Monday 8 April 2013

mee udang pulau aman- sedap ke ?

 

 
     Mee udang Pulau Aman sedap ke ? Apa yang bestnya mee udang kat sini ? Itulah pertanyaan yang bersarang  dihati kami. Jadi kena terjah Pulau Aman ni.
      Bagi yang  baru pertama kali dengar nama Pulau Aman, ianya terletak di Pulau Pinang dan berdekatan dengan Batu Kawan/ Bukit Tambun. Jadi dia terletak di sebelah tanah besar bukan kat sebelah pulau ye...dan ianya juga merupakan sebuah pulau perkampungan nelayan.
 
Lauk free...makan daging lembu lagi best dari udang
 
 
          Untuk pergi ke sini...kalau dari utara ataupun selatan terutamanya yang ikut Plus Highway, kena exit kat Bukit Tambun/ Batu Kawan. Selepas plaza tol belok sebelah kanan dan drive je ke Stadium Batu Kawan. Kita akan jumpa stadium kat sebelah kiri. Terus je drive hingga sampai di  Jetty Batu Musang/ Pulau Aman. Tapi hati-hati ye...jalan ni banyak lembu yang lepak dan sedikit sunyi. Kalau pergi sorang-sorang tu ambillah langkah yang sewajarnya.
 

Permandangan Jetty Batu Musang
 

Parking kat sini dalam RM 2 @ 3 kut ( lupa lak ). Masa kami pergi tempoh hari kereta tak banyak. Kalau hari minggu kereta penuh jadi terpaksalah parking jauh dan menapak pun  jauh juga untuk ke Jetty.
 
Perjalanan ke Pulau Aman diteruskan dengan menaiki bot pulak. Perjalanannya dalam masa 15-20 min je.Kalau hari biasa, trip bot 2 jam sekali tapi pada hari minggu 15 min atau bot penuh terus jalan.
 
Dari jetty ke bot untuk ke pulau aman
 
 
Lagi satu tiketnya adalah RM 6 untuk dewasa dan RM 4 untuk kanak-kanak. Pada hari biasa, tempat bayar tiket kat Pulau Aman tapi kalau hari cuti atau minggu, tempat bayar tiket kat Jetty Batu Musang dan Pulau Aman.
 

Kaunter tiket
 
Pulau Aman merupakan perkampungan nelayan dan rumah-rumah yang ada  terletak di pesisir laut dan di atas pulau. Ada yang dijaga rapi dan ada yang terbiar.  Untuk pengetahuan terdapat sekolah kat sini.
 
Rumah terbiar-nak jual ke ?
 
Rumah-rumah di sini
 
Tempat makan yang paling popular di sini adalah  Restoren Terapung. Mee udang adalah menu utama. Disamping itu terdapat bihun dan keowteow udang juga.Tempat makannya memang selesa. Selain itu kat tepi restoren ni terletak tempat orang menjual udang dan ketam. Kita boleh beli dan bagi kat restoren ni untuk dia masak.
 
Restoren terapung pulau aman
 
 
Tempat makan
 
 
Cara nak order kat sini adalah tick je kertas yang disediakan di atas meja. Pastu bagi kat budak2 restoren tu. Harga makanan adalah RM10 untuk yang special.
Untuk yang nak beli udang atau ketam...boleh beli dan bagi je untuk di masak atau boleh beli untuk bawa balik rumah sebagai ole-ole. Hari tu kami beli sekilo udang harganya dalam RM 35. Pada hari minggu harganya mahal lagi tau.
 Apa yang lecehnya udang  atau ketam yang dibeli hanya boleh  "masak stim" je kat restoren ni... Lain-lain masakan tidak dilayan.
 
Bihun goreng udang
 
 
 
keowteow udang
 
 
Mee udang
 
 
mee dan keowteow udang
 
 
 
Udang masak stim
 
 
Pada hari minggu dan cuti, orang memang ramai kat sini dan terpaksalah "Q " lama. Adalah digalakkan datang masa orang tidak ramai. Kalau yang berminat nak bermalam di sini, juga disediakan homestay...Untuk yang kaki pancing best kat sini kerana terdapat tempat memancing yang terbaik kut iaitu kat jetty seperti di bawah ini. Masa kami pergi kat situ orang memang ramai....Rasanya meriah waktu malam.
 
  
Tempat memancing...rasanya ini jetty..ada dewan lagi

Rumusan daripada perjalanan kami....mee udang dia biasa-biasa saja. Tidaklah sampai rasa wajib pergi lagi. Permandangan memang menarik dan tempat makan memang selesa kalau orang tidak terlampau ramai le. Untuk nak tenangkan fikiran dan lepak-lepak memang patut pergi dan  kaki pancing memang best kat sini.

Misi selesai untuk mee udang Pulau Aman.

Sunday 7 April 2013

Capati arau - sedap sekali

 
 
              Para peminat capati, jika jalan-jalan ke Perlis terutamanya area Arau bolehlah singgah di Capati Arau. Capati yang best, sedap dan terbaik. Rasanya inilah capati yang paling sedap di Arau kut.
 
              Jika dari Kedah, bila jumpa signboard 1 Malaysia kat bandar Arau ni, boleh belok sebelah kanan selepas signboard ni. Kalau dari Kangar, lepas je Istana Arau, pada traffic-light yang ke-2 terus belok kiri, terus drive je sampai kena belok sebelah kanan. Terus lagi hingga jumpa Restoren tu pada sebelah kanan. Parking banyak kat kawasan ni.
 

 
Bangunan bandar Arau ke Capati Arau
 

Restoren capati arau
 
                Roti dia memang lembut, sedap sangat. Kuahnya boleh pilih antara ayam, daging dan sardin. Kuah yang paling sedap daging. Ayam pun okay juga. Boleh dapat seketul daging ayam. Banyak yang bungkus capati ini.

 
Capati yang sedap
 
 
            Restoren ini menjadi tumpuan student UITM Arau. Mereka ramai yang makan kat sini. Restoren ini dibuka waktu petang hingga lewat malam. Rasanya dalam pukul 4.30pm kut bukanya. Restoren dibuka 7 hari seminggu dan kalau tutup ada notis kat depan restoren.
 
Perempuan yang buat capati tau
 
 
Apa yang aku kagum....yang buat capati tu perempuan. Tidak nampak pun dia berehat sewaktu kami sampai kat sana. kagum...kagum.
 
Harga capati dan kuahnya
 
             Selain itu..harganya bergantung kepada banyaknya kita beli. Lagi banyak, harganya lagi kurang. Boleh refer kat tempat harga di atas.
 
Selain dari itu ada juga makanan lain. Bagi aku makanan yang lain tu biasa je. Capati yang best kat sini. Kalau nak rasa bihun sup area perlis ni, ianya bihun sup masakan siam..jauh beza dengan yang selalu makan. Rasanya biasa je.

Nasi goreng daging merah

Bihun sup masakan siam
 
 
Untuk peminat capati jangan lupa pergi ke Capati Arau ini. Pasti tidak menghampakan. Selamat menjamu selera.



Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak


     Masa kami balik tempoh hari kami singgah lagi kat Pulau Sayak. Mee Udang Pulau Sayak bagi aku memang sedap dan terbaik...Mee udang yang paling best kut....ikut selera masing-masing le.
Kali ini kami singgah kat Restoren Usop Mee Udang Laut pulak, ianya merupakan antara restoren yang menjadi pilihan popular kat Pulau sayak..

        Kat restoren sebelah Usop tu servis dia lembab sikit....Boleh "cemuih" tunggu dia masak...lambat sungguh, bukan main-main. Tapi bagi aku masakan dia sedap....

Signboard Usop

       Tapi yang frustnya kali ini kunyit pula habis...kalau tahu aku bawa kunyit dari rumah untuk dia masak. Jadi kami pesan udang masak sos...boleh tahan rasa dia tapi kalau masak kunyit baru best le.

Mee udang...udang 4 ekor je
             Dulu masa kami pergi, udang dia banyak juga tapi kali ni rasa sikit je.....tapi xpa xde sekilo lagi udang kat bawah. Rasanya dulu special kut...Lupa lak.

Udang masak sos- sekilo
 
            Orang masa ni boleh dikatakan ramai juga kerana cuti sekolah. Seeloknya datang awal-awal. Tapi masa kami sampai hari tu masih ada tempat kosong lagi.
Lokasinya tepi pantai so best dengan angin laut yang bertiup dan almaklumlah kedah tengah panas sekarang ni.

 
Tempat makan dia
 

Ramai orang tengah nikmati hidangan

Selamat menjamu mee udang pulau sayak. Sedapppppppppp.








 
 
 


Saturday 6 April 2013

Mc Laren Mercedes- FI Malaysia


Formula One datang lagi !!!!Wow hebatnya Malaysia ni. Walaupun aku hanyalah bau-bau bacang sahaja minat FI tapi kadang-kadang tu ikut juga perkembangannya.
Nak dijadikan cerita pada bulan lepas kat tempat keja aku, ada dibawakan kereta FI ni . Almaklumlah tempat keja aku ada sponsor kat Mc Laren...jadi kami pun tumpang boleh tengok le.


Bukan senang nak dapat peluang macam ni...Tak payah nak beratur panjang-panjang.Bukan setakat nak bergambar..bleh pegang dan tolak-tolakkan kereta tersebut dan yang paling best ada pertandingan memasang tayar kereta tersebut.
Sapa-sapa pun bleh join...



Apa yang tidak boleh hanya masuk kat tempat memandu je...Rupa-rupa ringan kereta ni...tolak sebelah tangan pun jalan.