kiri, maka kena buat u-turn balik dan terus je sampai jumpa gerai tersebut di sebelah kiri juga.

Kalau anda jumpa gerai-gerai makan/muzium kapal selam sebelah kanan, terus je sampai jumpa gerai ( utk yg bungkus ) di sebelah kiri. Lagi satu kat area ni selalu jammed kerana orang nak berhenti beli. Kalau lihat jammed kat sini maknanya anda dah sampai le.

Selamat mencari minuman yang sedap.......Berbaloi...


Sunday 23 June 2013

Floria 2013 Putrajaya- Festival Bunga dan Taman



Festival Bunga dan Taman Putrajaya datang lagi. Temanya kali ini adalah Orkid -Khazanah Tropika. So peminat orkid tu jangan lah lepaskan peluang untuk mengunjunginya. Ia diadakan selama 9 hari dari 22 Jun 2013 di persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya. Iaitu ianya berdekatandengan tapak pasar malam.


Tapi apa yang bestnya Festival bunga kali ini ye ??
Seperti yang aku katakan tadi banyak pokok orkid yang terdapat di sini dan ada diantaranya yang kita tidak pernah tengok pun ......Cantik-cantik belaka.

Waktu lawatan:
9:00 am - 10:00pm ----Isnin hingga Khamis
9:00 am - 12:00 pm -----Jumaat hingga Ahad

Masuk : Percuma je.




Tapi apa yang menjadi halangannya adalah cuaca pada masa sekarang ini agak jerebu...tidak baik untuk kesihatan dan ini mungkin boleh menyebabkan pengunjung berkurangan. Bagi pendapat aku le...kalau pergi waktu malam lagi best kerana terdapat banyak lampu-lampu macam kat i-city tu..dan cuaca pun nyaman sikit tapi jerebu je.


Lagi satu...Orkid ini ada yang dah layu pada masa kami pergi 22 Jun 2013. Dia tak tahan panas kut. Bila dah layu tu....mencacatkan sedikit pameran tersebut.
Walaubagaimanapun memang terbaiklah diadakan festival seperti ini.





Terdapat banyak gerai yang menjual orkid dan pokok-pokok hiasan yang menanti anda di sana. Hanya sediakan duit je.
Selamat menjamu mata...Pergi jangan tidak pergi.






















Monday 3 June 2013

Superman - Tiba-tiba menjadi Superhero anakku

 
KFC Movie Combo
Superman....tiba-tiba menjadi superhero anakku. Tak tau mengapa kerana citer kartun superman jarang dia tonton...
Adakah mungkin sebab kain kat belakang dia kut....hahaha
 
Pasti dia nak tengok movie superman tu bila ditayangkan kat pawagam pada 13 Jun 13 nanti.
KFC juga menyediakan KFC MOVIE COMBO untuk peminat-peminat superman ini. Boleh makan dan dapat payung lagi....best nye.

 
Silap tak minta nak ambil satu

 
Bolehlah kumpul 2 payung sebagai souvenir. Macam dah jadi hobi anakku je nak kumpul  barang-barang karektor superman ini.
 
Cantik corak dia
 
Superhero

Payung dia pun cantik-cantik coraknya . Set ini boleh didapati dengan harga RM 20.80/ payung. Beli payung je pun boleh.


Ini set baju yang kami beli kat Putrajaya untuk anakku dan sepupu-sepupu dia. 3 orang superhero. Hebat-hebat belaka. Rupa-rupanya  susah juga nak cari baju-baju camni.

Selamat melayan kerenah anak-anak.

Hentian bas Kajang Jalan Reko - Segala urusan boleh settle di sini.

Hentian bas kajang
 
Kali ini aku bukan nak citer mengenai tempat makan. Kita tukar tajuk pulak. Hentian Bas Kajang yang terletak di Jalan Reko merupakan tempat terletaknya cawangan-cawangan jabatan perkhidmatan kerajaan.
 
Kepada sesiapa yang hendak berurusan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN ) , Jabatan Imigresen Negara dan lain-lain, boleh datang ke sini.
Semua jabatan tersebut terletak di tingat 3.
 
Tingkat 1 untuk tempat jualan tiket bas ekspress untuk perjalanan ke utara dan timur, tempat makan, kad kahwin dan baju-baju.
 

KWSP

Disamping itu juga Pejabat KWSP dan Socso juga terdapat area ini . Pejabat Socso terletak di sebelah kiri hentian kajang dan KWSP sebelah kanan.

Kepada yang nak berurusan dengan Jabatan Imigresen adalah digalakkan datang awal kerana orang selalunya ramai. Hari Sabtu dan Ahad pun buka tetapi kena datang awal kerana jumlah pengunjung dihadkan dalam 150 je kut. Kalau boleh isi dulu borang-borang yang diperlukan. Kat sebelah jabatan imi. terdapat kedai untuk ambil gambar so tak payah risau pada yang xde gambar lagi.
Ohya untuk pasport siap haritu juga.

Jabatan Pendaftaran Negara, tempoh selesai untuk urusan pertukaran alamat ( seperti kami ) dalam 50 min. Mykad baru mengambil masa dalam 2 minggu untuk siap. Tapi kalau kat Putrajaya dalam 24 jam boleh siap.

Tapi tak kisahlah kerana Mykad kita sekarang ini tidak lagi dipulangkan sehingga yang baru siap.
Moga membantu kepada yang tinggal area Kajang dan Bangi

Sunday 2 June 2013

Fullhouse - Deko yang menarik

Latar belakang fullhouse
 
Jom makan-makan kali ini pula, kita terjah Fullhouse Wangsa Walk pulak. Tertanya-tanya juga sedap ke makan kat Fullhouse ni? Best ke makanan dia ? Servis okay tak ?
 
Di Wangsa Walk ni terdapat banyak tempat makan dan salah satunya adalah tempat ini.
 

Ini jenis berkuah- harga dlm RM 19 kut
Fullhouse merupakan tempat makan yang agak popular kepada orang yang nak santai-santai. Dekonya memang nampak best tapi makanan tu biasa je kut kerana aku bukan lah pengemar western food sangat.


Harga dalam RM 49.50 kut
 
Dari segi servis memang okay. Staff dia memang banyak membantu. Aku kalau pergi tempat makan ni selalu tanya apa yang paling sedap kat tempat tersebut.
 
Kat atas tu merupakan makanan yang paling sedap ( kata staff dia le ). Tapi bagi aku biasa je dan rasanya pun sedikit manis. 


Minuman dia

Masam-masam je - RM 8 lebih

Minuman pun biasa-biasa je...takde yang wow sangat pun. Harga boleh tahan le....

Dekonya...ada dijual souvenir

Tapi dari segi deko memang best. Kat sini rasa relaks je makan. Kalau ada yang berminat nak beli baju atau souvenir ke.... boleh dibeli kat sini.

Lain daripada yang lain kan.

Lagi ruang makan
Souvenir lagi

Kesimpulannya...tempat makan ni untuk yang nak berdating tu memang sesuai. Memang santai bila makan kat sini. Deko yang menarik....Menunya pulak bercorak kartun....Lain dari yang lain.

Saturday 1 June 2013

Restoren Berputar Atmosphere 360 di Menara Kuala Lumpur - Best dan berbaloi

 
 
Restoren Berputar Atmosphere 360
 
Kali ini jalan-jalan dan makan-makan kami di Restoren Berputar Atmosphere 360 Menara Kuala Lumpur. Restoran berputar terletak pada ketinggian 282 meter.
 
Tapi best ke Restoren Berputar Atmosphere 360 di Menara Kuala Lumpur ni ? Sedap....Sedap ke makanan dia ??
 
Makanan dia macam kat restoren di hotel-hotel yang berbintang-bintang. Tapi view dia memang mantooooop.
 
tempat ambil makanan

Adalah digalakkan agar kita buat reservation dulu....kalau tidak, nanti kecewa. Sebab selalunya kalau hari cuti penuh je. Kalau nasib baik, adalah kosong lagi.

Sila datang awal kerana kita boleh pilih seat yang kat bahagian tepi cermin. Seat kat tepi cermin..boleh tengok view tanpa gangguan dari pelanggan lain.

Untuk pengetahuan semua, restoren ini akan berputar sehingga 360 tau. Jadi kita boleh lihat seluruh Kuala Lumpur ni sambil menjamu selera.
 
 
Tempat makanan
Untuk yang berminat untuk menjamu selera di sini, boleh buat reservation dan masa yang difikirkan sesuai dan harganya yang termampu. 
 
Masa dan harga :
 
Lunch buffet : 11.30 am - 3.00 pm
                      : RM 75.90 ++ ( A )
                      : RM 58.60 ++ ( C - 5thn - 12 thn )
                      : Isnin- Ahad
 
Afternoon tea : 3.30 pm - 5.30 pm
                       : RM 50 ++ ( A )
                       : RM 41.40 ++ ( C - 5thn - 12 thn )
                       : Isnin - Jumaat
 
Hi tea  : 3.30 pm - 5.30 pm
            : RM 58.60 ++ ( A )
            : RM 41.40 ++ ( C - 5thn - 12 thn )
            : Sabtu, Ahad dan Public Holiday
 
Dinner buffet : 6.30 pm - 8.30 pm / 9.00pm - 11.00pm
                       : RM 170.70 ++ ( A )
                       : RM 119.00 ++ ( C - 5thn - 12 thn )
                       : isnin - Ahad
 
Acara yang paling best sekali....adalah makan...
Jemput makan semua.
Bila makan kat sini dengan panorama yang menarik rasa nyaman dan tenteram je.
Best sangat.
Layanan pun sangat memuaskan......
 
 
 
 
makanan dan makanan
 
 
Tengok lah makanan yang ada kat sini. Tapi jangan makan terlampau banyak sangat nanti nak balik pun susah...hahaha

Sedap....sedap
 

lagi dan lagi



Banyak kan makanan dia





Makan dan terus makan


rasa puas hati


Sedap ikan ni


ini pun best


Tapi apa yang aku perhatikan banyak chinese pada masa kami makan tempohari. Tapi takpa...lauk-pauk akan ditambah bila habis. Pasti tidak kempunan punya.

Tempat makan
Harga yang kami kena bayar adalah dalam RM 200 lebih. Tapi memang berbaloi rasanya dari segi layanan dan view yang cantik sangat.

Tempat makan kami

Pada waktu malam, pasti lagi best untuk makan-makan dan santai-santai kat sini. Mungkin satu hari nanti nak datang makan waktu malam pulak...

PASTI BEST....




selesai.....


Cantik view KL

Selepas makan, kita boleh lepak-lepak kat pelantar pemandangan....jika masih lagi berminat le. Tapi kat pelantar pemandangan ini juga disediakan informasi mengenai menara-menara yang terdapat di dunia.

Bagi aku....Restoren Berputar Menara Kuala Lumpur merupakan tempat makan yang patut dikunjungi...

Untuk yang berminat boleh call No ni untuk reservation : 603 2020 2121

Selamat bersantai dan makan-makan.