Sunday 26 May 2013

Karnival Belia Putrajaya 2013


Bangun pagi-pagi, perut pula rasa lapar. Hari ini nak sarapan kat mana pulak? Tiba-tiba je timbul idea nak makan masakan Kelantan lak. Untuk masakan kelantan, ada satu restoren iaitu Restoren Kaksu kat area Sungai Sekamat yang menjadi pilihan kami pada kali ini. Restoren ni memang ramai orang untuk sarapan dan lauk-pauk memang banyak. Boleh rambang mata lah. Gambar restoren tak sempat nak ambil kerana sibuk dengan melayan nafsu makan. Sedap masakan dia. Sarapan kami untuk 4 beranak dalam RM 30 je. Okay kan.


Lepas je makan, timbul pula idea nak pi Alamanda Putrajaya. Kalau sempat tengok citer fast and furious 6 pun best gak. Dalam perjalanan ke Alamanda, banyak pulak banner Karnival Belia Putrajaya so tukar rancangan nak pi tengok karnival belia dulu sebab baru pukul 10:00 am, cuaca pun tak panas lagi.
 
 


Tempat parking pun masih banyak kerana masih awal kan. Best ke Karnival Belia ni ? Masa kami sampai tu kat tempat karnival, orang sudah pun ramai terutama belia-belia. Yang tak belia tu macam kami bolehlah di katakan ramai juga.


Tempat pertama tumpuan kami adalah naik bas free yang disediakan. Jadi tidak payah jalan jauh-jauh dan boleh tengok apa yang ada kat area karnival tu.



Tempatnya memang luas untuk acara karnival ni....
Apa yang menarik ye ?
Biasa-biasa je. Itu pendapat aku le.

Lepas round-round dengan bas, kami singgah untuk membeli sedikit barang. Dalam pukul 1:30 baru keluar dari tempat tersebut dan pergi ke Alamanda pulak.

Friday 24 May 2013

Lost World of Tambun- Theme Park


Lost World of Tambun yang terletak di area Ipoh ( Tambun ) memang agak terkenal sebagai tempat mandi-manda dan membawa anak-anak bersantai. Tapi best ke untuk mandi kat Lost World of Tambun ni ?
Bagi aku best juga kerana lain dari yang lain. Di dalamnya juga kita boleh belajar sejarah iaitu di Tin Valley

Harga tiket masuk di sini adalah :

RM 48 : Untuk dewasa
RM 41 : Untuk kanak-kanak ( bawah 12 thn) dan senior citizen ( atas 55 thn )

*** sebaiknya booking melalui internet lagi murah.

Masa operasi pula adalah :

11: 00 am - 6:00 pm  : Isnin - Jumaat
10:00 am - 6:00 pm : Sabtu - Ahad, Public holiday dan cuti sekolah

** Tutup hari Selasa kecuali cuti sekolah dan public holiday **


Apa yang ada di sini ? Tempat yang menjadi tumpuan ramai adalah water park. Tetapi terdapat banyak lagi tempat-tempat lain yang menarik iaitu :

1. Tiger Valley
2. Team building park
3. Water park
4. Petting zoo
5. Amusement park
6. Swan lake
7. Tin valley
8. Animal care centre
9. Hot springs & spa

dan yang terbaru ..... Lost world Lupe's Aventure

Di sini juga disediakan trem untuk round-round lost world ni. Tapi kena beratur kat area Amusenent park. Yang malas nak berjalan boleh naik trem dan kita boleh turun kat tempat mana yang kita suka ( ada stesen berhenti ).

Seeloknya kita nak trem dulu, lihat kawasan dia pastu baru plan nak pergi mana-mana yang di fikirkan best.
 
Ni tempat mandi untuk kanak-kanak dan ibubapa pun boleh berendam sekali....
Tapi kalau terlampau ramai orang, jadi tak best juga sebab tempat ni agak sempit.
 
 

 
Makanan kat sini...okay lah. Bila asyik mandi je selalunya cepat rasa lapar. Harganya makanan adalah berpatutan dan layanan pun okay juga. Banyak staff yang suka senyum... best kalau macam ni.
 
 


Salah satu tempat yang kanak-kanak suka, Petting zoo ! Banyak haiwan yang dipelihara kat sini. Jinak-jinak belaka. Staff dia pun ramah dan banyak membantu. Memang berbaloi kalau datang kat sini.

Kat sini pun banyak juga souvenir yang dijual. Kalau tidak mau beli di sini boleh beli kat pintu keluar nanti.
 
Bagi yang meminati hot spring....kat sinilah tempatnya. Tapi kalau dalam pukul 12 tghari. Panas gila le jadinya. Tempat ni sesuai pada sebelah petang atau malam.
 
Kalau yang menginap kat Lost World Hotel tu memang patut tunggu hingga malam. Hot spring ni di tutup pada pukul 10 pm. Kalau malam cantik tempat ni. Kat tepi kolam pun ada disediakan tempat menjamu selera.
 
 
Selamat bercuti di Lost World of Tambun.....

Sunday 19 May 2013

Mak Jah Mee Udang Kuala Sepetang- Sedap hingga menjilat jari.....hahahaha




Mak Jah

Mee udang datang lagi......Kali ini kita pergi makan kat Kuala Sepetang pulak. Tempat makannya ialah Mak Jah Mee Udang Kuala Sepetang.
Best ke Mee Udang Mak Jah ni ?  Jom kita Terjah...

Lama dulu kami pernah pergi makan kat Mak Teh Mee Udang kat Kuala Sepetang juga. Tapi rasanya biasa-biasa je tak WOW pun, walaupun pernah masuk TV3.

Jari masih ada kaler biru lagi....tanda rakyat Malaysia yg tunaikan tanggungjawab MENGUNDI
Tempat makannya pun agak selesa dan luas. Servis pun memang memuaskan. Tidak terlampau lama menunggu.

Acara yang paling best adalah acara makan......sedapnya mee udang mak Jah ni.

Santapan kami pada kali ini

Kedai Mak Jah tak kedekut udang dan udang yang diberi besar-besar belaka.
Puashati kalau makan macam ni. Manis udang-udangnya.....SEDAP

Mee Udang
 
Rasanya pulak.....memang kena dengan selera. Best sangat.....Sedap...
 
Boleh dibungkus untuk sanak-saudara kat kampung.
 
 
Mee goreng udang

Udang goreng kunyit
 
 
Apa yang bestnya kebanyakkan masakan menggunakan pinggan yang berbentuk sampan. Special macam ni.
 
Harganya tidak mahal, rasanya kurang RM 10 kut. Lupo la pulak sebab terliur tengok makanan yang sedap ni.
 
Kesimpulannya : Memang berbaloi kalau makan kat sini.
 
Ini GPS koordinat untuk yang berminat ke Mak Jah Mee Udang Kuala Sepetang ;
 
N0450.318
E10038.028



Roti Canai D Bukit- Sedap roti dia



Kedainya
 
 
Roti Canai D Bukit ? Tempat sarapan yang popular kat area Bandar Baru Bangi. Roti Canai D Bukit terletak berdekatan dengan Stesen Minyak Petronas iaitu jalan ke Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi dari Plaza tol kajang / Sg Ramal Luar / Putrajaya.
 
Selepas Petronas tu, kalau jumpa banyak kereta parking tepi jalan maka tempat tu lah. Kita boleh parking tepi jalan atau parking kat tepi kaedai makan tersebut.
 
 

dah nak habis baru nak ambil gambar

Roti dia memang lembut....susah nak dapat kat area Lembah Klang ni. Kuahnya biasa je kerana aku pernah rasa yang lebih sedap lagi.

Kuah boleh pilih kosong atau berdaging. Daging lembu atau kambing.
Tempat makan ni memang patut dikunjungi oleh pengemar roti canai..

Makan dan terus makan.

Gambang Water Park - tempat water park yang best


Gambang water park
 
Bukit Gambang Water Park merupakan tarikan utama kami datang ke Gambang. Nak rasa pulak water park dia macam mana. Tambun dah, The Carnival dah, Sunway Lagoon pun dah sekarang Gambang pulak. Best sangat ke Water Park dia ?
 
Tiket : RM 23.90 utk dewasa ( promotion rate ) ; Normal RM 28
          : RM 16.90 utk kanak-kanak ( promotion rate ) ; Normal RM 18
 
 Murah jika dibandingkan Tambun dan Sunway Lagoon.
 
Waktu  : 9:30am-6:30pm - Jumaat,Sabtu, Ahad, cuti sekolah dan public holiday
            : 10:30 am - 6: 30 pm - lain-lain hari
 
****TUTUP pada hari Selasa kecuali public holiday dan cuti sekolah  ******
 
.
 


pintu utama
 
Kalau yang bermalam kat Bukit Gambang Resort City tu memang senang dan berbaloi ke sini kerana dekat je. Juga disediakan trem tapi kena tunggu kat area lobby je.Masa kami sampai tu, orang tidak ramai lagi...jadi tidak perlu beratur panjang-panjang.
 
Selepas beli tiket masuk water park, kita terpaksa menapak jauh juga untuk ke tempat mandi-manda ..Kalau bawa orang tua yang dah tidak larat berjalan tu ..kesian juga.
 
 
Kena jalan jauh juga  ni
 
 
Kita boleh sewa cabana iaitu tempat lepak2 dalam harga RM 30-40 mengikut lokasi dan saiz dan pelampung dalam harga RM12 untuk mandi-manda kat sini.
 
Untuk yang nak pilih cabana tu dan yang membawa kanak2, sila pilih  antara no 8 dan cuba elak no 6 kerana terletak ke dalam sikit. Seeloknya tanya staff sebelum buat bayaran dan kita boleh call untuk booking.
 
Boleh check kat bawah ni :
   
1. Loker - rm 6.00 + rm 9*
2. Single tube - rm 8 + rm 7*
3. Double tube - rm 12 + rm 8*
4. Children life jacket - rm 10 + rm10*
5. Towel - rm 10 + rm10*
6. Cabana - rm 35/45 + rm 10*    .....dan harganya tidak semuanya sama
 
* deposit----sila ambil balik nanti

Cabana
 
Makanan yang dijual kat sini biasa-biasa je dan staff bahagian makanan kurang mesra pelanggan. Kalau tempat lain tu staff dia...ok rasanya. Kat sini pun dia gunakan sistem e-walet. Senang tidak payah bawa wang banyak.
 
Kat dalam water park pun kita boleh reload e-walet tersebut.
 
Bersiap-sedia  untuk mandi
 
Kat sini terdapat Coco beach iaitu kolam ombak terbesar di Malaysia....best ombak dia.
Penguin Island iaitu tempat kanak-kanak bermain air.
Glacial river kena guna pelampung kat sini dan ombak dia memang mengancam.Hati-hati untuk yang bawa kanak-kanak, waspada selalu.
Ade macam-macam slade untuk kanak-kanak dan dewasa. Janji mesti berani.
 
Glacial river
 
 
Kanak2 pasti enjoy
 


 
 
Tempat utk kanak2

 
Kami sampai pukul 10 am dan settle mandi-manda dalam pukul 4.30 pm...Memang puas.
Lain kali nak datang lagi kerana memang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.
 
Oh ya....River cruise kat sungai kuantan sekarang ni mahal sangat iaitu dalam RM 35 lebih untuk seorang. Kalau ramai baik pi makan kat Tanjung Lumpur je. Cruise tu pun hanya ambil masa dalam sejam lebih je.
 
Selamat tinggal Gambang City. 
 
 
 




Bukit Gambang Resort City-best hotel ni

Pintu gerbang


Selepas makan-makan kat Temerloh, kami meneruskan perjalanan ke Bukit Gambang Resort City.
Resort ni terdapat banyak blok, kami booking Arabian .

Cantik pemandangan area ni. Staff dia pun banyak membantu. Memang puas-hatilah. Berbaloi dengan harganya yang kami bayar.

Blok Arabian


Ruang lobby

Masa kami sampai haritu, seorang staff BGRC sedang  membawa seekor kucing hutan dari Brazil/Afrika selatan. Boleh tengok kucing yang besar tu.


Kucing hutan


Blok Arabian terdapat swimming pool. Tapi terpaksalah berjalan sedikit. Anak-anak aku memang suka dengan swimmping pool ni. Amat digalakkan untuk pilih blok ni....puas hati punya.
Pilih bilik yang mengadap swimming pool kerana view dia cantik sangat. Kalau sebelah lagi tu nampak hutan je.


Pemandangan di bilik

Tempat parking dia pun banyak....so takde problem le.
 
Tempat parking dia
 
Ruang dia pun luas dan terdapat 2 bilik. Jadi yang mempunyai 2 orang anak tu memang sesuai sangat. Boleh lepak-lepak sebelum pi swimmimg pool. Ruang tamu dia xde tv. TV hanya disediakan hanya dalam bilik je.

Ruang tamu sambil lepak2

Selepas mandi-mandi kat swimming pool. Kami plan nak pi makan kat Tanjung Lumpur pulak. Nak rasa pula makanan kat Ana Ikan Bakar Petai....Nyummmmy atau tidak. Tempat makan tu happening kat sebelah malam.
 

Berbalik pula BGRC, untuk breakfast  makanan boleh digolongkan banyak juga. Tempat makan dia pun selesa walaupun ramai orang.

Tempat makan pagi

Selamat bermalam di sini....pasti puashati....

Astro..oh....Astro

 
Selalu berlaku macam ni?....Itulah problem dengan Astro ni kalau hujan sikit pun sudah tidak boleh tengok gambar kat tv. Tengok tv boleh le tapi buat apakan ?

Pasti ada yang terfikir nak terminate astro kan?
Tapi taktau macam maner kan.

Kalau ada sapa-sapa yang nak terminate akaun astro mudah je. Call terus kat customer servis dia kat nombor ni .....1300823838.

 Kat dalam dia punya website tidak ada pun cara-cara nak terminate akaun tetapi kalau nak langgan dia punya pakej berlambak le.

Pastu dia akan tanya sebab apa nak terminate....bagitau je kurang puashati dengan servis dan harganya kian mahal.  Untuk pengetahuan semua, sekarang ni smart card ( yang tidak smart pun ) tidak lagi perlu dipulangkan ( start 2013 ).

Besok dan lusa dan hari-hari seterusnya, pihak astro akan telefon lagi anda untuk bagitau  dia punya pakej yang menarik-menarik..hahahaha dah terminate baru nak offer so buat donno je.

Dan akhirnya anda telah bebas dari ASTRO.

Restoren SZ Rahmah - Ikan Patin Masak Tempoyak



Peminat-peminat patin masak tempoyak pasti telah pergi ke restoren SZ Rahmah ini. Famour restoren ini dengan isu kat surat khabar pada masa dahulu.

Sedap ke ikan patin di sini? Masa kami dalam perjalanan untuk  bercuti ke Kuantan tempoh hari, kami sempat singgah di restoren SZ Rahmah ni. Merasalah bagaimana keenakkan patin masak tempoyak di tempatnya iaitu Temerloh. Rasanya....hahaha.

Bagi aku....aku tidak boleh jawab kerana aku bukan pengemar ikan patin . Walaupun dah banyak kali makan tetapi rasanya tetap biasa je. So jawapannya  aku bukan pengemar ikan patin masak tempoyak.....

Bagi kawan-kawan aku memang masakan patin masak tempoyak kat Restoren SZ Rahmah memang sedap dan terbaik...Tu yang menyebabkan aku nak try test kat sini.....tetapi hasilnya tetap sama....hahahaha.


Pada pandangan bukan pengemar ikan patin....restoren ni biasa-biasa je. Servis dia pun biasa-biasa je. Makanan kat sini boleh tergolong mahal le juga jika dibandingkan dengan servis dan sudut pandang restoren tersebut.


sebelah restoren

Restoren ni terletak bersebelahan dengan stesen minyak BP. Kita terpaksa masuk ke bandar Temerloh dan ambil jalan ke Maran, Paya Pulai. Terus je sampai jumpa restoren di sebelah kiri.

Ikan patin masak tempoyak

Makanan yang kami order

Makan jangan tak makan....

Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur....memang meletop Ikan Bakar dia.


Petangnya kami bertolak ke Tanjung Lumpur. Tanjung Lumpur kat area Kuantan memang famour dengan masakan seafoodnya. Masakan seafoodnya memang best-best belaka dan banyak restoren seafood wujud di sini. Tapi kena pandai pilih yang mana paling sedap le. Malahan pada waktu malam memang meriah kawasan ini dengan pengunjung.

Salah satu Restoren yang memang best dan meletop dengan ikan bakarnya ialah Ana Ikan Bakar Petai. Sedap ikan bakar kat sini kerana masih fresh dan masakannya memang menyelerakan.  Tambahan pula ikannya dibakar berserta petai di atasnya. Lain dari yang lain.

Signboard dia

Tempat parkingnya memang penuh kalau hari minggu dan hari cuti ( ini kat tepi jalan ). Tetapi kat sebelah restoren tersebut terdapat lagi tempat parking yang agak tersorok....memang tepi restoren je.

suasana orang ramai

Untuk yang tidak makan ikan bakar, masih terdapat lagi makanan lain yang bergoreng.
Pilih Je nak makan apa. Servis dia pun memang memuaskan.

Restoren ini terdiri daripada 2 tingkat. Tingkat atas untuk orang yang suka makan bersila. Kalau nak makan bersila jemputlah ke tingkat atas. Luas kat atas ni.

Kat tepi restoren juga masih luas lagi tempat lapang. Jika restoren penuh, pekerja akan sediakan meja tambahan untuk pelanggan untuk .Walaupun penuh, kita masih boleh makan kat luar.
Best jugakan ?

Makanan yang menjadi santapan kami.....Sedap.....Sedap

Kepah masak pedas
Ikan siakap/jenahak bakar petai
Ketam masak telur masin
Sotong goreng tepung
 
 
Bagi aku memang puas hati makan di sini dan harganya memang berpatutan. Lepas makan boleh pergi bersantai kat Teluk Cempedak pulak....best.
 
 
Untuk yang nak pergi boleh guna GPS koordinat ni.....
N 03.79786
E103.34004
 
Selamat menjamu selera.


Wednesday 1 May 2013

PRU 13.. adakah anda telah bersedia untuk mengundi ?


Pru 13 telah menjelma tiba. Rasanya ramai yang sudah boring dan letih menunggu dan meneka bila nak mengundi dan mendengar nujum pak belalang memberi tekaan yang tidak tepat. Alhamdulillah masanya telah pun tiba.

Bendera Berjasa yang digunakan oleh ISMA

Ramai yang kata PRU 13 adalah ibu segala pilihanraya....mungkin betul dan mungkin tidak...Rasa aku ada yang akan kalah teruk pada kali ini....tapi yang pasti tidak tahu parti mana.



Mari kita sokong ISMA

Apa yang aku kagum adalah telah timbul kesedaran dikalangan orang islam, yang cuba hendak memenangkan orang islam di kawasan majoriti islam tetapi telah ditandingi oleh orang bukan islam daripada kedua-dua belah pihak baik kerajaan ataupun pembangkang

Maka sekarang ini kelihatan banyak bendera Berjasa di kawasan-kawasan tersebut. Syabas diucapkan kepada ISMA iaitu Ikatan Muslimin Malaysia, yang bertanding atas tiket Berjasa. Aku memang sokong golongan yang cuba hendak menyatupadukan islam dan bangsa Melayu.

Apa yang paling aku hairan macam mana orang yang mengaku islam tetapi tetap berjuang untuk kepentingan agama lain tanpa menghiraukan agama islam sendiri. Kadang-kadang tu orang bukan islam kutuk agama dan orang islam sendiri pun dia masih lagi boleh ketawa. Lawak ke orang bukan islam kutuk orang islam ?

Apa yang paling ditakuti, kita terlampau yakin bahawa kita lebih islam dari orang  lain.

Sempena musim mengundi ini buanglah sifat-sifat terkeji dan tanamkan niat untuk menegakkan islam di Malaysia. Undilah Calon islam tanpa mengira parti. Islam itu penuh kesempurnaan dan kita akan bertambah berkat dengan mengambil islam sepenuhnya.

Selamat Mengundi semua.