Monday 30 January 2012

Bagan Lalang...Apa yang bestnya tempat ini ?




ketam masak cili-delicous ni



Bagan Lalang....tempat yang agak famous untuk sapa-sapa yang sukakan seafood.Gerai seafood kat sini memang banyak so pandai-pandai lah kita memilih.Yang penting kebanyakkan memang sedap-sedap.

Untuk ke Bagan Lalang....jalan yang paling mudah ialah melalui jalan ke LCCT dan sebelum litar FI Sepang ,belok sebelah kiri, terus je sampai jumpa satu traffic light dan ambil sebelah kanan dan terus je, sampai jumpa pekan Sepang .Jalan terus hingga jumpa satu simpang berbentuk cam Y untuk ke Bagan Lalang. Jalan terus dan Bagan Lalang terletak di sebelah kiri.Terus je hingga sampai jumpa pantai Bagan Lalang.

Untuk ke Restoren Terapung HM Bagan dianya terletak di sebelah kanan dan jika ke Gold Coast Bagan Lalang belok ke kiri.


Pantai Bagan Lalang...ini Area Gold Coast..Cantik hotel-hotel tu
Pantai Bagan Lalang merupakan tempat yang sesuai untuk bermain pasir dan layang-layang.Tapi untuk mandi tidak digalakkan kerana airnya tidak berapa elok dan terdapat bahan-bahan asing seperti ranting-ranting kayu dan particle-particle hitam.Tapi kalau dah tak tahan tu...bolehlah juga mandi.Banyak juga yang mandi....so ikut citarasa masing-masing lah.

Hari minggu , orang memang ramai  mengunjungi pantai ini dan banyak yang mendirikan khemah untuk lepak-lepak dan bermalam.Ada anggota rela yang menjaga kawasan ini. Air pasang pada waktu pagi bermula dalam pukul 8.00 am dan waktu petang dalam pukul 6.00 pm.Waktu air surut, kita boleh berjalan-jalan di area yang kering tu.


Pemandangan waktu matahari terbenam di Restoren Terapung HM' Bagan -
Bagan Lalang
Restoren Terapung HM Bagan memang tempat yang best untuk makan-makan. Walaupun banyak restoren lain tapi aku tetap memilih di sini. Makanannya cukup enak dan lazat.Tapi digalakkan booking dulu kalau tidak alamatnya tidak boleh makan kat pelantar kerana dah penuh.Orang memang ramai terutamanya malam minggu.Tempat parking pun selalu sesak juga.


Makanan untuk disantap oleh kami sekeluarga:


Udang masak ????- boleh tahan ni



Ini ingat...udang goreng tepung



Kepah masak serai kut
Untuk kepah...lain kali kena hati-hati sebab dia tidak cuci betul-betul.Bila makan tu rasa masih ada pasir lagi kat dalam tu. Jadi hanya makan isi je,kuah kami tinggal walaupun rasanya sedap.


Kailan ikan masin
Makanan kegemaran aku adalah Ketam masak cili...menitik peluh bila makan ketam ni..Ikan siakap tiga rasa lupa lak nak ambil gambar...maklumlah dah lapar.Tunggu tu adalah dalam masa sejam.
Bilnya dalam RM 135.je.Memang berbaloi-baloi dan boleh makan.

Ni No tel HM Bagan untuk booking :

Hp : 013-3385887
Office : 03-31412895

Tips kalau nak makan sini:
1- Call booking -seeloknya dalam waktu pagi atau tengahari,kalau dah nak malam mereka tak layan
2- Pergi awal dan pilih ikan,ketam dan lain-lain pastu pergi jalan-jalan dulu.
3- Dapatkan no meja dan pergi terus pilih ikan dan lain-lain
4- Makan kat atas pelantar yang terapung-baru rasa kenikmatannya.
5 - Ambil meja yang paling dekat dengan laut-seperti gambar di atas.Rasanya meja tu untuk 6-8 orang.

Selamat menjamu selera.........

Sunday 29 January 2012

Bestnya bercuti di Cameron highland ! part 2

Hotel De La Fern


    Hari ke 2

Dalam pukul 5 pagi aku dah bangun. Biasalah aku kalau tidur kat hotel ni susah sikit nak nyenyak. Best gak ambik udara segar kat CH ni...Pagi ni pun berkabus gak.Sambil-sambil tu tonton tv, layan je cerita apa yang disiarkan.

Kami turun sarapan dalam pukul 7.30 am. Orang pun tidak ramai lagi so boleh lah pilih tempat makan yang agak strategik. Makanan boleh di kategori banyak. Tapi kalau kata sedap tu biasa je. Aku kalau kat hotel suka minum susu. Tak tau mengapa??

Orang memang ramai selepas kami mengambil makanan.Lepas makan kami terus check-out.Senang sikit sebab banyak lagi nak round.Plan nak pergi KEA Farm dan BOH Sg Palas.Kami diberitahu bahawa BOH Sg Palas ditutup setiap hari Isnin walaupun hari cuti sekolah.Ianya dibuka dari pukul 9.00 am - 4.30 pm.Jalan dia sedikit mencabar.So plan kami untuk pergi terbantut.Tapi takpa sebab bulan Jan nanti ada plan lagi untuk datang ke CH dengan family ramai-ramai.

Sekarang plan untuk ke KEA Farm.Kereta memang banyak dan masih berkabus lagi

Hotel di sepanjang jalan ke Brincang
.


Ini hotel apa tah??

 


Hotel equatorial-masih berkabus lagi-banyak yang komen negetif je hotel ni
Bila sampai kat KEA farm orang punya lah ramai sampai nak parking tepi jalan pun tak boleh.Ramai betul orang nak beli sayur-sayuran kat sini.Di sini memang murah-murah...Jagung,kobis dan lain-lain banyak di jual di sini.Tapi hati-hati tidak kesemuanya adalah dari CH ada setengah dari Ipoh.Kalau nak tahu jagung mutiara tu dari Ipoh atau CH cuba raba-raba kulitnya,kalau licin dan kurang berbulu ianya dari CH kalau kesat ianya dari Ipoh. Ini petua yang aku dapat dari penjual jagung bakar kat Tanah Rata.Jagungnya memang meletup.Gerainya terletak di area Orchid corner dan opposite kedai yang menjual barangan cenderamata dan pakaian.

Sebab kami tak leh parking so kami patah balik dan singgah di S' Corner KEA Farm.Kat sini juga kita boleh membeli sayur-sayuran,cenderamata yang paling murah yang pernah aku jumpa di CH.Magnet fridge dlm 7 RM10.


Kalau jumpa gambar strawberry besar...dia lah tu

Tempat parking...kat atas pun banyak lagi tempat parking

Tempat menjual sayuran dan buah-buahan

Kat sini kita boleh pungut sendiri cendawan.Ada bermacam kaler cendawan ni.Aku bukan pengemar cendawan so hanya ambil gambar je.Tempat pungut cendawan tu ade kat belakang dari tempat pameran tu.Banyak ooooo.



Cendawan dengan berwarna-warni

Strawberry pun boleh kita petik sendiri di sini.Hargannya dalam RM 36 sekilo ( Kalau aku tak silap ) Lupa lak
tapi aku kena bayar dalam RM 40 lebih.Janji hero dengan heroin aku puas hati.Dah lama mereka idamkan nak petik strawberry.


Aksi memetik......


Adik usha saja kakak...lepas dah berguru, hampir penuh bekas tu di petiknya
Lepas itu kami pergi ke Big Red Strawberry ( BRS ).Tempatnya masuk kedalam sikit.Ianya berdekatan dengan tempat cactus ( gambar bawah ) dan hampir sangat dengan pekan Brincang.Kalau dari Tanah Rata,nampak je cactus tu, sebelum cactus ada jalan masuk berdekatan dengan  rumah-rumah kedai gitu.Ianya ada signboard tapi agak mengelirukan. Kat atas dia memang agak happening sebab ramai orang dan ice-ceram, strawberry coklat dia pun sedap.

Tempat menjual segala macam cactus....

Di BRS ni ada tempat makan dan disediakan juga permainan untuk budak-budak main.Hanya tidak disediakan duit je...kena bawa sendiri.Kat sini strawberry dan sayuran boleh juga di petik sendiri tapi kalau musim dia banyak le, kalau tidak takleh le.Masa aku pergi tak leh petik apa-apa pun.Tapi tempat ni best untuk dilawati.


Sayuran yang ada kat sini...gambar strawberry lupa pulak nak ambil
Di bahagian atas BRS tu disediakan tempat parking dan banyak tempat parking dia kat atas tu.Jangan takut ada india yang jaga camner nak parking dan parking kat mana.Parking free je.Tapi masa nak turun tu memang best gila.Banyak corner dan memang curam. 45 darjah jalan turun dia.Brek mesti power, kalau x paham-paham je lah kalau dah 45 darjah tu.

Lepas turun kami pergi ke Tanah Rata dan makan tengahari di Orchid Corner dan beli jangung rebus dan bakar.Jagung tu memang sedap. Kami plan nak balik ikut Tapah dan kalau boleh nak singgah di Bharat Tea.

Seperti biasa Bharat Tea memang orang ramai tapi kami tetap singgah juga walaupun tempat parking tu jauh juga.Terpaksa lah menapak.



Pemandangan ladang tea di Bharat tea

Air tea kat sini memang sedap dan scone dia pun sedap dan yang paling sedap kek dia.Tapi orang ramai so kena beratur panjang lah. Disebabkan kek tu sedap anak aku sanggup beratur panjang untuk beli lagi.

Kek ni memang sedap....rasanya chesse kek kut
Air tea dia memang pekat dan sedap
Lepas ambil gambar kami terus je balik  kerana buah durian dan petai sedang menunggu untuk pergi KL.
Ramai juga yang turun ke ladang tea untuk ambil gambar.Kat sini kilang tea tidak di benarkan untuk lawatan.
Tunggu bulan Jan pulak untuk kami terjah BOH Sg Palas.

Saturday 28 January 2012

Bestnya bercuti di Cameron highland ! part 1


Tea Plantation-Bharat Tea







Dah lama lah plan nak pergi Cameron Highland ni tapi takde masa yang sesuai, so bila cuti sekolah bulan 12 baru-baru ni rasanya masa yang sesuai kut walaupun ramai yang bagitau bahawa masa cuti sekolah adalah masa yang paling jem di Cameron highland.

Tapi klu takde orang tak best kan???


Asyik kita anak-beranak je!!Bagi aku, aku suka orang ramai tapi jangan terlalu ramai..nanti susah pulak nak nak buat apa2 pun.

Kami pergi pun secara tiba-tiba je walaupun aku dah plan sorang-sorang lama dah.Nak bagitau nanti takde hotel ke? Frust pulak budak-budak tu.Masa mula tu plan gak nak pergi Fraser's hill tapi di situ tak banyak tempat untuk dilawati tapi untuk rehat-rehat boleh lah.Hotel pulak banyak yang dah full, maklumlah cuti sekolah.

Malam sebelum pergi ,aku cuba-cuba check website Hotel Century Pine dan Hotel De La Fern.
Kedua-dua hotel ni masih ade kosong lagi dan kalau tengok website Hotel Century Fine memang nampak cantik dan ianya terletak di Tanah Rata,berdekatan dengan balai polis dan kawasan rekreasi.Tapi aku pilih Hotel De La Fern kerana nampak macam lebih menarik lagi walaupun berhampiran jalan utama ke Brincang.Hotel pun nampak unik sikit.

  Hari pertama
Kami bertolak dari KL dalam pukul 7 lebih gitu.Plan tu nak breakfast kat Bharat Tea ke? Sebab ramai orang comment kata situ view dia cantik.Kena scone ke best gak....kata orang lah !!!
Kami ikut Tapah dan jalan dia memang mencabar,corner dia boleh dikatakan WOW.Kami beli rambutan kat satu gerai sebelum naik bukit tu...buah rambutan dia memang sedap.Hanya gerai dia satu-satu yang ade sebelum naik bukit tu dan gerai tersebut terletak di sebelah kanan ,kalau kita dari tapah.Aku kata sedap sebab masa balik pun kami beli lagi.
Kami tidak singgah pun di Lata Iskandar sebab sejuk dan orang pun ramai kat situ,nak parking pun susah.Aku pun hairan orang yang mandi kat situ...tak sejuk ke????

Dalam-dalam dok corner baring kat bukit-bukit, ade juga yang bawa slow sangat so kami yang kata belakang ni terpaksa tekan brek berkali-kali...bahaya...bahaya.Kalau orang yang suka makan durian dan petai, aku rasa di sini lah tempat yang paling sesuai nak beli...banyak dan murah-murah terutama petai.Balik nanti aku pun plan nak beli juga sebab makanan kegemaran ku.

Bila kami sampai ke Bharat Tea tu orang memang lah ramai,nak parking pun susah dan kami meneruskan perjalanan ke Tanah Rata.Masa balik nanti kami akan singgah.
Bharat Tea ada 3 tempat untuk lepak-lepak.Kalau dari tapah kita akan jumpa 2 sebelum Tanah Rata dan 1 lagi kalau kita dari Brincang ke Simpang Pulai ( tapi yang ni view dia tak cantik sangat )

Kami sampai ke Pekan Tanah Rata dalam pukul 11 am gitu.Masih sejuk lagi kat sini,mungkin sekarang ni musim hujan kut jadi cuaca pun tak lah panas.Kami makan ( Sarapan dan Lunch) di Orchid corner.Makanan dia bleh tahan dan nasi lemak kukus kat gerai sebelah tu,ayam dia sedap.Banyak bas persiaran yang berhenti di sini.Nasib baik kami sampai awal kalau tak pasti kena beratur panjang.

Selepas perut masing-masing dah ter-isi,destinasi pertama kami adalah Mardi CH,selepas Restoren Marrybrown dan sebelum balai polis, kita hendaklah belok sebelah kanan.Sebelah kiri merupakan taman rekreasi dan sebelah kanan ada replika buah-buahan/sayuran yang besar-besar seperti strawberry, jagung, kobis dan lain-lain.Mardi terletak di sebelah kiri dan sebelah kanan Puncak Arabella.Di sini juga terdapat TM resort iaitu Sri Intan. Kalau pergi ke depan lagi akan jumpa Robinson waterfall.


Mercu tanda Mardi-Kalau nampak yang ni ...anda dah sampai...
.pukul 1 pm tapi masih sejuk lagi
Hari kami pergi mungkin hari terbuka dia kut.Orang memang ramai dan hendak parking pun susah.Nasib baik masih ada satu lagi parking yang kosong area sekolah.Itupun dah banyak kali kami round-round.Masa kami masuk tidak dikenakan apa-apa bayaran.Kalau tak sorang di kenakan RM 3 .Budak-budak tak ingat...kan masuk free.

Khemah pun masih ada lagi....rasa nya semalam kut perasmiannya
Jika ke Mardi jangan lupa merasai ice-cream Al Mashyur..Boleh tahan juga rasanya tapi bagi aku toppingnya antara yang terbaik....tak masam sangat dan sedap....sedap gitu...terbaeeekkkk.Al-Mashyur ni ada satu lagi kat Kg sedia/Taman Sedia.Harganya dalam RM 2 untuk satu dan kita boleh beli buat stok untuk balik rumah.Tapi bagi aku kat Kg Sedia best lagi kut sebab dia masukkan strawberry kat dalam ice-cream ni...lagi...lagi Terbaeeekkk.


Tempat menjual ice-cream.Tempat untuk makan pun di sediakan

Ini lah rupa ice-cream tu....ade orang panggil ice-cream malaysia tapi aku panggil
 ice-cream malay---yummyyyyy ni

Jom kita layan panorama di Mardi.Pokok yang jarang kita jumpa pun ada di sini.Seperti pokok-pokok ni.Kat rumah aku takde,kat rumah anda ada ke?....Layannnnnnnnnnn


Pokok yang terjuntai-juntai tu....cantik sangat.kalau boleh tanam kat rumah best ni



Pokok kaler biru tu memang cantik gila...nama nya dah tidak ingat
w/laupun dah di bagitau....hehehehe

Kalau nak beli benih jagung ,cili dan lain-lain boleh beli di area pokok kaler biru tu...murah dan benihnya memang banyak compare beli kat KL.Kalau KL, RM3.90 ada dalam 3 biji je jagung tapi kat sini harga RM 3 @ 5,benihnya berpuluh-puluh biji.

Layan....layan lagi panorama.

Pokok strawberry dalam pasu


Macam pokok lavenda



Pokok entah apa namanya ...tapi bunga dia nampak cantik


Kat sini pokok epal pun ada...rasa nya yang ni pokok pair...
pokok anggur lupa lak nak ambik gambar

Pokok yang aku suka bila pergi cameron highland......Strawberry.Kat sini pokok-pokoknya subur dan buahnya nampak menarik.Tapi tidak boleh petik je...Kalau boleh petik kan best....



strawberry memang cantik

Pegang boleh....petik ?????



Rasa macam nak petik je!!!

Di sini ada banyak arnab untuk kanak-kanak

Kat sini juga terdapat tanaman Tea. Di sebelahnya juga terdapat kilang untuk memproses tea.Tapi aku nampak takde apa-apa aktiviti pun....mungkin cuti kut.Surau dan kedai menjual barang/sayuran juga terdapat di sini.Harganya memang banyak yang murah daripada tempat lain terutamanya tea,tak kira lah brand boh atau bharat.

Area tea-cantik untuk ambil gambar....boleh ambik gambar kat atas puncak.
Kami bertolak ke hotel De La Fern dalam pukul 5pm lebih.Hotel ni cantik juga.Sekarang ni cuaca mendung je rasanya dah nak hujan.Nasiblah kami dah nak sampai hotel.Hotel tersebut terletak di sebelah kiri jalan ke brincang.Dekat je dengan pekan Tanah Rata.

Ini lah hotel De La Fern tu:


Hotel De La Fern

Pemandangan Hotel De La Fern
Ni bilik yang di sediakan.Kami ambil Deluxe room. Harganya dalam RM300 gitu.Dalam bilik ada balcony..tapi aku takut tempat tinggi. Dalam bilik takde wifi dan area yang ada hanya lobby je.Staff dia bagi aku biasa je keramahannya tapi tak lah terlalu bad. Biasa-biasa je.

Biliknya seperti hotel lain-ada satu katil king ??


Pemandangan di balcony-arah jalan raya ke brincang

Pemandangan di balcony-ada tanaman sayur kat situ
Malam tu hujan renyai-renyai.Plan kami nak pergi pasar malam kat brincang terbantut.Di sebelah hotel tersebut terdapat Restoren Steamboat.Original Charcoal Steamboat.Kat tepi restoren ni terdapat kedai menjual cenderamata dan barang-barang keperluan lain. Ramai juga orang yang makan kat situ.Nasib kami awal sikit,lepas tu restoren tersebut penuh dengan orang.Kira famous juga restoren ni.




Restoren steamboat yang best di cameron highland-Tepi hotel De La Fern je
Ini lah antara makanan yang kami pesan.Lapar...masa hujan ni, lapar tu lebih lagi.Harga pun berpatutan.Tak lah mahal sangat.Harga untuk Steamboat dalam RM21/pax tapi kena beli dua.


Sedap dia punya Steamboat


Di sini ada di beri kacang percuma , cawan dia best lah



Makanan kegemaran anak2 ku-sedap ni

Best cawan ni kan????
Dalam pukul 11 pm baru balik bilik. Kami pergi memang untuk menghayati makanan betul-betul...kan kami sedang bercuti.Aku memang rekomen kepada siapa-siapa yang datang di cameron mesti kena makan di sini.Tapi dinasihatkan datang awal,kalau tidak terpaksa tunggu lama baru dapat tempat duduk.Servis dia pun tak lah terlalu lambat sangat.Tapi kalau orang ramai pasti lambat kan....kan...

Okay sambung lagi untuk part 2 iaitu hari ke-2

Siapa ada pak supir di bandung ?

Aku sekarang ini sedang mencari-cari pak supir bila di bandung nanti.
Banyak juga yang dah aku hantar email untuk mencari yang sesuai tapi tak dapat reply lagi.
Bila agaknya dapat reply???? Entah-entah!!!
Syok juga bila membaca entri kawan-kawan yang sudah melawat bandung.
Gambar-gambar pun cantik-cantik belaka.

Plan aku tu bila nak pergi bandung :
          
          Hari pertama :
 Dari airport terus ke puncak ( 85.8 km -google map)
 Stay kat Puncak Pass Resort
 Melawat Gunung Mas tea plantation

       Hari ke-2
Dari puncak terus ke Tangkuban Perahu ( 89.4 km - google map )
Lunch kat Kg Daun
Balik ke hotel
FO dan lain-lain

      Hari ke-3
Hotel ke Kawah putih ( 54.3 km - google map )
Ladang strawberri

      Hari ke-4
Pasar Baru,FO,Rumah Mode, dan Lain2
Petang- malam  Trans-Studio

     Hari ke-5
Pasar baru ,FO dan lain-lain
Airport-balik Malaysia

Aku dah contact rumah ebo dan nak check agoda untuk tengok harga yang sesuai.
Sekarang ni pun tengah tunggu MATTA fair, harap-harap dapat harga yang berpatutan dan supir yang terbaik.
Baru dapat contact dengan pak supir.Namanya Pak Asep.Harga yang aku dapat dalam IDR 2 million gitu.
Wow juta-juta tu..Aku dah nak jadi jutawan.hahahaha.

2 juta ni baru supir dengan kenderaan.Yang lain-lain tak termasuk lagi...Banyak juga duit nak kena habis ni.
Duit hotel dan makan-makan dan shopping2 tu nak kena kira juga.
Trans-Studio pun member aku kata best gak.Tapi di nasihatkan beli pass ekspress,so tak payah beratur panjang.Kalau tidak silap dalam IDR 200K gitu harganya ( Kena check dalam website untuk kepastian ).